--- Perjalanan Hidup :: Memaparkan kisah perjalanan hidup seorang perempuan bernama Fina.. hehe :P ---

Entries for February, 2004

February 3rd, 2004

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted by syazfina at 11:45 AM on February 3, 2004.

Lambat 2 hari, tapi masih bermood raya.

Tahun ini dirasakan juga 'pinch' (cubitan?) raya, kerana atuk menjemput ramai orang ke rumah, dan kami sekeluarga berkumpul dan makan besar - ada nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma dan daging masak hitam, paceri nenas, acar, lemang, pulut dan sebagainya. Mak pulak bawak satu tray gula-gula dan manisan untuk dijamu kepada tetamu yang bertandang.

Aku yang kurang bersosial terutamanya dalam situasi dirumah tanpa bertudung - tak selesa rasanya mengadap orang kalau tak lengkap berpakaian - lebih selesa ke tingkat atas, mendongak TV menonton kartun sambil menjaga kanak-kanak (alasan! ahahah) ataupun membaca komik lama kepunyaan sepupu. Turun ke tingkat bawah hanya untuk makan ataupun membantu cuci pinggan mangkuk setelah tetamu beransur pulang.

Aku terasa lapar la pulak bercakap tentang makanan ni.. :D

Sehari selepas Hari Raya, aku tengok TV lagi.. tengok Malaysia Hari Ini sambil menunggu mak dan adik bersiap untuk membeli belah. Ada professor dan ustazah sedang ditemuramah oleh pasangan pengacara rancangan, diselitkan juga hiburan dari kumpulan Hijjaz.

Teringat pula akan kata-kata professor: Taat ini ada dua puncanya - yang pertama dari perasaan takut, yang kedua dari perasaan kasih sayang. Dia gunakan konsep ini dalam banyak situasi: situasi keluarga, situasi agama. Aku fikir-fikir, betul jugak.
Dalam keluarga contohnya, taat kepada ibubapa adalah salah satu daripada dua sebab tuh. Begitu juga dalam agama - kenapa kita bersolat contohnya; antara dua - sama ada kita takut akan dosa pahala, atau kita kasih dan sayangkan Allah swt, kasih dan sayangkan agama kita lantas kita rela dan taat perintahNya.

Ustazah pula mengupas topik Hari Raya - kepentingan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Kedua-duanya adalah sangat penting kerana menandakan kemenangan. Hari Raya Puasa menandakan kemenangan kita melawan nafsu - begitu juga dengan Hari Raya Korban. Persoalannya: kenapa Hari Raya Puasa lebih meriah berbanding dengan Hari Raya Korban?

Aku rasa mungkin Hari Raya Puasa 'kemenangan'nya adalah lebih dirasai. Semua orang akan meraikan kemenangan secara individu kerana berjaya berpuasa. Tapi Hari Raya Korban tidak begitu dirasakan kemenangannya kerana hanya segelintir yang betul betul menunaikan ibadat haji. Yang lain tinggal di tanah air dan paling dekat kepada kemenangan ialah sumbangan untuk berkorban sembelih lembu, kerbau dan kambing, dan bersolat Hari Raya. Itupun dirayakan kurang sedikit daripada Hari Raya Puasa, mungkin untuk 'menyimpan' meriah menunggu kepulangan jemaah haji ke tanah air.

Menangkah kita di Hari Raya Korban ini?

Berhari raya
Yang Puasa atau Korban
Sama sahaja

Nak cakap pepe?

February 5th, 2004

Berkemas ke Miri

Posted by syazfina at 10:32 AM on February 5, 2004.

Sambil-sambil berkemas untuk perjalanan ke Miri petang nanti, terasa mahu mencatat di jurnal dahulu.
Suami terasa tidak sedap hati tentang perjalanan kali ini.
Bagi aku, dia stress tu. Dengan kerja, dengan pelajaran. Aku pun sepatutnya stress juga. Tapi aku tak nak dibelenggu masalah. Hidup ini terlalu berharga untuk dibelenggu dengan perkara yang sepatutnya kita boleh selesaikan.

Semalam sudah terima buku-buku yang dipesan melalui Alaf21. Alhamdulillah, sampai juga dalam masa yang singkat. Puas hati juga, walaupun cara pembungkusannya tidak berapa baik. Kalau ada masa nanti mahu juga menghantar komentar - kerana buku yang dibeli di cantumkan dengan selotep. Tak ke rosak buku-buku tuh. Nasib baik buka selotep dengan berhati-hati. Buku Busana Wanita dan Fesyen Tudung aku serahkan kepada mak pagi tadi. Saja biar dia bawak ke pejabat untuk dibelek bersama rakan sekerja. Semalam buku Fengshui yang aku beli di MPH.com.my dah ditinjau-tinjau oleh kawan-kawan di pejabat. Hehehhe... kesian mak aku. Ada orang kata kat dia, apa ni, dah tua tua pun baca buku lagi? Ek eleh... membaca tak kira tua ke muda, ok apa... Pelik sungguh aku mentaliti sesetengah orang. Yang bercakap tuh bukannya orang tak tak berpendidikan. Exec gitu. Takpe aa.. tuh kisah tahun lepas. Nasiblah.

Buku KL Dimana Suamiku sudah dibaca 1/8. Ntahlah, mungkin pengalaman aku ini bakal membuatkan aku ada bias dengan cerita yang bakal aku selami ini. Sensitif aku dengan kisah-kisah rumahtangga, kisah keluarga terumbang-ambing. Takpelah, tunggu aku habis baca semuanya barulah boleh beri komen yang menyeluruh.

Aku juga terlintas untuk mengetengahkan isu 'kasi' yang diwarwarkan di televisyen dua tiga menjak ini. Maklumlah, dengan jenayah rogol yang semakin berleluasa kini, banyak yang memberi pendapat. Kisah adik Nurulhuda di Johor aku follow jugak, banyak komentar dan pandangan dari sahabat-sahabat yang aku dapat melalui penulisan di LJ. Membantu jugak untuk memikirkan secara rasional.

Penggunaan perkataan 'kasi' itu sendiri cukup mengelirukan aku. Peliklah! kasi tuh bukan ke bahasa pasar untuk memberi ataupun bagi? Contohnya: Mamak, teh tarik kasi sini satu!
Erk.
Apabila dikaitkan dengan memotong bahagian sulit lelaki (??) pelik betul rasanya.
Banyak yang memberi pendapat. Pakar psikologi menyatakan, kasi ini tidak akan menyelesaikan masalah. Makin lagi la mereka tertekan, maka kemungkinan untuk tercetusnya masalah yang lain amat tinggi. Kalau dia tak merogol guna alatnya itu pun, boleh lepaskan nafsunya dengan cara lain. Tak selesai masalah.
Pandangan ahli agama pulak, adakah kasi tuh boleh menyebabkan perogol tuh hilang nafsu syahwatnya? Lebih kurang la tu dengan penerangan pakar psikiatri tadi.

Aku juga tak bersetuju. Perogol ini masalahnya dalam kepalanya, bukan di alatnya.
Alat itu tetap jadi alat, memusnah hidup orang lain. Macam pisau lah.
Boleh bunuh orang.

Dan aku rasa, internet juga amat mempengaruhi masalah rogol ini. Walaupun sukar untuk aku nyatakan, tapi aku tau ada segelintir yang suka untuk download video rogol (bukan sekadar porno, tapi rogol) dan menontonnya. Pelik aku. Kalau dah tengok tuh, kemungkinan naluri nak mencuba (curiousity) tuh mungkin ada.... tuh yang aku takut tuh. Nauzubillahiminzalik!!!

Ntahlah... aku pun tatau nak kata apa. Yang pastinya, kita jaga diri sendiri dulu. Yang perempuan kena berhati-hati. Tak kira la di rumah, di mana mana saja. Yang lelaki kena jaga diri jugak. Jangan mudah nak terpengaruh dengan nafsu berahi dan kekang rasa nak mencuba-cuba. Nak sangat, pegi kawin. hehe.. ape pulak aku nih.

Oklah, nak sambung berkemas.

Membaca buku
Amalan yang berguna
Tak kira umur

Hukuman kasi
Wajarkah dilaksana?
Tidak membantu.

Pada semua
Lelaki perempuan
Jagalah diri.

4 dah cakap

February 11th, 2004

Bercerita Kembara Gaya rasanubari

Posted by syazfina at 05:19 PM on February 11, 2004.

Pantai Miri Mengundang Memori: Bahagian Satu



(Read More)

Nak cakap pepe?

February 12th, 2004

Pantai Miri Mengundang Memori : Bahagian Dua

Posted by syazfina at 04:48 PM on February 12, 2004.

.....
(Read More)

Nak cakap pepe?

February 13th, 2004

Pantai Miri Mengundang Memori: Intermission

Posted by syazfina at 02:01 PM on February 13, 2004.

Hari ini Yahoo! Messenger nyer custom msg:

"Kini hilang dari pandangan, jernih berkaca"

Sebenarnya tengah dengar lagu Anuar Zain - Kembalilah Kasih.

Sekali dengar lagu ni mula-mula, memang macam tak best je. Tapi dah banyak kali dengar, best pulakk... Tapi belum dapat kalahkan lagu Mungkin lagi.

Oh ya. Pasal custom msg tuh, dah tiga orang hantar msg di Yahoo -"Jiwangnye custom msg!"

Erk. Jiwang ek? Ke sebab selama ni Fina tak penah letak custom msg jiwang? Hahahaa...

Lirik penuh lagu tersebut:
(Kembalilah Kasih)

Dan untuk yang sakit batuk tuh, cuba 'ubat' ni: Madu Limau -



Insya Allah dalam dua tiga hari terus baik.
Mungkin ada jenama lain, carik la... kat supermarket gerenti ada.

Nak cakap pepe?

February 14th, 2004

Pantai Miri Mengundang Memori: Bahagian Akhir

Posted by syazfina at 11:11 AM on February 14, 2004.

......

(......)

Di pantai Miri
Ombak menghempas pantai
Aku terkenang.

Memori indah
Bersama Nenek Limbang
Tumpang berehat.

Terima kasih
Bandar Miri ku kenang
Rindu kembali....

11 dah cakap

February 17th, 2004

otak kreatif puitis sadis

Posted by syazfina at 08:24 AM on February 17, 2004.

Dapatkah aku gapai belon itu
Menerkam wajah, cahayanya
Tapi tak mungkin
kerana takdirku
bukan untuk mencapai belon itu.



(Nostalgia Kasih I)

Ibu memanja
Anak kini berjaya
Terkenang bapa.

3 dah cakap

February 28th, 2004

Bicara Cinta.

Posted by syazfina at 09:57 AM on February 28, 2004.

Cinta.

Kenapa kena bercerita tentang cinta?
Bukan cinta secara am yang memungkinkan cinta kepada apa saja - cinta kepada Allah, cintakan alam.. bukan itu yang aku maksudkan.

Cinta antara dua insan.

Aku rasa amat bersyukur kerana setakat ini, kisah cinta aku kelihatan mudah. Lagipun mengikut perkiraan aku yang sebenarnya, aku sebenarnya lebih 'maju' daripada apa yang aku sangkakan. Dalam assignment Personal Finance di tahun akhir, aku menganggar bahawa aku hanya akan bertemu jodoh sekitar 25-27 tahun. Siapa sangka, siapa menduga, aku dan suami dipertemukan lebih awal dari itu. Berkahwin pada usia 22 tahun bukanlah sesuatu yang aku bayangkan sebelum tahun 2002!
Kisah cinta aku ringkas. Tidak banyak interaksi fizikal - maksudku, tidak perlu melalui analisis fizikal: kena cantik ke, slim ke, ayu ke... - tapi lebih kepada pemahaman dan sokongan dari segi emosi. Persamaan dari segi pengalaman hidup. Cukup berbeza pendapat dan pemikiran untuk menyemarakkan perhubungan dan perbualan. Fizikal bukanlah kayu ukur dalam hubungan aku dan suami (or rather, my boyfriend in the earlier years?). Kisah cinta aku membuktikan ketidaksahihan 'love at first sight'. Sight, ataupun pandangan (luaran) tidak semestinya memberikan kita maklumat sepenuhnya tentang orang yang kita lihat.
Kadang-kadang mengenangkan kisah cinta sendiri, nampak begitu 'lurus'. Mungkin kerana itu kini aku dan suami diuji Tuhan untuk berjauhan buat sementara.

Tapi kali ini aku bukan nak bercerita (lagi) tentang kisah cinta aku.

Kisah cinta orang lain, yang lebih bergelora, bergelodak, lebih mencabar.

Cinta Tiga Musim

Kisah 'Cinta Tiga Musim' di TV3 mengingatkan aku bahawa cinta ini sebenarnya bukan mudah. Ada yang menipu, ada yang tertipu, ada yang perlu dijelaskan tapi tak terucapkan. Ada yang ikhlas tapi sukar hendak menghadapi kenyataan.
Dan beberapa orang telah mengakui yang kisah cinta mereka ada persamaan dengan kisah cinta yang dipaparkan dalam siri TV tersebut. Menarik sungguh menonton Amy Mastura beraksi, sungguh natural dan menyakinkan... suami ada mengesyorkan membeli VCDnya di pasaran, tapi aku lebih suka menunggu hari demi hari, menyaksikan apa yang bakal menanti dalam episod cinta bermusim ini. Walaupun aku dan ibu ada juga komen negatif - contohnya cara 'menghilangkan' atau 'membunuh' watak - Sheila dan Budi umpamanya- dan cara memperkenalkan watak baru - rasanya ada ruang untuk improve lagi.
Ok, kembali ke kisah cinta yang tidak berapa lurus - yang hampir serupa dengan kisah Cinta Tiga Musim ini, antaranya.. siapa lagi kalau bukan mak aku sendiri.. ahahahhaa... aku sendiri tak tau pun... tetiba je dia tersenyum simpul dan berkata,

"Macam sama je......"
"Tak logiklah. Takkan la best friend tak tau sapa bakal suami best friend dia sendiri. Cam bunguk je."
"We never asked." Jawab mak.

Cheh.

Sharifah pun kena cam ni jugak. Rupa-rupanya lelaki yang menaruh hati padanya adalah tunang rakan sekerja. Duh!
Cemana tu... kira real la cerita Ayuni - Imran nih yek!

Pada sesiapa lagi yang pernah menghadapi situasi yang sama, terkenang la korang... hehehe...

Kompleks juga kan bercinta nih sebenarnya. Tak pasal-pasal cinta tiga segi, ter-rampas tunang/kekasih orang secara tak sengaja, alahai...

Kalau korang ingat cerita cinta aku lurus sangat, tak jugak. Sebelum tuh, cinta monyet ade le. Ade la kena tempias tempias frust dan sebagainya. Bukan sebab kena tinggalkan orang, tapi perhatian orang dah menyerong ke arah yang lain. Lepas tuh, pedulik hape.. hehehe... last-last ada yang cuba menyambung semula 'mug Garfield' yang telah pecah, tapi minta maaf... sukar untuk menerima kembali kerana begitu mudah untuk merayu kembali, begitu mudah untuk dilupakan jua. Hahaha... tapi itu cerita dulu dulu, masa kecik kecik.

Cerita 'Birds of Prey' yang baru aku tengok tadi pun ada pasal cinta. Hehehe...
Best la pulak cerita anak Batman ngan Catwoman ni. Aku paling suka hubungan Huntress dengan Reese.
Aku dapat rasakan Huntress ialah watak yang aku inginkan, ataupun kira boleh ngam la.
Tegas dan keras pada luaran, tapi pengalaman dan rasa hati banyak membina prinsip kehidupan.
Tidak begitu domestik (ya itulah aku! hahaha) dan minat sesuatu yang mencabar.
Boleh memahami perasaan dan bersikap empati.
Hehehehe.. itu pasal Huntress.

Balik kepada kisah cinta mencabar - macam watak-watak dalam KLDSK - aku tak faham bagaimana perasaan manusia boleh mengatasi akal fikiran. Bagaimana manusia boleh melepasi sempadan etika sehingga alpa tentang realiti. Sampainya hati seseorang untuk melukakan yang lain. Bukan tanpa sedar, tapi sengaja! Aku tak paham. Tak payah soal cinta aje, isu biasa seperti memandu di jalan raya contohnya - kenapa perlu ada samseng jalanan yang sanggup mempertaruhkan nyawa pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa? Ataupun di tempat kerja - kenapa perlu 'korban'kan sesetengah benda semata-mata kehendak sendiri lantas melanggar etika? Erk, teringat pula KLDSK masih lagi belum disambung baca. Kalau ada masa senggang nanti Insya Allah akan mendalami pemikiran watak-watak dalam kisah tersebut.

Cinta mencabar lagi... macam kisah ibu bapa aku. Bagaimana rumahtangga yang dibina berdasarkan perasaan cinta boleh runtuh begitu sahaja? Kalau begitu, baik tak payah kawin, buat anak je cukup... hahahaha.. taklah, nih cakap-cakap secara buduh je nih. Aku tak paham kenapa cinta kena jadi susah dan terhalang. Adakah kerana cinta terlarang punya thrill tersendiri? Lebih misteri dan seronok jika dibandingkan cinta yang nyata dan jelas?

Hanya satu jawapannya: Definisi cinta berbeza bagi setiap individu.

Definisi cinta untuk aku: Respect dan Kepercayaan.

Ibu mengajar, jangan percaya 100%... hehehe... kena bagi margin kepercayaan tuh, at least 10%
Itu formula ibu.

Okehlah, dah puas berbicara tentang cinta. Baik aku baca kisah cinta orang lain pulak.... hehehehe....

Cinta yang indah
Umpama musim bunga
Jangan siakan.

4 dah cakap

Jatuh cinta!! (Apa, cinta lagi? Tak habis habis!)

Posted by syazfina at 05:12 PM on February 28, 2004.

Bukan jatuh cinta dengan orang!

Tapi.............. dengan ini!




*meleleh je air liur bila pegi kedai Sony tadik*


fufufufufufufufufufuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

RM 7988..................

Pergi ke kedai
Kagum dan mahu beli
Duit tak ada..... huhuhuhuuuu

Nak cakap pepe?

Meeting di Menara Telekom

Posted by syazfina at 11:43 PM on February 28, 2004.

Esok pegi KL flight 9.15am.
Nasib baik MAS sekarang dah ada online booking. Kalo tak mana nak carik travel agency yang bukak Sabtu petang? Huhuuuuhu...

Akan berada di Cititel Midvalley dari 1hb sampai 3hb.
2hb tuh akan busy kot. So ada apa-apa plan menarik untuk 1hb/3hb?

Kalau korang pegi Midvalley masa tuh, jangan lupa habaq ye...

Hantar aa message kat Yahoo! Messenger saya. I'm on SMS la katakan... hehehehe

Mudah-mudahan berpergian kali ini selamat pergi dan selamat kembali. Kalau ada rezeki boleh bersua rakan yang ingin dikenali.
Insya Allah........

Nak cakap pepe?

« 2004/01 | 2004/03 »

#back top | Site powered by Tabulas.