Entries for March, 2004
March 12th, 2004
Menunai Janji di Miri
Posted by syazfina at 11:10 AM on March 12, 2004.
Nota:
Kisah berkelana ke KL akan dipost nanti... keluar cerita Miri dulu sebab cerita KL tak siap lagi! hehehe......
(Menunai janji di Miri)
March 16th, 2004
Sibuk di waktu cuti sekolah ini menjadi jururawat tak bertauliah
Posted by syazfina at 01:13 PM on March 16, 2004.
Aimin bersunat
Adik bersunat
Kini dah besar panjang
tetap disayang.
March 17th, 2004
Semakan daftar pemilih
Posted by syazfina at 04:21 PM on March 17, 2004.
http://daftarj.spr.gov.my/
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 196/11/04/005 - ARANG ROAD
Daerah Mengundi : 196/11/04 - ARANG
DUN : 196/11 - BATU KAWAH
Parlimen : 196 - STAMPIN
Negeri : SARAWAK
Negara (bagi pemilih luar negeri) : MALAYSIA
March 19th, 2004
Pemalas betul nak buat entri betul-betul sekarang.. hihihihiii
Posted by syazfina at 12:00 PM on March 19, 2004.
Ehlo?
March 22nd, 2004
Masih lagi demam pilihanraya
Posted by syazfina at 01:20 PM on March 22, 2004.
Memandangkan dua tiga menjak ni semua orang dah pakar pasal pilihanraya - paling-paling pun ada pengetahuan asas tentang pilihanraya - maka saya pun nak memandai-mandai juga la pasal pilihanraya. Maklumlah, kalau cakap pasal pilihanraya sebelum keputusan keluar, orang kata kita berkempen. So selepas pilihanraya ni baru la sah bukan kempen....
Pada hari mengundi saya tetiba terfikir, kenapa pihak pembangkang tidak gunakan kekuatan pihak BN dan jadikan itu sebagai titik mula. Mengikut buku Marketing Warfare (Reis & Trout), strategi yang harus digunakan oleh Challenger ialah Offensive Strategy.
#1: Consider the strength of the Leader
#2: Find a weakness in the Leader's strength and attack that point
#3: Launch an attack on as narrow a front as possible
Bagi saya, kekuatan BN (selain daripada funds yang lebih) ialah Jaminan Masa Depan ataupun Kestabilan/Kekal.
Apa yang dapat dipelajari daripada ini?
Daripada mengwarwarkan tentang permasalahan penduduk di lokaliti dan menabur janji (dan kemungkinan sejumlah duit), ataupun menggunakan agenda agama/kaum mahupun menuntut keadilan - kenapa tidak menggunakan strategi ini?
Maksud saya terangkum dalam satu perkataan - PERUBAHAN.
Sebab itulah pengundi di Bandar Kuching dan Ipoh telah cuba untuk ke arah ini.
Tiada yang kekal melainkan perubahan.
Dan rakyat harus sedar perihal ini. Tidak seharusnya kita tinggal dalam kepompong dan terus berada di dalam 'comfort zone'.
Mungkin konsep ini sukar difahami oleh segelintir besar masyarakat Malaysia yang kurang berpendidikan kerana mereka sudah 'comfortable' dalam situasi masing-masing.
Tidak bermaksud saya men-stereotypekan bahawa orang yang kurang pendidikan sukar memahami konsep ini, tapi ada juga yang berpendidikan tapi tak faham juga :D Itu lain cerita.
Tapi 'perubahan' adalah agenda nasional yang boleh dibawa oleh pihak pembangkang, jika mereka mahu.
Strategi menjanjikan pengurangan tariff itu dan ini dan kemajuan itu dan ini sudah basi dan lebih bersikap lokaliti.
Mungkin ini juga harus difikirkan oleh pihak BN untuk strategi defense.
Kalau saya berkapasiti, ingin saya buat parti baru: Parti Perubahan Negara (PPN). Hahaha...
Nota:
Siapalah saya untuk memberi pandangan. Minat saya bukan dalam politik. Cuma mampu memberi idea yang mungkin boleh diaplikasikan - tapi dalam masa lima tahun akan datang, mungkin ini tidak lagi dapat dipraktikkan.
Dan entri ini bukanlah untuk menunjukkan sokongan saya kepada mana-mana pihak, sekadar memberi pendapat secara peribadi.
March 24th, 2004
Survey untuk assignment Marketing
Posted by syazfina at 10:10 AM on March 24, 2004.
Boleh tolong saya isikan survey, sekejap je... tak sampai seminit.
Ada 2 soalan je.
Click kat link kat bawah tuh ye..... terima kasih!
http://syazfina.livejournal.com/106904.html
March 26th, 2004
Rumah Tumpangan Warga Emas?
Posted by syazfina at 10:25 AM on March 26, 2004.
Semalam ketika memandu untuk balik ke rumah, radio Sarawak sedang berkumandang dalam kereta. Selalunya ada rancangan dalam bahasa Melayu Sarawak yang bersifat satira, disampaikan dengan bersahaja tetapi bermakna dan mencerminkan masyarakat Melayu Sarawak secara keseluruhan, disamping lawak jenaka yang menghiburkan pendengar. Tetapi petang ini lain pula agendanya. Kedengaran serius, dan mungkin juga bukan slot rancangan satira kegemaran kami. Apa-apapun, masih mahu mendengar juga topik yang dibincangkan.
Rupa-rupanya isu anak yang ingin mengerjakan umrah ataupun berkelana ke luar kawasan, dan hendak mencari tempat untuk meninggalkan ibu bapa yang tua.
Topiknya: Adakah idea Rumah Tumpangan Warga Emas ini baik atau sebaliknya?
Dari awal-awal lagi saya sudah memutuskan tidak bersetuju. Takkanlah adik beradik tak boleh tolong jagakan ibu bapa? Kalau tak ada adik beradik lain pun, janganlah orang tua ditinggalkan di rumah tumpangan.
Perbincangan radio itu diteruskan lagi dengan panelnya menyatakan persetujuan mereka berkenaan idea tersebut. Kononnya ada aktiviti yang berfaedah lah, ceramah keagamaan dan sebagainya. Apa lagi, tak puas hatilah saya. Berbincang pula dengan mak. Ada juga orang sampai hati begini. Selambe je tinggalkan emak bapak di rumah tumpangan. Cuba kita letakkan diri kita sendiri dalam situasi mak bapak kita, nak ke ditinggalkan kat rumah tumpangan? Lagipun kalau setakat nak pegi umrah, kenapa tak dibawa sekali ibubapa?
Betapa kasihnya ibubapa kita dulu, membawa kita kesana kemari ketika masih bayi, melayan kerenah kita - bila kita dah besar, tak sanggup pula nak melayan kerenah mak ayah sendiri. Astaghafirullaha'zim.
Selepas itu, ditambah pula dengan panggilan telefon daripada pendengar. Pemanggil pertama juga bersetuju. Mengucap saya.
Tunggu jugak dia nyatakan balik nombor telefon stesen radio tempatan tersebut, nak kena 'basuh' sikit dorang yang bersetuju sangat ni. Tak keluar-keluar pulak nombor telefonnya.
Dah masuk pemanggil kedua, pun setuju jugak... alahai.... saya terus tutup radio.
Bak kata mak, "tengoklah mentaliti dorang ni, orang-orang ni lah yang bersetuju, orang-orang nih la jugak yang mengundi hari tu."
Erkk. Masuk cerita mengundi pulak mak ni. Tak habis lagi demam pilihanraya dia tu.
Tapi perkara tersebut masih lagi di fikiran saya.
Sampaikah hati kita nak tinggalkan ibubapa di Rumah Tumpangan Warga Emas (nama je nampak cam baik, tapi sebenarnya nama asal: RUMAH ORANG TUA!)? Kalau Resort/ Spa takpelah.. (persoalan lagi.. mampu ke? heh)
Kalau saya dah tua nanti pun, tak mau lah saya ditinggalkan di rumah tumpangan. Lebih baik berdikari di rumah sendiri ataupun menumpang rumah saudara-mara. Kalau dah mampu nak pegi umrah, dah tentunya mampu nak menggajikan pembantu rumah yang boleh menolong menjaga orang tua kita. Selalunya kita kena ingat, orang tua ada ego sendiri. Kalau dah kena hantar ke mana-mana tuh, hatinya pasti terguris....
Inikah balasan anak yang telah dilahirkan?
Inikah balasan anak yang telah didukung, ditatang bagai minyak yang penuh?
Inikah balasan anak yang disusui?
Inikah balasan anak yang dibesarkan, disekolahkan?
Inikah balasan anak yang ditanggung segala keperluannya?
Sekali lagi saya mengucap, berharap agar fenomena ini tidak dianggap biasa sahaja. Ini sesuatu yang sukar untuk diterima!
Saya nak carik lirik dan mp3 lagu arwah Sudirman - Ayah dan Ibu............
Ayah dan ibu
Harta paling berharga
Kasih sayangmu.
Ibu dan ayah
Permata hati kami
Jangan disia.
Pilihanraya lagi
Posted by syazfina at 04:13 PM on March 26, 2004.
http://www.jurnal.biz/pilihanraya04.html
Pilih jangan tak pilih.
Dapat maklumat ni daripada En MBA. Dia dah tercalon, tapi nak menarik diri sebab gomen punya orang takleh masuk persatuan tak berdaftar.
Berbicara pasal pilihanraya GeJu ni, mula-mula saya terkonpius, mana nye Sabah/Sarawak @ Borneo. Mana tak nye guna Utara, Timur, Barat dan Selatan.
Jap.. nak berfikir...
East Malaysia tuh ... Malaysia Timur kan?
Hmm... sebab tengah konpius lagi ni.
Tengok yang Timur, betullah untuk Malaysia Timur (Kelantan/Terengganu/Pahang(?)).
Yang barat pulak...
Wawa asalnya Kota Kinabalu... hmmm dekat-dekat nih... yang sorang lagi,
suif sainan, tak tau pulak. Kalau mengikut lawatan ke site dia, dia last update kalau tak silap bulan Mei tahun 2003.
Hmm.. takde maklumat pulak kot kot dia ni orang Sabah ke Sarawak. Ade la dia sebut pasal tuh..
"Tapi malam ja... siang tak tau nak buat apa... sekarang ni... memang susah nak dapat kerja... lebih-lebih lagi kami yang di Sabah & Sarawak..."
Petikan daripada Think like a Man Action, Act like a Man Thought
Hmm.... dorang kot.
Tapi dorang ni Bahagian Barat.
Barat ke Sabah/Sarawak ni? Kan saya dah konpius lagi.
East tu timur kan?
Ok. Katakan sayasalah assume yang Barat tu Sabah/Sarawak - mana calon untuk bahagian Sabah/Sarawak@Borneo?
Tuh la pasal saya pegi letak komen, Bahagian Borneo takde ke?
Aik, takkan la luar negara ada tapi Borneo takda.. hmmm.... berfikir.... ke sebab kami ni jauh sangat nak menghadiri ape-ape aktiviti GeJu so tak masuk dalam senarai? Tak aktif kot..
Saya akui yang saya tak berapa aktif GeJu kerana faktor jarak yang memisahkan dan menyukarkan kami nak mengikuti perkembangan GeJu. Lagipun saya dah banyak sangat mengikuti komuniti online sampai dah tak larat - contohnya Ryze, BookCrossing, palmx, LiveJournal dan ntah ape ape lagi.
Tapi tuh la, luar negara ade ape... takkan la Borneo takde?
Kami tak ler tinggal kat atas pokok lagi. Ada internet dan ada PDA jugak. hehehhee....
Saya pun takde la mengharap nak dicalon ke ape... tak aihhh saya mungkin tak mampu lagi... sebab saya sedar tahap penglibatan saya di GeJu tak seaktif ahli GeJu yang lain. Apa yang saya mampu buat ialah letak logo GeJu kat LJ saya, pastuh entertain beberapa soalan berkenaan GeJu yang ditanyakan kepada saya oleh beberapa sahabat melalui Y!M dan baru-baru ni, cuba membantu seorang
rakan yang baru berpindah ke Kuching mencari rumah - dia dapat Yahoo! ID saya menerusi GeJu. Tu je.
Bila cuba buat carian di GeJu untuk mencari ahli GeJu Sarawak, ada apa.... Aidaladidah contohnya.
Bukannya apa... rasa cam not a part of Malaysia pulak. Kalau camtuh boleh la masuk dalam kategori calon "luar negara" kot? hehehee...
Hmm... tetiba saya terasa hidup saya lebih bermakna di online. Kehidupan sebenar saya rutin, banyak halangan, kerja, keluarga.
Tapi kawan-kawan... tidak ramai. Kawan baik dulu pun bukannya di Kuching. Macam Sabrina, dah keje kat Putrajaya. Grace pulak jadi cikgu kat Julau. Sue pun kat Sarikei. Yang lain-lain ada kat Miri, Bintulu, Sibu. Kawan SMS saya Dr Harith pun belum pernah bertemu muka, hanya kenal di palmx nye Yahoo!Group.
Iwan yang baru pindah dan mencarik rumah tu pun saya tak penah jumpa lagi. Tapi saya ikhlas nak tolong dia.. tapi tak berjaya sangat la.
Gette dan kawan-kawannya pun dari BookCrossing dan
LJ. Tak lupa juga Dee yang sama MMU tapi berjumpa di Blogspot. Dan banyak lagi kengkawan dan masyarakat internet yang menjadi sebahagian daripada hidup saya.
Alahai. Hidup saya di internet lebih meriah!
March 29th, 2004
Berlibur di hujung minggu
Posted by syazfina at 01:47 PM on March 29, 2004.
Hujung minggu kali ini boleh dikatakan hujung minggu hiburan.
Malam minggu saya telah *dipaksa* pergi menonton sepupu-sepupu saya membuat persembahan di mini konsert Koir Kementerian Sosial dan Urbanisasi Sarawak bertempat di Waterfront Kuching. (sepatutnya pegi buat assignment)
Seluruh keluarga turun memberi sokongan moral kepada Adek (Ibrahim), Kak Osh (Rossella) dan Kak Lynn (Rossalynn).
Rossalynn (kedua dari kanan), Rossella (ketiga dari kanan)
Haaa.. Kak Lynn tengah 'tarik' suara menyanyikan lagu 'Cinta di Akhir Garisan'... takut dia tersemput kat tengah stage je... hehehe...
Adek lelaki hujung sekali sebelah kanan - memberi pose istimewa ala Ruffedge gitu
Paling meriah ialah apabila si kecil Zaza turut menyanyi dan menari di depan!
Boleh tahan la dorang....
Hari Ahad pula hari yang ditunggu-tunggu - mahu melihat dua artis kesukaan - Anuar Zain dan Amy Mastura untuk promo Bintang Hati di Wisma Saberkas dan Riverside Shopping Complex. Setelah penat-penat berasak-asak bagai nak semput dan menghabiskan RM50 membeli barangan Lux, dapat juga tandatangan mereka dan berpeluang bergambar! Yahuu!! Tapi gambar bersama mereka belum cuci lagi.
Yang ada gambar digital ni dulu..
Tak sabar rasanya nak jumpa Anuar dan Amy! Tapi.. mana dorang ni?
Wahhh lagi la ramai sampai ke tingkat atas tuh...
Peminat Anuar Zain dua orang ni lah... hehehe
Yahoo!!! Anuar and Amy *was* here? Hehehe tuh la DJ tak reti cakap English.
Setelah berasak-asak dengan peminat-peminat yang lain, akhirnya berjaya jugak dapat autograf Amy dan Anuar!!! Yahoo!!!!
March 30th, 2004
Aku nak jadi polis.
Posted by syazfina at 03:56 PM on March 30, 2004.
Ya, betullah. Aku nak jadi polis.
Bila aku cakap kat mak aku, dia buat muka heran.
Ye lah, apesal pulak nak jadi polis? Nak ikut jejak langkah ayah aku?
Hish.....
Muka ada hati nak jadi polis... mak aku tergelak beso.
Bukannya apa, aku terkenangkan standard polis di negara kita nih. Kalau kat kawasan kitaorang tuh, masih lagi guna kertas report bertulis "Rumah Pasung" yang kuningnya mengalahkan kertas di Arkib Negara.
Pastuh masih lagi pakai mesin taip zaman dahulukala yang dah habis depreciationnya. Dah zero value.
Aku nak mengubah semua ni. Aku rasa terpanggil nak mengoncangkan sistem Polis di negara ini. Takpun di Sarawak, cukuplah.
Aku sebagai anak polis (suatu ketika dulu) boleh nampak dan mengalami apa ertinya jadi anak polis.
Kalau nak tau, banyak-banyak penjahat, anak polis la yang ramai jadi penjahat. Ada yang jadi pencuri, pukul orang dan sebagainya. Aku pun heran gak apasal la anak polis yang selalu buat hal, padahal bapaknye polis.
Salah satu yang aku nampak lah kan, bila aku tengok budak-budak Pulapol keluar outing kat Satok - aku terbayang la dari kategori mana la budak-budak ni. Sempat aku mendoakan agar dorang tak jadi macam kengkawan dorang yang merogol orang kat Johor hari tuh. Tahap mana pendidikan dorang? Kebanyakan dorang bukan lulusan universiti pun. Banyaknya yang tak lepas SPM ataupun PMR.
Hmmm...... lepas tuh aku cuba bandingkan dengan askar. Askar okay sebab dorang dah latih dari akar umbi, contohnya pelajar-pelajar RMC. Polis mana ada sekolah Polis. Kalau tak silap aku, dulu aku hampir-hampir nak masuk MRSM Taiping, banyak anak polis pegi sana. Kalau tak silap aku la... tapi tak jadik.
Kenapalah tak ramai mahasiswa/mahasiswi bercita-cita menjadi polis? Tak menarik ke keja polis tu?
Pastuh aku kaji pulak dari segi anak-anak polis ni. Kenapa anak-anak polis yang menjadi pelesit? Pengalaman aku di Limbang semasa masih menjadi anak polis (yelah, mak aku dah bercerai ngan ayah aku, so sekarang aku dah bukan anak polis sepenuhnya) memberi aku idea. Kalau PERKEP (Persatuan Isteri polis ke ape.. ntah tak ingat apa nama penuh persatuan ni) boleh menjalankan aktiviti, kenapa takde Kelab Anak Polis ke... untuk membina sahsiah dan dijadikan sebagai titik mula ke arah peningkatan imej polis dan keluarga polis secara keseluruhan? Semua kemudahan lengkap - ada pusat sukan, nak berjumpa pun senang, sokongan sudah tentunya datang daripada pihak Polis sendiri dan PERKEP, dan mungkin boleh membantu Kadet Polis.
Banyak rancangan yang aku fikirkan - sukan, awareness program tentang Polis kepada masyarakat, bagaimana anak polis look up kepada ayah/ibu mereka, latihan kawad...... dan menggalakkan orang menyertai polis.
Wah, the possibilities...
Itupun kalau la aku masih bergelar anak polis.
Sekarang tak lagi, secara direct. Indirectly semangat anak polis tuh ada la, dah namanya ayah aku, tetap le jugak ayah aku. Tapi aku harap anak-anak polis yang lain dapat memartabatkan Polis di mata masyarakat.
Lagipun polis di Sarawak ni khususnya (mungkin di Semenanjung dah advanced kot) tak ramai yang berpelajaran tinggi. Yang banyaknya mereka yang asalnya rank and file - dari bawah naik pangkat. Tidak ada nafas baru dalam institusi polis.
Kalau la Suruhanjaya Polis tu pegi ke Sarawak (sekarang dorang kat JB), Insya Allah aku nak hadir. Aku nak join sekali.
Tak dapat jadi polis ataupun anak polis, jadilah rakyat yang prihatin dengan polis.
Tak pun aku nak jadi consultant kepada Polis. Suruh dorang bergerak dengan lebih dinamik.
Polis Diraja
Tugasnya bukan senang
Jaga negara.
Polis yang cekap
Mesra, betul dan cepat
Jadi idaman.