--- Perjalanan Hidup :: Memaparkan kisah perjalanan hidup seorang perempuan bernama Fina.. hehe :P ---

Entries for November, 2003

November 4th, 2003

Sudah seminggu lebih berpuasa

Posted by syazfina at 11:54 AM on November 4, 2003.

Hari ni masuk hari kesembilan dalam bulan Ramadhan.
Ntah mengapa bulan ini aku rasa amat damai walaupun kenkadang ujian tuh ada la sikit sikit.
Ujian kerja, ujian keluarga, ujian perut and fizikal secara umumnya... tapi tetap tenang, dan gembira.
Gembira kerana setiap hari makan bersama keluarga untuk iftar dan sahur.
Juga gembira kerana ternyata hubungan antara ahli keluarga makin akrab.
Ibadat juga lebih senang dilakukan dalam bulan ini. Alhamdulillah.

Semasa pergi 'berprojek' dengan Kak Osh di rumah Mak Ni hari tuh, Pak En pulak membuka cerita.

Ceritanya tentang seorang pegawai atasan ini, kira berpengaruh la juga dan famous la di Kuching ini kerana dikenali ramai orang. Berkereta Volvo, tambah Pak En lagi.

Pada bulan puasa, beliau sekeluarga tidak berbuka dirumah, sebaliknya makan bersama-sama orang miskin di masjid. Apa yang dimakan oleh orang di masjid, itulah makanan mereka sekeluarga. Nak dikatakan tidak berduit atau kedekut hendak membeli belah di bazar Ramadhan, tidak juga, nak kata tidak ada orang memasak, tak juga, kerana pasti ada pembantu rumah menunggu untuk menceduk nasi.
Ada yang mengata, sudah berduit dan kaya lagi nak makan bahagian orang miskin.

Tidak diketahui ramai bahawa beliau menderma RM 500 kepada masjid untuk makanan beliau sekeluarga itu.
Tujuannya ialah untuk menghayati pengertian sebenar Ramadhan dengan merasa sama bagaimana orang-orang yang tidak begitu mampu sepertinya, di samping meneruskan ibadat maghrib, Isya' dan solat Tarawih di masjid yang sama.

Komen aku: Bagus juga tuh, at least anak-anak dia tahu tujuan sebenar ayahnya bawa mereka makan di masjid itu, dan tidak riak dengan kemewahan yang dikecapi hasil titik peluh ibubapa.

Apakah erti Ramadhan kepada anda?

Ada lagi cerita Pak En lepas tu, cerita pasal orang berbuka di hotel pula. Sama juga line ceritanya, pasal pengertian Ramadhan sebenarnya.

Sekarang memang banyak promosi buka puasa di hotel-hotel dan restoran-restoran mewah. Hari minggu yang lepas nampak promosi buka puasa di Little Lebanon di pusat bandar, RM 38.00++ untuk dewasa dan RM 17.50++ untuk kanak-kanak.
Ada juga promosi buka puasa di hotel yang menawarkan tempat solat yang selesa dan juga siap dengan irama ghazal mengiringi pelanggan ke meja buffet untuk menikmati hidangan yang tersedia. Kata Pak En, ini sudah lari dari tujuan sebenar berpuasa. Buka puasa dengan sebegitu mewah sekali.... bukan untuk menginsafi tetapi dijadikan 'pesta makan'.

Komen aku: Kalau ada occasion sekali sekala tak apa juga, kerana ada sikit-sikit tempiasnya - mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan saudara seIslam contohnya. Tapi kalau setiap hari bantai hotel dan restoran mewah, memang ada sesuatu yang tak kena...

Apa lagi cerita Ramadhan anda?

Nak cakap pepe?

November 17th, 2003

Lagi seminggu nak raya

Posted by syazfina at 03:47 PM on November 17, 2003.

Wah, dah tinggal seminggu dah?
Hari tuh aku last buat entry baru 9 hari puasa...
Tapi memanglah, puasa kali ini tak terasa langsung, dah berlalu pergi. Kalau tak silap aku, bila hari terasa berlalu dengan cepat maksudnya hari dah nak Kiamat.

Raya kali ni abang first time beraya dengan aku kat Kuching. Ye lah, tahun lepas aku dah beraya kat Kuantan. Kali ni giliran dia pulak beraya kat Kuching. Hmm.. terfikir pulak kalau dok raya bergilir gilir cam nih, macam kelakar. Banyak cerita yang didengar, ada yang manis dan ada yang kurang manis (macam teh tarik pulak).
Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat, didalam kuali bertemu juga. Aku di Sarawak, abang di Seremban, di MMU bersua jua. Cewah.

Cemana kalau in the future aku dan abang pindah luar negara seperti yang diidamkan?
hehehe...
Hati teringin nak melihat Jepun.
Ada seorang sahabat seskolah dulu sekarang sedang menuntut ilmu di Jepun. Jealousnya mendengar kawan ini sudah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Kita ini sekadar belajar bahasa Jepun di MMU, tuh pun dah berkarat. Apa yang diingat yek?
Ohayo gozaimasu, gomen nasai, Anatawa donata desuka? Watashiwa kirei desu
Arigato gozaimasu.
Watashi wa Syarfina-desu. Dozo yoroshiku.
Itadakimasu!

hahahaa..
memang seronok bila mengingatkan kenangan belajar bahasa Jepun, kerana itulah satu-satunya kelas yang dapat diambil bersama dengan abang masa tuh.

Balik kepada kisah berpuasa dan hari raya. Hari Raya kali ini tidak begitu 'kick' rasanya. Mungkin kerana usia dah meningkat. Dulu bukan main lagi menunggu ketibaan Hari Raya, dua minggu sebelum raya persiapan semuanya sudah beres. Tahun ini? Malas betul... semuanya nak dibuat last minute. Mungkin kerana berfikir bebanan kerja di pejabat yang tak habis habis, mungkin juga berfikir mahu mengeluarkan duit yang bolehlah diconsiderablekan amountnya untuk raya ini, dan juga mungkin kerana Nek Bey tiada di Kuching untuk bersama menyambut raya. Dulu Nek Beylah yang 'menyerikan' Hari Raya. Dia amil, pemungut zakat yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak - begitu mudah urusan pembayaran zakat fitrah kami sekeluarga. Siap mengambil video kenang-kenangan buat tatapan mereka yang sibuk didapur setelah kerja-kerja lain selesai. Tahun ini zakat RM 5.40 seorang. Aimin ada memberitahu tentang e-zakat... betulkah? Hmmmm let me cekitaut.....

_______________________________________

Hmm... nantilah. Lembab pulak Maybank2u hari nih.

OK, sambung balik cerita Nek Bey... oh ya, Nek Bey tahun ni beraya di KL bersama Wa Ji dan keluarga.
Family kami ini memang banyak cerita, ada suka dan duka.
Pelik tapi benar pun ada..
Mengingatkan aku pulak tentang tombak dibaluti kain kuning yang disimpan Nek Bey dan ada sekali cerita ini disiarkan dalam majalah Mastika. Tombak pusaka yang kononnya pernah digunakan oleh bangsawan untuk membunuh sebilangan pengkhianat, ditutup bilahnya dengan kain kuning. Menurut cerita, ketika keluarga hendak berpindah rumah, tombak ini hilang tak dijumpai. Beberapa hari selepas berpindah ke rumah baru, tombak ini muncul pula di rumah baru itu. Hmmm... cemana tuh... boleh masuk Misteri Nusantara tak?


_____________________________________

Dah, dah tengok dah Maybank2u, betul laa boleh bayar zakat secara online! Hmmm.... nanti la aku mengdiscover dengan lebih lanjut lagi pasal nih.

Adios for now

2 dah cakap

« 2003/10 | 2003/12 »

#back top | Site powered by Tabulas.