--- Perjalanan Hidup :: Memaparkan kisah perjalanan hidup seorang perempuan bernama Fina.. hehe :P ---

Entries for October, 2003

October 2nd, 2003

I just don't know how to say it but.... I don't like it.

Posted by syazfina at 08:01 AM on October 2, 2003.

OK.

I don't like pushy people.
I repeat: I don't like PUSHY people.

You should know better how to push around, you can go suck someone else. Please.
Doing things you did made me feel like screaming.
Can't you just shut up and sit down there and wait like everybody else?
We know better than you, so don't poke your silly nose here and show us your bum. We're not interested, thank you very much.
We gave the options, but naw....... you think we are stupid like you aa? Again, being a programmer's wife, what do you expect from me? You think I don't know ka?

How do you know? I know la.............. hahahahaha

We are more expert than you are so don't think that with whatever you have now you can just say things like that.
I don't mind if you request something nicely, but please don't bug me too long. And another thing, I don't like 'kipas' or 'aircond' type people. Nagging doesn't make you my favorite or something. Please go find somebody else for you to pin on.
I HATE SUCKERS.

So please, back off.

-----------------------------------------------------------------------------------

Hrmphh... not my choice of acquaintance, that one....

----------------------------------------------------------------------------------

OK now that the ranting's done, I'm feeling better.
Whatever anyone will say is at their own risk, I don't really care

*sigh*

Nak cakap pepe?

Bahasa Melayu entries?

Posted by syazfina at 05:10 PM on October 2, 2003.

I am thinking of making tabulas as my BM journal.

Next: BM - strictly Bahasa Melayu or campo Bahasa Melayu Sarawak?

Hmm....

I think I'll mix both.

So I will stick to LJ for my English entries, and Tabulas for my Malay ramblings.

Tak kisah la ikut tatabahasa ke tak.
Maybe lebih senang aku nak membising kat internet nih. Mun masuk bahasa Melayu Sarawak pun no hal. Bagus juak, ada nok belajar bahasa Melayu Sarawak entam aku kelak.

OK lah, konpem aaa.... aku mauk memelayukan tabulas ku inihs.

Kih kih kih kih kih

Nak cakap pepe?

Ok....................... mula!

Posted by syazfina at 05:21 PM on October 2, 2003.

so, oleh kerana dah decide untuk memelayukan Tabulas nih, aku pun cuuba la buat entry first dalam bahasa melayu. Tuh pun janggal dan pelik jugak sebab still jugak terselit perkataan English. Agaknya dah terbiasa sangat kot.
Belum masuk bab aku masukkan bahasa Melayu sarawak lagi. Buat masa nih aku tak masukkan bahasa Melayu Sarawak buat sementara waktu. Lain kali aku buat la kalau aku punya mood untuk berkamek kitak datang.

Sementara aku masih nak mentabulaskan diri nih, biarlah aku explain apsal aku tetiba je nak memelayukan tabulas aku. Online journals nih selalunya jadi mangsa aku ketika marah, kalau aku marah tahap tinggi selalunya aku melalut dalam English. Tapi kalau nak sindir dan marah tahap sinis selalunya aku senang sikit nak keluar bahasa Melayu. Lagipun aku rasa bagus jugak kalau aku buat dual-bahasa, at least macam best. Heh.

Aku tak kisah sangat tabulas nih bahasa melayu sebab readershipnya pun takde la meluas macam aku nye LJ tuh. LJ aku tuh kira dah established la jugak, sebab banyak dah kawan-kawan on LJ. Tapi kalau on tabulas nih, setakat transcience je la yang aku tau. Ade la yang lain lain tuh cam jacycelene dan sapa lagik ek... tapi tak seinvolved sangat cam aku dengan kawan-kawan LJ. Kalau LJ kan, aku pakai Semagic, so kalau ada post baru dari kawan-kawan LJ, icon die mesti kelip-kelip. Maka cecepatla aku klik and dapat berita terbaru. Tabulas nih takda guna client lagi, so aku boring la jugak asyik kena bukak browser. Aku suka sangat pakai Client. Mudah-mudahan tak lama lagi tabulas buat la client jugak, baru la aku senang hati nak guna lebih aktif lagi. Best memang la best tabulas nih pasal die gabungan features pelbagai jenis blogging/journaling software. Yang paling aku syok is the link part and the content part. Capability dia untuk crosspost ke LJ pun bagus.
Tapi selagi die takde client, aku rasa kureng sket ngan tabulas. LJ masih bertahann setakat nih.

OK la, aku saja je nak cerita, lama dah aku simpan review pasal tabulas ngan LJ tapi tak terbuat buat jugak. Assignment aku pun tak siap siap. Cemana nih?

Mampos la aku besok.

1 dah cakap

October 6th, 2003

Kaset SM Salim, Dr Fadhillah Kamsah dan aku

Posted by syazfina at 01:08 PM on October 6, 2003.

Dah mak memang selalu bukak 88.10 (Radio Muzik) kat dalam keta, aku nak cakap apa kan, walaupun aku peminat Hitz.fm.
Tapi ok gak Radio Muzik sebab lebih banyak lagu dari orang bercakap-cakap/advertisement. Tak macam stesen radio lain, lebih ke iklan dan cakap-cakap oleh deejay. Kalau kat KL ye la kot, seronok dengar deejay berceloteh (cam Fly Guy ngan Lil Kev tuh) sebab masa dalam kereta lebih lama, dan lawaknya certain orang je yang akan tangkap. Era pulak lebih banyak iklan, lepas tuh banyak interaksi dengan pendengar. Kadang-kadang bukak jugak Light & Easy kalau mood oldies. Tapi sekarang aku pun tak kisah sangat kalau Radio Muzik jadi radio pilihan mak aku. Dulu aku rajin la tukar ke Hitz.fm kalau aku yg drive. Tapi sekarang aku dah terbiasa sangat dengar lagu-lagu Radio Muzik yang lebih bervariasi dan jugak tak lupa dengan berita terkini, selalunya aku akan dengar berita pukul 7 pagi selepas hantar Aimin ke sekolah dan memandu ke opis.
Sebab tuh la aku rasa aku dah suka pulak dengar lagu Melayu sekarang berbanding dulu.
Bila aku tengok kat Nizam Zakaria punya page ada review pasal album SM Salim yang terbaru, dan review nya pulak ok, tergerak pulak hati nak beli kasetnya. Lagipun aku suka jugak dengar duetnya dengan Sheila Majid, Siti Nurhaliza and M. Nasir. Mak dah buhsan dengar yg duet dengan Sheila Majid - sebab dia jengkel semacam dengar Sheila Majid dengan telur 't' Englishnya - begittu..
Tapi aku kata, at least OK la daripada Yusry Dekat Padamu, lagi buhsan sebab selalu sangat dah kat radio sampai dah muak.
So tekad nak beli.... sebelum ke kelas MBA hari Sabtu tuh aku pegi dengan mak dan Aimin ke Hopoh. Aimin pulak target nak beli VCD katun. OK la...
Aku pun beli kaset SM Salim tuh, mak pulak tengok kaset Motivasi Dr Fadhillah Kamsah. Ha, ada jugak rupanya kaset nih kat sini. Dulu masa terjumpa kaset nih kat Petronas sebelah restoran F1 kat Seri Kembangan dulu berat jugak nak beli sebab taktau mana satu yang mak nak. Mak pun beli kaset pasal Menerobos Kemampuan Diri ke cemana tajuk dia.
So far aku ada dengar dua tiga ketul lagu SM Salim dalam kereta, best jugak. And yang best jugak ialah komen-komen SM Salim tentang artis yang merakam lagu dengannya. Aku belum dengar habis lagi sebab dua tiga hari nih sibuk dengan kelas.
Masa balik daripada kelas, mak jemput dan pasang kaset motivasi tuh. Best jugak... serius best. Nanti aku ngan mak nak pegi beli lagi. Pasal apa, nasihat-nasihat dan panduan die memang bernas dan ada betulnya. Dan yang lebih baik lagi, disertakan dengan petunjuk amalan-amalan yang baik dan jugak diselitkan ayat-ayat Quran sebagai peringatan. Alhamdulillah.
Mak dah lama suruh aku carik buku dia tapi aku tak pernah jumpa pun kat MPH ke Times ke ape. Ntah mana aku nak carik buku tulisan Dr Fadhillah Kamsah nih.

Tuh la yg aku suka sangat kat mak aku. Dia boleh memotivasikan dirinya dan berfikiran terbuka. Aku dan mak aku memang macam kawan baik. Kami saling complement each other, and dia selalu guide aku dalam menda-menda yang aku taktau. Tapi aku rasa aku tak cukup baik lagi. Aku tau dia sakit. Tapi dia buat buat sihat. Aku pulak banyak concern diri sendiri. Tapi tak tau la.... aku tak mampu nak jadi anak contoh kot.
And again, aku selalu fikir, manusia ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Semuanya buat dengan niat baik, tak kirala untuk diri sendiri je ke atau orang lain tapi kadang-kadang terpesong jugak ke perbuatan yang salah. Niat tak menghalalkan cara, aku selalu sematkan dalam hati. Niat mungkin baik tapi tak semestinya dibuat dengan cara yang salah.
Apakah niat kita hari ini? Apakah cara yang sesuai untuk melaksanakan niat tersebut?

Nak tau tak salah satu niat aku sekarang nih?
Aku nak tukar semua links and apemende ntah kat Tabulas aku nih ke dalam bahasa Melayu. Tapi belum lagiks la.... nantilah. Aku banyak mende lain yang nak diberi keutamaan.

2 dah cakap

October 9th, 2003

Semalam yang sungguh produktif

Posted by syazfina at 09:47 AM on October 9, 2003.

Semalam aku kira boleh tahan la produktif.
(Read More)

Nak cakap pepe?

October 13th, 2003

doakan aku dapat jadi AE sekaligus pindah ke Semenanjung

Posted by syazfina at 04:15 PM on October 13, 2003.

Hari nih banyak betul borang aku isi. Borang kelulusan perjalanan, borang apply jadi AE, borang cuti 17hb nih, borang ape lagi.. ha.. aku lupa borang indemnity pulak. sat nak isi kejap.

............................................ ok dah.

Borang indemnity tuh untuk Family Day weekend nih.
Fuh, busy betul aku.
malam nih nak kena pegi Miri pulak.
Next week pegi lagi.
Aku tatau la ape nak jadi dengan aku.

keje lak banyak.


hari tuh baru je aku cakap aku produktif, tetiba je next day GM datang bagi lagi banyak keja. Haiya.. ahahah
tuh la, dah nasib kat sini.
Tapi Alhamdulillah GM nak jugak sign borang aku nak mintak post AE. Harap-harapnya aku dapat ke Semenanjung. Cyberjaya ke....
Bukannya apa, aku rasa dah tiba masanya untuk aku ikhtiar sungguh-sunguh untuk mulakan hidup keluarga sebenar. Susah nak hidup jauh daripada suami. Macam-macam cerita, dugaan.

bukannya senang tau!

kelas MBA aku berjalan seperti biasa. Tutorial hari tuh menemukan kitaorang dengan Stanley, some financial guy from Miri. Aku pun dah lupa apa yang Leonard cakap pasal credentials dia hari tuh. Tapi yg aku ingat die baru je lepas pass bar exam law studies die. Aku tengok dia nih macam soft-spoken dan rajin tolong jugak la. Ade la tips yang die kasik kat aku jugak.

Sekarang kira aku, lucy, rachel, sharifah ngan susan satu geng.

Aku rasa Lucy ok la, Sharifah pun. Aku tatau la kalau dorang ada fikiran lain pasal aku sebab dorang pandai buat expression blank, maklumlah, dah lama kat customer service - tapi dorang dua orang tuh kira kawan gelak aku la, which is so much fun. Rachel lak sempoi, aku suka betul ikut die naik landcruiser beso die tuh. Lain kali aku nak amik gambar die ngan LC die tuh la. Die dah le kecik, lagi nak drive keta besa. Die kata: Ala... company's car, use onli lo...
Susan nampak baik tapi aku tgh kaji die lagi nih sebenarnya. Die cam secretive sikit. Aku sebenarnya jenis yang tak lokek ilmu, maksud aku, aku tak berapa sangat la part secret secret nih especially bab ilmu. Bab personal lain la. Pasal aku buleh la aku cerita tapi yg orang amanahkan kat aku takde la. Nak buat apa cakap pasal orang. Tapi cakap pasal orang la yang banyak aku buat sekarang nih ngan dorang. aku rasa semacam jugak dok cakap pasal orang lain dalam kelas tuh. Aku tak reti politik2 secret secret clique clique cam ginih.
cemana aku leh terjebak pun aku tatau. setakat nih yang aku rasa paling jujur sekali Rachel. Die sama je cam aku. Blur jek.. kakakakaakaa
Rita lak dok push push aku. Aku tensen gak pasal kita nih buat assignment sesama, janganla dok amik kesempatan. Pastuh bleh pulak marah-marah kitaorang. Pelik betui.
Kalau nak belajar, belajar la elok elok. jangan amik kesempatan.

tengoklah cemana development die nanti.

Nak cakap pepe?

October 29th, 2003

Puasa di bulan Ramadhan ini, dan bercerita pasal hotel

Posted by syazfina at 02:29 PM on October 29, 2003.

Masa first day aku posa, teruk betul aku.... kepala pening, ngantuk... bukannya sebab posa aku rasa, tapi lebih kepada kesan-kesan perjalanan dua tiga hari nih. Dah la hari sebelumnya aku nyer perut vibrate vibrate je, dah le terkentut kentut lak tuh, aku pun tak paham. Banyak angin kot badan aku, tak pun akibat beronggeng dengan kawan-kawan malam tuh kot.....

(Read More)

Nak cakap pepe?

« 2003/09 | 2003/11 »

#back top | Site powered by Tabulas.