Entries for April, 2004
April 5th, 2004
Karnival Sure Heboh, Main Bazaar dan KLD
Posted by syazfina at 04:10 PM on April 5, 2004.
Karnival Sure Heboh kat Kuching best jugak. Pasal best la sampai terpegi dua kali.
Kitaorang pegi awal-awal pagi.. so tak ramai orang lagi.
Mak beli Kopi Ginseng Tongkat Ali Power Root. Kacip Fatimah dah sold out.
Pembaca berita TV3 sombong-sombong belaka. Kalau tak nak ikut Karnival nih dan tak mahu jadi celebriti, gi la cakap kat Datuk Farid, tak nak. Jangan la marah-marah depan kanak-kanak yang mengharapkan autograph dan gambar setelah bersesak-sesak dan membayar RM 2 - patutlah sumbangan sampai RM 32,000. Duit aku la yang banyak ke situ.
Beli baju Karnival TV3 untuk mak dan baju 999 untuk Ambo. Beli tote bag kecik Karnival TV3. Mak beli 8 kotak krimer manis Dutch Lady yang dalam kotak tuh. Aku dan adik makan aiskrim X-Choc. Aku pegi memake upkan diri kat Women at TV3 dan perasan dimekapkan seperti Norjuma. RM 5 je beb. Mak aku cakap, Semet mekapkan aku lagi cantik.
Lepas pegi Karnival hari Sabtu, pegi jalan-jalan kat Main Bazaar survey barang-barang yang dipesan. Termasuk lah tikar kayu wkdin. Fariz, tie kayu yang ko nak tuh yang kayu keras ke... kulit kayu je?
Gambar-gambarnya tunggu Iwan download daripada camera dia.
Survey jugak apa yang sesuai dijadikan hadiah untuk pemenang-pemenang masa Ryze mixer 17hb ni nanti.
KLD?
Dah tanya suami.
Suami kata, pegi la sensorang.
Dia tanak pegi.
Ye lah... ye lah...
Kalau aku pegi sorang, terpaksa la aku dok dalam khemah.. hehehe... lama dah tak bercamping. Berjuta-juta tahun yang lampau je rasanya. Masa buat camping UPG dulu pun bukannya camping, dok dalam chalet. Kalau suami ikut sekali, bolehlah dok chalet.
Kalau suami tak nak pegi jugak, terpaksa la carik orang tumpangkan pegi ke KLD...........
April 8th, 2004
Sesi belajar, mempelajari, pelajaran, pengajaran dan sebagainya.
Posted by syazfina at 04:45 PM on April 8, 2004.
Semasa dalam mesyuarat perniagaan dua tiga hari lepas, GM membuka mesyuarat dengan sedikit tazkirah.
Katanya:
Sifat manusia ni, selalunya apa yang orang dapat, dia dok tengok. Apa yang dia sendiri dapat, tak ingat. Contohnya, technician tengok eksekutif duduk kat dalam opis, aircond, dok meeting je keje. Tapi diri sendiri tak teringat yang diri sendiri at least ada pekerjaan, sumber mata pencarian, tak perlu fikir banyak sangat, nak claim OT pun boleh.
Kata GM lagi, di dunia ni, kita kena compare dengan orang yang dibawah daripada kita. Barulah terbit rasa kesyukuran, keinsafan, keinginan untuk bersedekah dan sebagainya.
Kalau kita dok bandingkan dengan orang yang diatas kita, memang tak habis ketakpuasanhati kita, dan boleh menerbitkan rasa syak wasangka, iri hati dan sebagainya.
Di akhirat pula, kita kena compare dengan orang yang lebih baik daripada kita - maksudnya, untuk urusan-urusan berkaitan dengan hari Akhirat : amalan kita, contohnya - kena mendapat contoh daripada Rasulullah saw, Nabi-nabi dan sebagainya. Barulah kita ada keinginan untuk mencontohi mereka.
Itulah tazkirah Tuan Haji Ali sedikit dan kemudiannya dikaitkan dengan perniagaan pula. hehehe...
Uncle Adib lak cakap, mengumpat nih ada 6 jenis dan 3 daripadanya tak berdosa. Cemana tuh.... aku lum tanya dengan lebih detail lagi... nantilah tanya dia. Sapa nak tulung explain pun buleh jugak.
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
April 10th, 2004
Arah hidup aku.
Posted by syazfina at 12:12 PM on April 10, 2004.
Dua tiga menjak nih, mak banyak berfikir. Aku tau la...
Dia berfikir ke mana arah tuju keluarga kami di masa depan.
Aku cakap kat mak, hidup aku memang akan di Semenanjung. Dah puas aku dok fikir, dok bincang dengan suami, dah sampai tahap gaduh dan nangis dan gelak dan sebagainya.
Masa depan aku hanyalah di Semenanjung Malaysia.
Yang pastinya, laki aku takkan pindah ke Sarawak.
Banyak yang dah persuade, banyak yang offer testimonial betapa hidup kat Sarawak nih sebenarnya best, tapi itulah yang pasti - takkan nye dia berubah hati dalam jangka masa terdekat ni. Aku pun dah set pandangan aku ke Semenanjung, terutamanya kawasan Cyberjaya.
Hari tuh TMNet ada buat interview untuk mencarik orang untuk TMNet di Kuching, Miri dan Sibu. Kebetulan orang yang menginterview tuh kenal dengan husband aku, katanya husband aku nih major customer TMNet. Memang pun MMU tuh major customer TMnet.. hehehehe...
Cuba la jugak usha usha... kot kot ada post kat sana...
Doakanlah ye?
Mak pulak.... masih berbelah bagi. Dia kata kalau dia pegi ke Semenanjung pun dia nak duk Melaka. OK la tuh, aku pun setuju sebab Melaka cam best :D
Tapi... dia sayang jugak nak tinggalkan Kuching ni. Lagipun keluarga dia kebanyakannya masih lagi di Kuching, terutama sekali atuk aku.
So... mak, takyah fikir banyak-banyak sangat lah... terserahlah kepada qada' dan qadar kita.....
Mana mana pun di 'tikam' (bahasa Sarawak 'tikam', bahasa Malaysia 'campak') kita ni, masih boleh survive jugak...
April 12th, 2004
Posted by syazfina at 02:54 PM on April 12, 2004.
pegi KL 12hb-18hb.
Doakan supaya selamat pergi dan selamat kembali.
April 20th, 2004
Kemelut.
Posted by syazfina at 09:02 PM on April 20, 2004.
Dua tiga menjak ni, perasaan bercampo-campo.
Gembira jumpa suami dan keluarga, ibu mertua pun ok, Awin ada kat umah, kucing-kucing sekalian pun ada.
Tapi kenapa perlu bertangisan lagi.
Kenapa perlu sakit-sakit mata hendak ke Bankers Club.
Tak tau la kalau Zaidah ke, Michelle ke notice my puffy eyes.
Takleh nak kelip mata.
Malam tu, nangis bagai nak rak.
Fikir fikir, nak resign daripada kerja sekarang.
Abang lah yang cakap, soalan hanya akan terjawab kalau Fina pindah ke sana.
MACAMLAH AKU SENGAJA NAK STAY KAT SINI!!!!!!
Tuhlah point yang aku nak katakan.
Bukannya aku tak berusaha.
Aku dah hantar borang pertukaran.
Aku dah apply sana sini. AE itu, TMnet, Assistant manager.
Tak tau la nape semua takde rezeki.
Aku belum mintak tolong Datuk lagi kot.. tuh ler pasal.
Ek eleh. Aku bukan jenis yang camtuh. Buatpe nak mintak tolong Datuk.
Macam lah aku sengaja nak berpisah.
Macamlah aku tanak hidup berkeluarga.
Macamlah aku tanak jadi isteri yang baik.
WAHAI ORANG HR TELCO TELEKOM MALAYSIA, DENGARLAH RAYUAN AKU NI. BUKAN SELALU AKU BUAT ENTRI HURUF BESAR NIH.
Dahlah.
Aku sms abang - tunggu kita lagi 3 bulan!
HSBC, NTT... nak employ aku tak?
MMU?
Ape ape je lah.
Mak dah nangis. Menda cam nih la yang dia tanak terjadi. Aku buat keputusan drastik.
Nak buat cemana mak. Aku sakit tersepit!
GM pulak nak bertukar. Sempat lagi ke?
Kerja makin tensen.
Masa nih lah baru teringatkan orang yang dah takda, bertukar ke unit lain. Pengganti baru tu belum pandai lagi.
Ah dah lah. Hidup mesti diharung jugak walaupun perut sakit diurut Mek! heh.
April 22nd, 2004
Jom ke KLD!!!!! Yahooooooooooo!!!!!
Posted by syazfina at 04:57 PM on April 22, 2004.
AIRASIA FLIGHT NUMBER AK211
Friday 14 May 04 DEPART: KUCHING INT'L
12:15 PM
ARRIVE: KLIA
01:55 PM
------------------------------------------------------------------------
AIRASIA FLIGHT NUMBER AK206
Monday 17 May 04 DEPART: KLIA
06:40 PM
ARRIVE: KUCHING INT'L
08:25 PM
------------------------------------------------------------------------
Fare:
119.98
Airport tax, Insurance and Admin Fee:
32.00
------------
151.98
Aku dah berjaya pujuk abang untuk pegi skali. Untuk mengelakkan kesusahan dan kesesatan, aku pegi naik belon sekali dengan Iwan pastuh konvoi ke KLD skali ngan purbe. Ok tak?
Nantikan ketibaan form sekali dengan bayarannya! Yahhh!!!!