Hari Raya yang banyak membuat aku berfikir
Posted by syazfina at 11:36 AM on December 2, 2003.
Raya kali ini pelik.Mula- mula aku ingatkan mesti penuh kegumbiraan punyalah sebab Kuching nih kalau beraya memang gumbira punya... takde nye masa nak bertido-tido di tengah hari raya pertama. Ramai yang akan berkunjung especially sahabat handai yang bukan beragama Islam - ye lah, dorang senang la nak jalan rumah kengkawan. Yang berkunjung ke rumah sedara mara tuh menjenguk orang tua adalah. Pengalaman aku beraya di Kuantan tahun lepas -serius sunyi sepi- membuatkan aku berkobar-kobar nak 'beraya ' di Kuching dalam erti kata sebenarnya. Di samping tuh aku nak tunjuk kat laki aku beraya kat Kuching nih meriah sungguh.
OK, sebelum tuh baik aku bagitau teori aku pasal perbezaan raya di Kuching dan di Kuantan. Di Kuantan (aku tak berani buat umum, nak kata Semenanjung Malaysia susah pulak, tak pun camnih la, di Kuantan rumah Nenek mertua aku), Wan tunggu kat rumah, anak-anak dan cucu-cucu semua balik ke kampung. So rumah tuh je la bingit dengan kerenah anak-anak dan cucu-cucu. Semua sedara mara berjumpa balik dalam satu rumah. So takde la melawat ke mana mana sangat. Kawan sekerja pun banyak yang kat KL, tak pun dah balik negeri masing-masing. Sedara mara yang tinggal pun tak ramai. Tak pun macam aku dan suami, gi lawat rumah kawan sekolah dia dulu. Tuh je la. Dah abis raya, semua balik KL semula. So aku classifykan raya type nih, raya sunyi sepi.
Raya kat Kuching? Ha... nih nak cerita nih. Raya kat Kuching - maklumlah, asal pun kat situ jugak, kerja pun kat situ jugak, sedara-mara semua situ, sedara yang berhijrah pun kebanyakannya balik Kuching - so kira gempak la Kuching musim raya nih. Kawan kerja seopis datang menyerang, satu opis dalam 30 orang sekali masuk rumah, makan makan. Tuh belum masuk kawan-kawan yang lain, baru opis je. Belum kawan sekolah, kawan tak skolah dan macam-macam lagi. Belum masuk sedara mara yang dah lama tak berjumpa dan ingin berjumpa. Rumah kitaorang dua kali diserang betul betul. Sekali masa 3rd day - memang buat open house pun, sampai orang tak cukup tempat duduk.. ye lah, rumah kitaorang pun kecik aje. kerusi pun seciput je bilangannye. Sapa yang sudi naik tangga je yang sampai rumah kitaorang nih.
Kali kedua pulak, pakcik dari KL pulak bawak the whole extended family berkumpul di rumah kitaorang. Ade la dalam 40 orang camtuh. Laki aku dan pakcik aku sorang lagi sampai makan kat tangga kat luar. Alahai....
Cemana nak kata raya yang sunyi sepi? Heh...
Tapi nampaknya ada orang tak berapa berkenan cara beraya sebegituh. Aku ingat raya nih nak bermaafan, bergembiraan, tapi jadik bergaduhan bertangisan pulak. Bukan sebab korban jalan raya (Nauzubillahiminzalik) tapi korban hati dan perasaan.
Aku pujuk hati sendiri, tak biasa kot.
Tapi sampai tak keluar bilik, macam tak hormat tetamu, bagus ke camtuh?
OK OK... baik aku stop cerita tuh sampai sini je. Ade yang ngamuk lagi kang. Aku tukar style cerita sket.
OK. Aku tak tau la orang lain la kan, tapi dah banyak feedback aku dapat dari kawan-kawan Se-Sarawak aku yang lain menyatakan bahawa orang Semenanjung nih pelik dan tak seharmoni macam orang Sarawak. Kalau nak tau pengertian harmoni dan bersatu padu, Sarawak (dan Sabah la kot) ada rujukan sebenar. Kalau Semenanjung Malaysia tuh memang tak real lagi. Masih divided, tak boleh campur, Melayu, Cina, India. Kat Sarawak, takleh nak kata dia nih Melayu betul ataupun Cina sebab mungkin Melanau ataupun Iban ataupun Orang Ulu. Satu family Cina tuh mungkin ada anak dia kawin dengan Bidayuh ataupun Kenyah ataupun Kelabit ataupun mungkin anak dia kawin dengan omputeh. So ape jenis perayaan pun disambut bersama, lebih pengetahuan dan pemahaman tentang tradisi masyarakat lain, dan toleransi yang tinggi antara kaum.
Kalau kat Semenanjung, yang aku dengar selalu kritikan terhadap orang Melayu/Islam yang fundementalis, orang Cina yang selalu komplen, orang India yang bertelagah di TV dan minum todi. Kami di Sarawak tak perlu kedai mamak untuk satukan kami. Kami tetap minum di mana-mana kedai kepunyaan siapa-siapa, Cina juga punya kedai makanan halal dan faham dengan sensitiviti masyarakat Islam di Sarawak. Mungkin yang boleh diperbaiki di Sarawak ialah kemudahan surau yang sedikit jika dibandingkan dengan Semenanjung. Alangkah baiknya sekiranya Sarawak Plaza, Riverside Complex ataupun Tun Jugah dilengkapi surau yang selesa. Apatah lagi mengenangkan bilangan pelancong dari Semenanjung Malaysia kini bertambah untuk menyahut seruan cuti-cuti Malaysia. Hmm... mungkin patutkah aku ujarkan kepada Adrian Lai sebagai wakil Parkson di Kuching ini? Kalau Jaya Jusco di Semenanjung boleh sediakan surau yang amat selesa untuk umat Islam menunaikan ibadat wajib, kenapa tidak di Kuching?
OK, balik kepada cerita raya.
Oleh kerana kemeriahan raya di Kuching ni memang ternyatalah maka Hari Terbuka Raya Nasional akan diadakan di Kuching pada 13hb Disember ini nanti. Mak kata nak pegi, aku pun kata nak pegi. Maklumlah, makan makanan free/taxpayers' money

Mesti ramai giler la orang kat situ nanti. Orang Kuching nih memang suka pegi keramaian-keramaian camnih hehehe...
Nanti kalau aku ingat bawak gambar raya kitaorang dalam studio, nanti aku scan and upload kat sini.
Sapa-sapa nak berjalan raya ke rumah, sila-silakan lah... masih terbuka untuk pengunjung. Maklumlah, hari lain mana ada alasan sangat nak berjalan ke rumah orang dan makan kuih kuih sedap sket.