Entries for January, 2004
January 8th, 2004
Lama tak jumpa
Posted by syazfina at 03:54 PM on January 8, 2004.
Haah. Memang aku sengaja menyepikan diri dua tiga menjak nih. Livejournal aku pun tak terusik. Bukannya apa, akhir Disember dan awal Januari menyaksikan aku dilanda permasalahan yang teruk, untuk diri aku sendiri la. Aku rasa cam tak berguna, pasal banyak kerja yang tak siap. Assignment masters pun banyak yang tak siap. Semua kerja terbengkalai tengah jalan. Aku pun tak tau di mana silapnya, mungkin sebab aku nih dah terlebih multitasking agaknya. So aku rasa bersalah untuk mengutamakan Livejournal ataupun Tabulas ni lebih daripada kerja ataupun pelajaran. Maka, terabailah journal-journal aku sekejap....
Tapi aku juga cukup kagum dengan 'kebangkitan' semula aku dalam bidang jurnal menjurnal nih. Aku tengok gengjurnal punya yahoogroup dok mendiscuss tentang gathering and anugerah-anugerah blog yang baik-baik. Wahh, banyak lagi rupanya blog rakyat Mesia nih.
Banyak lagi yang aku tak sempat nak baca. Setakat nih aku sempat baca yang kawan-kawan dalam
LJ and beberapa off-
LJ blogs yang aku rasa nak baca.
Kemunculan semula aku atas dasar kawan - aku tau, ada dikalangan kawan-kawan online pasti tertanya-tanya aku pegi mana, hilang camtu je. Aku rasa aku dah mengabaikan kawan-kawan. Aku rasa bersalah terutamanya kat Grace sebab dialah kawan baik aku dan dimasa dia memerlukan aku, aku takda pulak nak reply. Masa tuh serius aku tak larat nak reply yahoo mobile, aku tak larat nak meng SMS, apatah lagi nak duduk depan PC nak reply email. Demam/Sakit fizikal memang adalah, melemahkan semangat aku yang selama nih berkobar-kobar. Tambah lagi tekanan yang aku rasa, aku cipta sendiri kerana terkenangkan diri aku yang pessimis: selalu takut kalau sesuatu buruk berlaku, padahal menda tuh tak jadik lagi. Contohnya, aku takut kena marah dengan boss sebab keja tak siap lagi. Aku jadi demoralized. Aku jadi tensen. Disebabkan ketensenan ditambah lagi dengan demam maka aku tak berjaya nak memberi respon yang sepatutnya.
Tapi sekarang dah ok sikit. Dua tiga hari nih aku berjaya 'angkat' diri aku dan bangun untuk menyahut seruan dan cabaran hari mendatang. Aku dah tak salahkan diri aku sangat dah. Aku yakin, kita boleh ubah nasib kita kalau kita berusaha. Yah, akan aku usahakan!!!
Hasilnya hari ini hari yang boleh dikatakan hari yang ceria. Mesyuarat pun berjalan dengan baik. Walaupun dijadualkan untuk sesi satu hari tapi berjaya dipendekkan ke setengah hari.
Boss pun amat supportive - aku amat hargai concern beliau. Insya Allah apa yang dirancang akan berjaya dilakukan.
So.. cemana?
Haiku pun aku tak terbuat apa-apa dah. ye lah, hari tuh beriya iya benar berhaiku nye, dalam bahasa Sarawak pulak tuh, main lantak je :D
Setakat nih belum berniat nak mengcompose haiku lagi, belum dapat inspirasi. Mungkin kalau dah dapat idea tuh kang tambah lagi.
Apa lagi ek?
until then, nanti sambung lagi.
January 12th, 2004
Perkembangan aku sebagai warga internet
Posted by syazfina at 01:21 PM on January 12, 2004.
Bila aku tengok
entri yang dibuat oleh MBA ni aku tersenyum sendiri.
Lagipun mengingatkan aku jugak:
1. Update aku nye tabulas nih betul-betul sket. Aku nak pindahkan semua link ke blog/jurnal BM dari
LJ ke tabulas nih. So nanti tinggal yang English je la kat sana. Sesuai la dengan konsep dwibahasa yang aku nak buat nih. Nama journal nih pun nak kena tuko BM.
2. Terkena la jugak batang hidung sket sket. :D
Maklumlah.... and bagi aku, kadang-kadang itu bergantung kepada pengalaman seseorang tu dengan Internet. Contohnya macam aku sebagai seorang budak MMU - aku rasa kawan-kawan MMU yang seangkatan dengan aku pun lebih kurang kot pengalaman dorang - kitaorang bermula dengan menjinakkan diri dengan email dan MIRC di Cybercafe. Masuk Unitele di Melaka, aktiviti IRC semakin giat, dan ditambah pulak dengan telnet di lab komputer CITS, campo lagi dengan ICQ dan AOL Instant Messenger. Lepas tuh AIM unggul sebab ICQ nih cam lembab sket. Ha.. tambahan pulak, masa tuh handphone tak fofular lagi. Mana ada kitaorang pakai handphone. Pakai tepon awam la jawabnya.
Penghujung pre-u pulak Yahoo! Messenger mula muncul.
Bila pindah ke Cyberjaya, IRC tuh masih ada sikit sikit la tapi takde la seaktif macam kat Melaka. Masa nih la jugak 018 buat promosi kat MMU, maka banyak la ibu bapa budak budak MMU kasik anak dorang pakai handphone Nokia kuning yang popular masa tuh. Start la revolusi handphone. Masa tuh aku belum kena demam handphone lagi sebab masih lagi bergantung ngan kemudahan public phone. And pattern geng dalam IRC pun berubah - lebih kepada geng2 yang dikenali. Aku dan rumet aku bergabung, team up dengan geng-geng lain. Kalau ada pendatang baru, kena 'ngam' dulu dengan kitaorang baru bleh jadi geng. YM mula popular masa nih, AIM jadi back up je in case Yahoo lagging.
Apa lagi revolusi masa tuh ek.. haah.. shared server start bercambah cam cendawan lepas hujan, ada yang share anime, ada share mp3, ada share video dan macam-macam lagilah. Pastuh ada satu zaman tuh, zaman Winamp webradio. MMU memang ada radio official, tapi yang tuh tak best sebab diorang guna RealPlayer. Yang Winamp webradio nih best giler sebab Deejay dia pun best jugak.. hhehe boleh jawab kuiz la, sampaikan lagu la dan macam macam lagi aktiviti masa tuh.
Lepas tuh ada satu time tuh server Undernet (betul ke aa nih, aku pun ingat-ingat lupa la) ban IP malaysia. So banyak yang beralih untuk ber IRC kat Webnet. Lepas je daripada tuh ramai kitaorang dah malas nak IRC sebab geng Webnet cam tak best je. So dah slow down la jugak aktiviti IRC. Banyak yang masuk IRC sebab nak download lagu & video je. ha... ada jugak start main neopet cam aku.. hehehe
Pastuh... ape lagi ek, bila dah kuar MMU, kurang sket dah aktiviti internet. Ada la jugak aku download lagu dari IRC, mostly tuh je la. Email pun dah slow down sket sebab semua dah susah nak log on internet bila dah balik kampung.
Bila kerja nih, start balik... neopet aktif balik, irc takdak. Yahoo pun aktif la sikit sikit.. tapi dah malas sikit. Message pun message penting je.
Lepas tuh beralih pulak ke journal/blog. Pernah dulu aku try Blogger tapi tak lama la.
LJ jugak yang lekat sebab ada Friends page. At least ada la jugak in contact dengan alam sekitar.
lepas tuh tengok banyak gak budak MMU yang dah memblog jugak.
Bila ngan
LJ, best sebab dok mencurah perasaan manjang.
Mula-mula memangla seronok kalo banyak orang datang tgk, sedih kalau orang tak baca. Siap letak program nak monitor visitors. Tapi skang aku dah maleh. Ikut suka aku la nak tulis apa. Korang datang tak datang aku tak paksa. Kebanyakkan entri aku cakap pasal apa saja yg aku fikir. Masa mula-mula ber
LJ dulu ingat nak start menulis something la.. lepas tuh aku realize yang aku banyak sangat kekurangan. Aku tak terer bab penulisan nih. Aku terer bab bagi pendapat je. So sampai sekarang aku dok cakap hape hape ntah.. ahahahahahhaa...
Begitulah, evolusi dan revolusi demi revolusi dunia Internet aku. Skang banyak kepada email berkaitan kerja, intranet pejabat,
LJ dan Tabulas, Yahoo sket, email Yahoo untuk yahoogroups dan personal, dan ada sikit2 applications untuk Clie aku.
Skang dah ada Streamyx pulak kan, lagi senang nak berhubung.
MMU pun dah lain sket dari segi penggunaan aplikasi, ada Cybermedia (tengok TV and dengar Radio), more to blogs dan yang sewaktu dengannya. Tak tau la ada lagi tak Winamp radio cam zaman aku dulu. Tak tau la kalau budak Melaka masih bertenet kat telnet cam masa pre u dulu. Masih boleh call antara bilik ke telefon dalam bilik kat hostel Melaka?
Bila aku tengok balik zaman-zaman tuh, rindu pulak.
January 14th, 2004
Kepada yang lebih arif dalam Bahasa Melayu
Posted by syazfina at 10:51 AM on January 14, 2004.
Mak menyuarakan rasa tidak puashatinya berkenaan dengan ucapan Samy Vellu beberapa hari yang lepas, bila Najib dinobatkan sebagai TPM.
"Mula-mula bukan main lagi, baru je nak cakap tahniah dan syabas, Inspector-shahaab sebab bahasa dia bukan main bagus lagi, tapi terkeluar je perkataan 'keterbukaan' tuh, jengkel betul... kang aku cakap bukak kain kang baru tau."
Hahahaaa....
Mak aku memang sensitip, dialah pakar BM/BI keluarga kami. Memang peka kalau ada kesalahan tatabahasa.
Aku menjawab, "perkataan baru kot... paham-paham je lah BM ni, berkembang, tak pun derived from English, openess - sikap keterbukaan.. camtuh kot."
Bahas mak aku lagi, "tengok dulu tatabahasa dia. 'ke-an' mana boleh letak 'ter' lagi. Kan dah salah tuh."
Hmm.... mak aku sampai nak carik kamus Dewan.
So... ada sapa nak tulun?
January 16th, 2004
Semua orang ada 'kepakaran' tersendiri
Posted by syazfina at 02:38 PM on January 16, 2004.
Ini adalah satu fakta yang selalu kita lupa. Aku sekarang ni memang selalu mengingatkan diri sendiri hal ini, terutamanya apabila mula berkecimpung dalam arena pekerjaan.
Semua orang adalah pakar dalam satu-satu pekerjaan, and orang lain mungkin kurang arif dalam hal tersebut. Jadi semua orang harus sedar akan hakikat ini, jangan pula fikir bahawa diri ini superman atau superwoman yang membolehkan kita membuat semuanya dengan sempurna.
Sebab itu aku selalu menyedarkan diri sendiri, kalau aku tak pakar dalam sesuatu menda, tuntutlah ilmu daripada mereka yang pakar. Tak pun serahkan saja kepada mereka, mereka tau la apa nak buat.
Pagi tadi ada seorang cleaner di pejabat kami menegur aku yang batuk-batuk. "Sakit ke puan?"
"Haah.. batuk-batuk ni, tak baik baik lagi...."
Daripada situ mulanya dia menyambung cerita. Perihal anaknya yang juga batuk, tapi menjadi pengasuh di rumah orang, anak lelakinya yang bekerja, kerjanya yang sepatutnya di bangunan sebelah tetapi kerana cleaner di tingkat kami mengandung dan berhenti kerja, dia disuruh menggantikan tempat cleaner yang terdahulu.
Dia menyatakan bahawa di tempat asalnya cuma ada seorang wanita tua yang tidak berapa pandai membersihkan pejabat. Sudah beberapa kali dia mengajar wanita tersebut, tetapi hasilnya masih tidak memuaskan. Dengan begitu bersungguh-sungguh sekali dia menunjukkan cara memerah mop (yang difikirkannya betul) tetapi wanita tua itu geli pulak katanya.
Tatkala dia membuat demonstrasi memerah mop itu aku terfikir, ya, itulah kepakarannya. Dia arif dengan tugasannya membersih pejabat. Dia rasa dirinya dalam satu sistem, dan penting baginya untuk menyelesaikan pekerjaannya agar mendapat hasil yang terbaik, kerana dia pakar dalam bidang tersebut. Orang lain belum tentu mahu membuat apa yang dia praktikkan selama ini.
Tambahnya lagi, di tempat kerja baru ini (pejabat kami) dia berasa kekok. Maklumlah pejabat HR dan pejabat Pengurus Besar, tempatnya bukan untuk orang biasa-biasa. Dulu dia membersih kawasan Kolej Latihan, dia tahu waktu-waktunya - bila patut membersih meja, bila patut menyapu sampah dan sebagainya.
Tapi di tempat baru ini dia tidak diberitahu apa yang harus dibuat dan bilakah masa yang sesuai. Bila harus vaccum, bila kena kutip sampah, tandas di sini pun lain, harus guna cara/alatan lain dan sebagainya. Dia blur dengan spesifikasi kerja di tempat baru ini.
Alahai, cleaner pun boleh blur, apatah lagi eksekutif, ujarku dalam hati.
Itulah pelajaran hidup yang aku perolehi daripada cleaner hari ini. Ya, mungkin ada sesetengah orang yang rasa jengkel hendak bercakap dengan cleaner dan orang-orang yang tak setaraf. Aku pula setiap pagi bertegur sapa dengan cleaner yang selalu datang awal ke pejabat untuk menyiapkan kerja pembersihan awal pagi. Maklumlah, datang ke pejabat pukul 7.30pagi, siapa je yang ada masa tuh. Yang aku tahu, orang yang selalu dah wujud di opis time tuh ialah aku, cleaner dan AGM HR Sarawak, En Zaini. Sapa tak kenal Ipsum hitamnya.
korang pulak bagaimana?
Heh. Cam iklan Harpic ngan Febreeze lak.
January 18th, 2004
Aku memang suka iklan sebab berita asyik menyedihkan.
Posted by syazfina at 10:10 PM on January 18, 2004.
Berita budak 10 tahun kena rogol & bunuh lagi.

Malas aku nak kupas isu nih. Kat
LJ kot aku selongkar balik entri minggu lepas pasal kebencian aku yang meluap-luap kat perogol-perogol yang sikapnya macam binatang ni.
Ok, cerita yang lebih gembira: Iklan Tahun Baru Cina terbaru TV3.
Eh... baru aku perasan, kenapa aku tak nampak sangat iklan Chinese New year tahun nih aa... ke sebab aku tak tengok TV sangat? Banyaknya iklan TV3 sendiri dan iklan Sure Heboh kat Seremban tu. Hhehehe.. iklan tuh pun best, sebab dalam family aku, aku sorang je terer bahase tuh.. akakaka... maklumla dah kawin ngan orang Seremban, takkan la aku tak pass kot.. ahahah.. heh, alasan je... bukan susah sangat pun kalo dengar betul betul.
Sayangnya mak mertua aku + laki aku+ adik ipar aku yang kat Seremban weekend nih tak berminat langsung nak pegi Sure Heboh. Tadi petang aku call mak mertua aku, dia cakap baik tengok TV je.. hehehehehe... laki aku pulak cakap, baik dia layan Discovery Channel lagi best.. ahahahaha... belum lagi aku cakap ada Maggi Eating Contest tuh, agak-agak dia nak pegi ke tak?
Adik aku pulak memang sensitip jugak bab iklan-mengiklan nih - iklan SmartShop ngan Quantum Showcase pun dia bantai tengok kalo katun takde. Tapi bahaya jugak dia nih, semua dalam TV tuh die nak beli. Keluar je iklan Vanilla Coke, dia nak. Keluar je Pocket of Persia Sambal, dia suh pegi KFC. Tengok je iklan Beras Taj Mahal Faiza tuh dia dah dok rekomen kat mak aku sebab iklan tuh cakap beras tuh sesuai untuk orang kencing manis.
So, bila dia tengok iklan CNY yang suruh tukar semua mende kaler hitam jadi kaler merah tuh, last last mak dia sikit lagi nak pengsan sebab anak dia Ah Hang tuh bawak awek Negro balik dari U.S., adik aku tanya kat aku, kenapa dia bawak minah Negro, apsal tak bawak minah India je, sama gaks..
Aku kata.. kalau minah India, tak de effect sangat kot sebab dah biasa kat Malaysia nih, especially keluarga yang kahwin campo. Kalau Negro tuh lain la sket...
Kira ok tak jawapan aku?
Hmm.. mana peginya iklan Dunhill yang femes dengan aksi ekk? Haah la, iklan yang paling beraksi aku tengok pun, iklan Kurnia Insurance (tahun lepas lepas nye iklan kuar balik) and iklan F&N Oren yang watak utama dia cam muka Pattaya dalam cerita Soda & Ice Tea (menurut adik aku lagi).
Oklah, nak pegi tido. Esok ada meeting business satu hari.....
January 20th, 2004
Orang muda, kematangan, berkata-kata dan pilihan bahasa
Posted by syazfina at 04:13 PM on January 20, 2004.
Menggeleng kepala je tengok email promuda yang bertimbun timbun.
Kalau pasal event yang diceritakan takpe la jugak, tapi nih kritikan pasal penggunaan bahasa. Dah la mamat yang bernama Ahmad Zubir tuh degil jugak.
Dia kutuk orang lain guna BM, kononnya nak menunjuk patriotik. Kena pulak topik dalam Promuda tuh berkenaan dengan sesi kedai kopi bersama tokoh-tokoh politik yang dianjurkan supaya orang muda professional boleh 'mengenali' dunia politik dengan lebih dekat.
Dia menggesa ahli promuda menggunakan English sebagai satu-satunya medium dalam perbincangan. Sudah dibalas komen oleh ahli-ahli lain, samada dalam bentuk yang direct ataupun berlapik - tapi dia tetap berdegil.
OK, pertama sekali: cuba kita selami apa sebenarnya hasrat Ahmad Zubir buat camtuh. Mungkin disebabkan pengalamannya yang terdahulu membuatkan dia cukup sensitif apabila Bahasa Melayu digunakan terutamanya mengaitkan Bahasa Melayu dengan politik - kenegaraan - patriotisme kot. Ataupun dia cuba nak kata English lebih universal dan sepatutnya sebagai professional muda, kita nih patut guna English lebih daripada BM. Ataupun dia masa tuh tengah marah tentang sesuatu dan terlajak kata dalam email. Banyak assumption yang kita boleh buat. Email seterusnya daripada AZ nih mengatakan dia saje je nak buat cam lebih kontroversi, nak tengok berapa banyak response yang dia dapat dan pandangan ahli promuda. Maybe dia nih saje je kot nak mengocak air di tasik tenang - ye lah, lama jugak mailing list promuda tuh senyap sunyi.
Boring kot, takde keje lain.
Dan bagi Fina sendiri, tak perlu kita bising-bising di email sebab akan menyemakkan Inbox Fina yang memang dah cukup penuh tuh. Lagipun AZ akan semakin berkobar-kobar untuk menyatakan diri dia betul walaubagaimanapun kita membangkang pendapatnya. Memang dia jenis camtuh kot. Bukannya aku tak penah jumpa orang berperangai camni. Paling senang nak suh dia diam sket, ignore je... kalau kita pun melenting dia makin berapi.
OK, kalau ditanya kepada aku, mana yang aku lebih prefer, Bahasa Melayu or English? Selalunya aku akan jawab English. Kalau di ATM pun aku guna English, kalau telefon pun aku guna English, kalau dalam email pun aku guna English la kebanyakannya. Bukan sebab aku takbur aku pandai English.. tak de nye... aku guna English sebab aku prefer English. Kenkadang BM nih dia memang la betul tapi lambat sket nak 'dicernakan', especially yang relating to perkataan baru macam kerterbukaan, mampan, memantau dan sebagainya. BM lebih pantas evolusinya berbanding English.
Tapi kenkadang aku juga menyesuaikan diri dengan audience. Takkan la aku bantai cakap English dengan makcik cleaner, lain la kalo makcik cleaner tuh pun fasih bahasa English.
Lagipun di Sarawak nih terutamanya, lebih senang kalau bertutur dalam English dengan rakan sekerja yang bukan Melayu. Tak payah jauh la.. rakan sekerja seopis aku nih ha. Namanya Encik Stephen Lijong, berketurunan Bidayuh. Educational backgroundnya dari zaman British dulu, lebih kurang sebaya dengan mak. Dia cakap English memang power lah. Aku pun memang la kalah. Tapi it's so natural untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dengannya sebab dah biasa. Kalau aku bantai cakap BM ala ala debat aku masa sekolah dulu sampai tak agaknya mesej yang aku nak sampaikan?
Heh.
Boss aku pulak orang Semenanjung, educational background dia lain, dan aku sesuaikanlah penggunaan bahasa aku dengan dia. Dia English tu no problem la actually tapi kalo dah kompleks sangat tu dia pun susah nak faham gak kenkadang. Tapi kalau dalam perbincangan kerja dia lebih selesa berbahasa Melayu kecualilah perkataan 'technical' ataupun istilah kerja yang kalau diterjemahkan memang tak paham punyalah.
So depends dengan keselesaan dan preference semua orang, aku ni kira versatile jugak, cakap dengan sapa2 InsyaAllah aku boleh try sesuaikan diri.
Kadang-kadang walaupun aku prefer English tapi aku tak tercakap, ada jugak. Contohnya macam group BookCrossing aku di Kuching nih. Dorang memang cakap English cam air nye, ada sorang tuh memang aku kagum la dengan slang dia, siap cam omputeh tuh... dan kadang2 aku terkelu. Jadi tak pandai pulak cakap English.
So bercampo campo la jawabnya... asal orang paham dah.
So.. aku rasa tindakan AZ tuh kebudak-budakan, begitu juga yang mereply dengan banyaknya ke mailing list promuda untuk menyokong/membantah pendapat AZ. Pada aku, kalo nak tego dia, email dia sorang je dah cukup. Tak pun, jadi la cam aku, membebel kat jurnal.... ahahaha
Mari kita tengok dan lihat.
Masih lagi tentang email promuda dan dwibahasa
Posted by syazfina at 09:04 PM on January 20, 2004.
Encik AZ masih lagi menegakkan pendiriannya. Ramai juga yang cuba memberi pendapat nak 'mendiamkan' AZ nih. Ada yang cuba menjernihkan keadaan, bagi ucapan CNY dan buat pengumuman bowling dah sebagainya. Beberapa email terbaru balasan AZ sendiri, ada salah satunya menggunakan bahasa Melayu apa. Aku ingatkan dia dah tak pandai cakap melayu, cam iklan raya TV3 tempoh hareyyy. Hehehe iklan lagi aku nih.
Dia kata, dia tak suka tengok bahasa melayu yang tercemar, maksudnya tak betul tatabahasa. Dia dengan skemanya menjawab persoalan salah seorang pengomen yang menyenaraikan soalannya. OK... kita tau dia ingat lagi bahasa Melayu nih, sekali dengan nahu nahu bahasa dan tatabahasa dan kefahaman.
Email-email yang lain banyaknya dalam English. Ada juga yang sempat mempertikaikan anak PM masuk International School yang dikatakan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Hmm... lepas tuh dikaitkan pulak dengan penyalahgunaan bahasa Melayu. Apa lagi En AZ kita, dah disokong begitu dia bertambah la konfiden.
Ada ke correlation dengan anak PM masuk international school berteraskan English sebagai bahasa pengantar utama dengan Kedai Kopi Promuda?
Aku masuk MMU, English main language, takde ape effect sangat pun. Maybe ada karat sket BM aku tapi aku masih boleh proofread lagi karangan ataupun buat laporan dalam Bahasa Melayu jika perlu. Masih lagi boleh berkomunikasi dalam Bahasa melayu dengan efektif jika aku mahu. Lagipun adakah tujuan PM menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa tu untuk mengasah English anaknya semata? baik hantar tuisyen English ngan Cikgu Yaz camtuh, lagi power. Aku berpendapat bahawa PM ada tujuan tersendiri apabila dia memutuskan bahawa pendidikan anaknya diteruskan di sekolah pilihannya. Itu satu point.
Cukup pasal bahasa, ada lagi yang memberi komentar bahawa promuda semacam jadi agenda politiik - jadi PO-muda pulak katanya (politik muda).
Pada pendapat aku orang tuh tengok setempat je. Aktiviti kedai kopi tuh salah satu je aktiviti promuda. Dia tak tengok lagi Leader's Seminar, Career Roadshow, Bowling pun ade ha.... bukan politik je. Aktiviti kedai kopi tuh satu platform untuk ahli promuda berkenalan dengan politik nih dan menyelidik apa sebenarnya politik nih, betul ke jahat, kotor seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak.
Personal opinion aku, kalaula aku kat KL sekarang, alangkah bestnya aku dapat join mende mende seperti nih. Bukan sebab aku nak bercakap ataupun nak carik peluang ataupun nak tompang glemer menteri ataupun offer diri join politik, tapi aku nakkan jawapan. Apa sebenarnya yang dibuat oleh YB YB, apa yang menteri buat, cemana dorang decide on matters concerning the country dan sebagainya. Aku tau, bukan senang nak jadi orang politik. Dah lah pandangan serong dari orang ramai cukup untuk melemahkan semangat, bebanan kerja dan title sebagai 'wakil rakyat' juga menuntut kemahiran yang secukupnya. Aku yakin, aku takkan mampu lagi jadi one of the politicians dengan skill aku yang terhad sekarang. Aku respek dorang for what they did. Aku teringat pulak Wena ada cakap sekali - orang yg menyelesaikan masalah selalunya nampak, tapi orang yang memastikan semuanya berjalan seperti biasa tanpa masalah selalunya tak nampak sangat. Bila dia buat salah sikit baru le nampak le sangat sangat.
Hah... tuh la tujuan kedai kopi tuh pada pendapat aku yang tak dapat nak pegi nih. cuma mampu sokong dari jauh je la...
Aku harap Professional Muda dalam promuda akan bersikap lebih professional daripada bersikap 'muda'.
Promuda kini
Professional dan bijak
Sayangnya 'muda'.
January 21st, 2004
Wahh! Terkujat sekejap....
Posted by syazfina at 11:29 AM on January 21, 2004.
Memang terkejut dan terkujat (lebih lagi daripada terkejut la tuh) tengok Komuniti Haiku hari nih.
Haiku hari ini: Haiku Hujan daripada Syazfina?
Alamakkk!
hahahahah.....
Perasaan:
Hmm... takut sebenarnya, kerana rasa tak mahir lagi berhaiku tapi dijadikan haiku hari ini. 21hb Januari kan... hmmm nak kena take note nih. hehehe....
Nak kata bangga, tak jugak, sebabnya tuh la... takut. Rasa seperti kerdil jika dibandingkan dengan mereka yang lebih hebat berhaiku, haiku yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan haiku hujan yang bagiku lawak tuh. Aku cerita pasal hari hujan, dan adik aku yang disuruh mengemas rumah tapi tido pulak. hahaha....
Ade ke cerita haiku camtuh. Kalau tak silap aku, mengikut guidelines yang diletak kat komuniti, haiku nih lebih 'lembut' sifatnya, menggambarkan keindahan alam dan punya makna tersirat dan tersurat yang pastinya membuatkan kita terpesona.
Adakah haiku hujan aku tuh mempesona? Hahaha... kalau dari segi bahasa, of course lah ada sikit aspek pesona nya sebab tak ramai yang boleh berbahasa melayu sarawak. Kira unik la tuh. Tapi kalau nak diikutkan betul-betul haiku aku tuh tak layak sangat la nak dikatakan sebagai haiku dalam konteks sebenarnya. Main buat ayat je aku nih.
Aku sedar betapa kerdilnya diri dalam mengharungi hidup ini. Betapa cetek pengetahuan yang aku ada sekarang. Aku belum lagi menikmati apa itu haiku buatan sendiri dalam erti kata sebenar. Berjinak jinak dengan haiku mungkin tujuanku tapi nak menghasilkan yang bermutu? Aku perlu prektis lebih banyak lagi!
Yeahhhhh!!!
Komuniti Haiku, aku cabar kauuu cewahh.. takde laa... saje je.. jangan amik serius ye.. ahaha ikut cakap movie je nih.
OK...
Masih belajar
Bunga baru berputik
Haiku biasa
Terima kasih kepada damahum & drirwan kerana memberi perhatian kepada haiku gubahan saya. terima kasih en MBA kerana memberi sokongan padu kepada saya untuk mencuba haiku.
Ya, saya tahu.
Email aku kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Posted by syazfina at 08:15 PM on January 21, 2004.
Date: Wed, 21 Jan 2004 04:14:50 -0800 (PST)
From: "Syarfina Junaida Bolhan"
Subject: Soalan yang agak peribadi: Mengapa Dato' Seri memilih untuk menghantar anak ke Sekolah Antarabangsa
To: ppm@pmo.gov.my
Assalamualaikum Dato' Seri,
Saya mohon maaf terlebih dahulu kerana menghantar email yang tidak berapa penting ini, tetapi sekadar untuk mendapat jawapan daripada Dato' Seri sendiri.
Sebelum itu lebih baik saya perkenalkan diri saya. Saya Syarfina Junaida Binti Bolhan dari Kuching, Sarawak. Saya adalah salah seorang ahli Promuda dan baru-baru ini terdapat 'kekecohan' dalam mailing list Promuda, dan salah satu isu yang dibangkitkan telah mempertikaikan pilihan Dato' Seri untuk menghantar anak Dato' Seri ke sekolah antarabangsa. Sesetengah pihak membuat andaian bahawa Dato' Seri hilang kepercayaan kepada sistem pendidikan negara lantas membuat keputusan tersebut.
Saya lebih senang untuk bertanya sendiri daripada mengikut sahaja andaian mereka. Saya harap Dato' Seri dapat menerangkan kepada saya dan ahli Promuda yang lain berkenaan faktor-faktor Dato' Seri menghantar anak Dato' Seri ke sekolah antarabangsa seperti yang didakwa oleh ahli-ahli Promuda tersebut.
Saya amat berharap Dato' Seri dapat memberi maklumbalas kepada saya dalam perkara ini dan saya amat menghargai perhatian Dato' Seri berkenaan persoalan saya.
Sekian, salam hormat.
Syarfina Junaida Binti Bolhan
Kuching, Sarawak, Malaysia.
E-mel dihantar
Kepada Dato' Seri
Hindar prasangka
January 24th, 2004
memang aku suka iklan so aku cakap pasal iklan lagi.
Posted by syazfina at 11:59 AM on January 24, 2004.
Hong sek hong sek............. po po sek fun..... wassup wassuppp ... hai Yolanda...
Hahaha aku pun dah terhapal iklan CNY TV3 secara tak sengaja.
Tapi aku minat betul iklan tuh.
Aku tatau la apa pandangan yang berbangsa Cina tentang iklan nih, but so far the humor is good. Aku boleh gelak setiap kali aku tengok iklan nih walaupun hakikatnya aku tengok ade le lebih daripada 10 kali sehari iklan yang sama.
Satu lagi iklan kesatria dan wirawati TNB. Hahaha.. memang kelakar la nenek tuh. Mak aku tak puas ati ngan nenek gigi dua tuh sebab iklan Ah Fook Perodua pun dia jugak yang kuar. Glamer betul nenek tuh kan?
Aku kata kat mak, ntah ntah dia muda tak, cam mak Phua Chu Kang tuh kan sebenarnya muda belia tapi berlakon tua.
Iklan Telekom kali nih tak begitu bermakna bagi aku. Takde translation. Tuh pun aku main paham paham sendiri. Budak kecik tuh kira cam ucap selamat makan kat orang2 lain (kira kalo dalam bahasa Jepun tuh Itadakimasu!) pastuh tetiba je ade orang yang tak dikenali. Ping ko aaa..? nasib baik aku nih kaki cerita series Chinese kol 6, paham le jugak sikit sikit. Pastuh dah tak paham dah amende mamat misteri tuh cakap.
Alahai.. nak kena bagitau Dato' Sa Wai cam nih. Tak berkesan iklan Telekom kali nih. Kena blaja dengan TV3, TV3 nye iklan pun ada tolong Telekom ape... tukar set telefon warna hitam kepada kaler merah.
Kalau Telekom "bijak", boleh diguna sebagai strategi mini untuk pemasaran apa... pegi jual set merah kat sume orang.
Iklan petronas pulak cam selalunya, lebih kepada kesedaran dan bersifat kemanusiaan. Sungguhpun kali ini lebih pendek daripada selalunya, iklan Petronas tetap turned out okay. Satu mende yang aku perasan kan, iklan-iklan selain daripada Kurnia Insurans nya CNY advert keluar hanyalah pada eve CNY. Agaknya last minute kot, ataupun nak jimatkan kos pengiklanan.
Iklan ape lagi ek? Ha.. iklan Yeos pun ada, iklan ape lagi...
Terselit pulak antara iklan CNY tuh iklan Nagoya Textile, iklan Selamat Hari Raya Aidiladha. Well, aku nak tunggu lagi iklan corporate untuk Hari Raya Korban pulak. Especially Telekom nyer (just because aku pekerja Telekom) and Petronas.
Aku terbaca sekali blog si Aizuddin yang glamer tuh (aku jarang baca blog dorang elit elit nih except for Mum Mum ngan TV Smith - ntah, aku rasa kroni dorang tak best, aku tak berapa minat kroni kroni nih) dia tengah komplen pasal iklan Proton yang terbaru.
Pada aku, iklan Proton yang terbaru tuh actually ditujukan kepada employees dia sendiri. Mungkin sekarang nih dorang tengah buat inisiatif perubahan, ataupun morale employees dia dah low so dia nak bagi sedar kat pekerja-pekerja dia or something - tapi kalau betullah untuk tujuan tu, aku tak kisah. Aku sokong. Kadang-kadang ini penting jugak. Aku selalu bandingkan dengan tempat kerja aku sendiri, yelah Telekom tuh... ada jugak yang merungut (mak aku contohnya) yang iklan Telekom tak menaikkan semangat sangat. Penting woo kepada motivasi pekerja. Iklan Mak Su Timah telah mendatangkan kesan positif. Maklumlah, selalunya pekerja sendiri yang paling sensitif terhadap iklan company sendiri. So kalau iklannya baik, maka pekerja pun gembira. Kalau iklannya kurang berkesan, pekerja pun terpaksa menepis komen-komen orang lain dan mendatangkan kesan sedikit sebanyak terhadap diri dia jugak, tak kira la dia dept apa sekalipun. Takkan la marketing sahaja yang kena... mana ada! Network dan operasi pun Telekom jugak namanya. TMNet, Celcom, MMU, pun Telekom jugak namanya kalau nak diikutkan.
So iklan Proton tuh actually boleh lagi digunapakai. Boleh lagi diterima sekiranya target audience dia ialah employees. Boleh juga diterima oleh consumer kerana menunjukkan bahawa Proton berani berubah. Ya, Proton memang berani dari dulu. Aku harap dorang akan berani jugak keluarkan kualiti kereta yang sama di seluruh dunia lebih-lebih lagi di Malaysia. Kalau dorang boleh tetapkan kualiti yang sama, aku pasti rakyat Malaysia gerenti sokong Proton dengan lebih kuat lagi.
Ok la. aku nak pegi lawat rumah orang lagi CNY nih.
Update:
Iklan Telekom dah letak Subtitle! Yeehaa!
Baru la aku tau, lelaki misteri tuh dari keluarga lain yang sebenarnya dah berpindah - hehehehe....
Bagus... Bagus....
p/s: aku penah cakap dalam
LJ aku:
kat entri yang nih. Aku rasa aku nih dalam Truman show, diperatikan orang... tak pun orang perati jurnal aku and dari situ ambik decision serta merta. Erkk... cemana ek.
Iklan di TV
Tersentuh jiwa raga
Di Tahun Baru.
January 26th, 2004
Pentingkah disukai orang ramai?
Posted by syazfina at 04:42 PM on January 26, 2004.
Kadang-kadang aku selalu bertanya diri sendiri soalan tuh. Penting sangat ke disukai orang?
Aku tanya suami, dia kata tak penting. Buat apa dengar kata orang. Kadang-kadang bukannya betul sangat pun. Asalkan kita yakin dengan diri, tak perlu kisah sangat apa orang kata. Ye ke bang?
Aku tanya mak, penting jugak, katanya. Terutama sekali dalam menjaga nama keluarga dan juga nampak presentable. Disukai orang ini bukan aje dari segi personaliti dan tingkah laku, tapi dari segi pandangan pertama ataupun first impression pun kena ada gaya sikit. Kalau bergelar eksekutif kenalah ada rupa eksekutif sikit, baru la ada kredibiliti. Kena taruk lipstick sikit bagi muka tak pucat lesi berdepan dengan bos dan pelanggan. Bagi nampak manis dipandang gitu. Personaliti apatah lagi, kerana akan dikaitkan dengan keluarga dan ajaran ibu bapa. Selalu kita mendengar, "kurang ajar betul budak ni", ataupun "mak bapak dia tak ajar ke?" ha... kan dah kena. Ye ke mak?
Aku baca
blog orang pulak (hehe selalu mendapat pengajaran baru nih), ada pulak orang syok sendiri. Aku memang dah jumpa orang camnih, real life pun ada, dalam blog pun ada. Aku nih.. kira kategori syok sendiri ke? Aku nih... kira suka sangat jurnal sendiri ke? Aku harap sangat ke orang suka jurnal aku nih? Kalau dari segi teknikal, aku harap takde masalah sangat sebab aku guna journal-journal yang dah sedia ada - maksudnya aku takde la buat from scratch ke, tukar style ke, layout ke ape... paling paling pun yang aku buat sendiri aku nye homepage, tuh pun aku dah penat nak fikir nak buat cemana. Last last aku buat 2 bijik gambar tangan kat kibod tuh, 2 link either ke tabulas nih ataupun ke
LJ, tambah satu tagboard je kat sana, sebab
LJ takde tagboard sendiri. Tuh je lah. OK ke? Setakat nih aku view kat Mozilla ngan IE, okay lagi la. Tatau la pulak kalau guna resolution lain.
Daripada tajuk nih, aku nak explain jugak sikit2 pasal cara-cara penjurnalan aku nih sebenarnya untuk makluman aje lah. Kot-kot ada yang konpius kenapa aku memilih menggunakan dua journal dalam satu masa.
OK... basics:
LJ for English entries, Tabulas untuk entri BM.
LJ lebih 'tua' dari tabulas. transcience yang perkenalkan aku dengan tabulas, and masa tuh aku tgh fed up dengan LJ yang takde links ngan tagboard nye function. So tabulas aku nih kira cuba-cuba je. Last last aku rasa aku perlu satu outlet bahasa melayu jugak (outlet tuh bukan maksud aku kedai tapi outlet melepaskan perasaan... hehehe) maklumlah, dalam LJ aku macam lebih serius. Selalunya perangai aku nih, bila aku dah marah mula la aku merepek cakap English. Tak pandai marah dalam BM. Kalau aku cakap BM tuh kiranya cakap secara santai.
Ok la, tuh je la aku nak cakap buat masa nih. Just nak tambah lagi satu - isu di LJ dan isu di tabulas nih selalunya berbeza. Kadang-kadang ade jugak aku crosspost kalau ada menda berkaitan.
OK, itulah pasal aku dan hobi menjournal aku yang tak seberapa nih.
Ok.. balik kepada isu disukai ramai.
Kalau tanya aku, aku pun actually tak tau jugak. Kadang-kadang nampak logik jugak kelebihan disukai ramai ni - maklumla, orang pun senang hati tengok, senang nak tolong. Cam orang yang cantik, lelaki pun lebih mudah nak rapat dari yang kurang cantik, terutamanya kalau baru kenal. Kadang-kadang tak logik jugak, sebab kita ni unik, buat apa nak kena ikut cakap orang?
Aku penah baca satu menda yang kononnya menggambarkan aku, kalau tak silap aku deskripsi pasal pokok dan aku. Salah satu yang aku selalu ingat ialah - not liked but often admired.
Aku dapat rasakan bahawa somehow mende tuh betul. Aku tak banyak kawan yang boleh kata dia suka aku. Selalunya sebab dorang admire aku dari segi tertentu - aku bleh buat keje ke, ape ke... bukan sebab admire yang sampai sayang menyayang tuh ye... tapi admire yang more towards respect. Tapi dalam masa yang sama, orang yang admire/respect aku tuh boleh benci aku gak. Cemana tuh... dari aku zaman sekolah-skolah dulu aku prihatin gak perkara nih. Sebab tuh aku tak banyak kawan Melayu. Serius. Kawan Melayu aku zaman sekolah dulu-dulu banyak berdasarkan populariti. Sapa yang hensem, cantik, olahragawan dan olahragawati banyak la kawan dan admirernye. Yang berjaya dalam akademik dan aktiviti lain direspect tapi orang yang suka jarang-jarang ada. Sampailah sekarang, waktu bekerja, masih jugak aku dapati 'sindrom' tuh membelenggu diri aku. Tapi aku yakin, dengan pengalaman yang ada dan semangat dari suami, aku tak perlu risau untuk disukai orang lain.
Kalau nak bercakap tentang teori, sapa yang tak tau
teori Maslow on Self actualization - untuk mencapai self actualization, manusia harus dipenuhi needs dari bawah piramid - antaranya ialah
love and sense of belonging.
Maksudnya aku nih tengah memenuhi keperluan aku sebelum mencapai self actualization. Ye ke?
OKla... nanti bincang lagi.
Disuka orang
Memenuh keperluan
Tapi tak perlu.
January 27th, 2004
Memaafkan kesilapan - dikatakan senang tapi sebenarnya sukar.
Posted by syazfina at 10:38 AM on January 27, 2004.
Aku rasa aku pernah baca pasal ni dalam jurnal
Yaz. Bercakap tentang cikgu English kegemaran aku nih, nape aku takleh nak tengok site die aa? Ke aku sorang je camtuh? Well,
Yaz, if you are reading this, kot kot u ada rumah baru ke ape ke, jangan tak kabar, okay? Ke
Cikgu Yaz terlibat dalam banjir di Johor? Erk... harap-harap takde pepe yang berlaku kepada
Cikgu Yaz yang popular tuh

Balik kepada topik hari nih - memaafkan kesilapan. Sebenarnya ini juga pengukur kepada toleransi kita. Sejauh manakah kita boleh berkata, takpa, dia hanya buat silap sahaja.
Aku akui, aku banyak sangat buat silap. Silap dengan mak bapak, silap dengan suami, silap dengan sapa-sapa je lah tak kiralah secara langsung ataupun tak langsung. Dan kepada sesiapa yang membaca entri ni dan aku ada buat silap kat korang - tersalah guna perkataan yang menyinggung perasaan, ataupun tersilap komen - maklumlah, terlanjur kata nih susah sikit orang nak explain, kena tengok jugak dari segi keadaan dan pengalaman seseorang. Aku perasan yang aku nih kadang-kadang ada emosional sikit, tapi tak lama lepas tuh aku akan boleh fikir balik dan kaji balik keadaan dan buat keputusan secara rasional. Kadang-kadang aku perlukan feedback and maklumat untuk aku sedar betapa silapnya aku sebenarnya.
Tapi kenkadang bila sekali kita dah buat silap, orang dah tak respect kita. Kalau ada pun respek die mesti dah kureng sket. Tak pun lain kali dia tak bagi muka sangat, ataupun tak bagi can sangat kat kita nih. Trustworthiness tuh dah takda dah.
Untuk aku, aku anggap apa yang aku buat silap tuh sebagai pengajaran. Buat apa kita nak fikir sangat yang dah silap masa lampau, apa yang kita harus fikirkan ialah cara-cara untuk memperbaiki diri dan elakkan daripada melakukan kesilapan yang sama. Tapi sanggupkah orang berfikiran camtuh gak? Maksud aku, memaafkan kesilapan lantas memberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri?
Ada masanya teori improvement ni sukar untuk diterima. Contohnya jika melibatkan nyawa. Kalau orang buat kereta tu salah letak skru kat mana-mana dan melibatkan kemalangan, cemana? Kalau orang merogol budak 10 tahun lepas tuh membunuh pula, bagaimana?
Kalau jenis yang bukannya improve diri sendiri tapi pegi improve skill membuat kesilapan tu pulak bagaimana?
Sejauh mana kita bagi peluang, dan kepada siapa yang kita bagi peluang?
Dan bagaimanakah rasa yang bersalah?
Aku juga selalu rasa bersalah dalam sesetengah hal dan selepas itu timbullah rasa gundah di hati. Kadang-kadang fikiran aku akan ulang tayang kesilapan yang aku buat beberapa tahun dulu sekalipun berulang-ulang kali sehingga aku jadi kaget.
Teringat pula aku dengan teori yang menyatakan bahawa kita ini sebenarnya punya
selective memory, yang maksudnya kita ini sebenarnya memilih apa yang kita nak ingat. Yang kita tak nak ingat (subconsciously) kita akan padamkan dari memori kita. Tetapi nape aku selalu choose untuk ingat kesilapan? Aku tatau la orang lain cemana tapi aku masih lagi ingat kesilapan aku masa sekolah, kadang-kadang. Jadi malu sendiri - padahal mende tuh dah bertahun lamanya.
Kalau ikut teori boss aku pulak, jangan tunggu orang, buat dulu and make improvements on it. Kalau tergelincir sikit tuh tak apa, yang pastinya kita start dulu pastuh improve. Takde nye kita nak tunggu menda yang perfect tuh datang. Kita kena bagi room for glitches.
Dan ada juga jenis kesilapan dalam pengurusan, apabila seseorang tuh, dia sedar dia buat salah tapi taknak mengaku salah dan taknak berpatah balik. Selalunya organisasi yang besar banyak buat, sebab kalau dorang buat sesuatu perubahan yang besar, ditambah lagi ego orang yang mencadangkan idea tersebut - kalau tidak berjaya, dan sudah diakui kesilapannya, masih lagi mahu menegakkan benang yang basah. Aku rasa contoh yang mungkin relevan ialah Presiden Amerika, George W. Bush yang buat keputusan menyerang Pakistan dan Iraq. Walaupun ditentang bagaimana sekalipun, dikecam oleh masyarakat dunia, dia tetap dengan 'keputusan' atau 'kesilapan' nya itu.
Lebih baik orang yang buat silap dan mengaku kesilapannya daripada orang yang buat silap tapi taknak mengaku kalah. Lagi stress berhadapan dengan orang yang tergolong dalam kategori yang kedua tuh.
Aku minta maaf pada semua sekiranya ada salah dan silap - kalau ada tolong bagitaulah supaya saya boleh memperbaiki diri.
Maaf dipinta
Jika ada yang salah
Baiki diri
January 28th, 2004
Telekom malu, aku pun malu jugak.
Posted by syazfina at 04:42 PM on January 28, 2004.
Dalam TV berita pelik pelik.
Berita selesema burung, berita pegawai keselamatan dijatuhkan hukuman, berita orang besar Telekom makan rasuah.
Telekom malu, aku pun malu jugak.
Tapi aku tak kenal pun Datuk tuh.
Orang lama sini cakap dia dulu kira femes la jugak. Pastuh ditukarkan ke Pejabat CE tanpa portfolio - dah kena investigate kot. Pastuh, sekarang dah masuk TV dah. Semalam tengok cameraman pun cam evil gila riak wajah nak ambik gambar dia yang tertunduk tunduk mengelak diambil gambar.
Aku terfikir... cemana family dia pulak ek?
Satu family kan pegi London tuh? RM 37K tuh...
Alahai.
Makan rasuah
Rezeki yang tak halal
Dihukum jua
January 30th, 2004
Wang ringgit boleh beli apa saja di dunia.
Posted by syazfina at 08:51 AM on January 30, 2004.
Masa sekarang ni banyak orang kata, "Money can buy anything".
Ada jugak kebenarannya, maklumlah, kasih sayang pun boleh dibeli dengan duit sekarang. Kalau tak guna duit cash pun guna credit card pun boleh.
Sesetengah orang menjadi duit/wealth sebagai fokus utama dalam kehidupan.
Aku dan mak berbincang lagi tentang perkara ni, tercetus ilham apabila salah seorang customer yang bertandang ke pejabat mak menyatakan pendiriannya tentang duit. Duit adalah segala-galanya - kesihatan pun boleh dibeli dengan wang sekarang nih. Kasih sayang memang boleh dijual beli. Iman pun kalau sogok-sogokkan duit goyah juga.
Aku bagitau mak, mungkin sebab kita ni selalu tengok dari perspektif yang duit tuh boleh beli semua menda.
Kalau aku, aku nak tengok apa yang kalau tak guna duit pun boleh ada. Tak perlu ada banyak sangat duit pun boleh dapat. Lebih kepada basics. Kalau nak kata banyak duit tuh, sampai bila pun tak cukup duit sebab nature manusia sekarang ni kurang bersyukur sikit.
Apa dia benda yang tak perlu sangat duit sebagai tukar gantinya?
Ilmu - memang ada yang perlu gunakan duit terutamanya pengajian yang formal dari institusi, tapi kalau kita rajin carik ilmu, ada kot yang tak perlu berduit pun boleh dapat jugak.
Keluarga - ni memang duit pun takleh ganti.
Senyum - kena bayar ke kalau senyum?
Sopan santun & budi bahasa - tak perlu guna duit sangat pun.
Kebahagiaan
Apa lagi ek?
Takpelah. Nanti fikir lagi.
Duit yang banyak
Boleh beli segala
Kurang bersyukur.