Entries for May, 2004
May 5th, 2004
Nostalgia Semalam
Posted by syazfina at 10:57 AM on May 5, 2004.
Masa cuti hujung minggu yang panjang, suami datang berkunjung ke Kuching.
Sepatutnya 2 Mei ada jemputan 'house-warming' Bang Petty dan Kak Leha - mereka telah berpindah ke rumah baru (secara senyap-senyap) yang kononnya berharga lingkungan RM 500 ribu di Poh Kwong Park - tapi kami sekeluarga ke Sri Aman pula. Muat pula Kancil model lama 660 cc tu, mengangkut kami berlima ke Sri Aman - mendaki bukit bukau dan mengimbau kenangan silam. Perjalanan dari Kuching ke Sri Aman mengambil masa lebih 3 jam. Suami pula pertama kali bertandang ke Bandar Sri Aman, bandar aku dibesarkan. Keluarga kami berhijrah ke Sri Aman sewaktu aku berusia 4 bulan hinggalah aku berumur 10 tahun dan terpaksa berpindah ke Limbang. Sri Aman begitu tenang, bagai menunggu kepulangan kami.
Bandar Sri Aman kecil sahaja - kata abang, lebih kurang macam Dungun. Rupa-rupanya Pesta Benak akan berlangsung 7-9 Mei ini. Benak ialah ombak sungai. Sri Aman terletak di kawasan tanjung, dan ada pulau di tengah tanjung tersebut, mengakibatkan air pasang dan surut terbahagi dua dan menghasilkan ombak benak. Benak yang besar boleh mencapai 4 - 6 meter, kira macam ombak di Hawaii la kononnya... hehehe...
Hasilnya, benak ini di'komersil'kan dan Pesta Benak dilangsungkan saban tahun untuk penduduk Sri Aman dan orang luar bersama-sama menyaksikan fenomena benak ini. Pada masa Pesta Benak ini barulah Bandar Sri Aman meriah! Selalunya bandar ini, seperti namanya, aman sahaja. Stesen minyak pun tutup pukul 7.30 petang.
Kami menumpang singgah di rumah Kak Isah, pengasuh aku dan Ambo suatu ketika dahulu. Teringat pula dulu begitu susah hendak memberi penjelasan kepada rakan-rakan perihal Kak Isah. Kalau diikutkan, Kak Isah sebenarnya pembantu rumah kami. Tapi langsung tak terasa macam pembantu rumah pun, kerana sudah jadi macam keluarga sendiri. Keluarga Kak Isah pun sudah jadi keluarga kami. Bang Razak dan Bang Hussin pun macam abang kami. Alhamdulillah, Kak Isah sekeluarga menyambut kami bagai menatang minyak yang penuh. Aman sungguh duduk di rumah kampung!
Bawa abang melihat sekolah lama - SRK Abang Aing - dan lalu di Kubu Alice. Sayangnya Kubu Alice ini tidak dijaga dengan baik. Kubu Alice ini ialah kubu yang dibuat tanpa menggunakan paku. Dulu Kubu Alice selalu digunakan sebagai tempat pameran dan tempat melihat kesan-kesan sejarah Rentap. Sayang sungguh Kubu Alice ini tidak direstore - sudah kelihatan seperti rumah kayu buruk menanti rebah.
Tak lengkap ke Sri Aman kalau tidak merasa makanan yang sekian lama dirindui - pulut panggang yang sedap berlemak dan ikan bulu! Ikan bulu ini mendapat namanya daripada 'misai' nya yang menyerupai misai udang. Menurut Kak Isah, sekarang harga ikan bulu dah mahal - kalau dulu RM 2 seikat, sekarang RM 5 cuma dapat 7 ekor sahaja.
Sempat juga membawa abang ke Pasar Tamu Sri Aman - banyak ikan salai, sayur-sayuran tempatan dan beras tempatan. Kalau di Sri Aman, beras tempatan yang berwarna kemerahan/coklat/hitam ini digelar beras buruk. Satu bahagian dijual RM 2 (satu bahagian ialah dasar tin susu tepung saiz besar yang dipotong sehingga 2 lekuk).
Mak juga berseloroh, kalau di Sri Aman ini, orang Cina bercakap sesama orang Cina pun bercakap bahasa Iban, orang Melayu bercakap sesama Melayu pun cakap bahasa Iban.
Ya, Sri Aman ini bahagian orang Iban.
Keesokan harinya bersiap hendak pulang di waktu petang. Paginya mak dan Kak Isah sibuk menyiapkan juadah untuk disedekahkan kepada orang-orang yang berzikir di surau kampung sempena Maulidur Rasul.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Sungai Tengang, membeli sedikit kudapan supaya tidak mengantuk dalam perjalanan.
Ntah mengapa sampai ke saat ini hati meronta-ronta hendak berkunjung lagi ke Sri Aman!
May 7th, 2004
Lunch @ Office on Friday!
Posted by syazfina at 01:03 PM on May 7, 2004.
Sekut tersedap!!!!
Makan sekut sambil chat ngan GeJu.. nyeh nyeh nyeh....
nyumm nyumm nyumm..
Aik, Y!M disconnected lagi?
Aiyaaaaaaa.......................
May 11th, 2004
Tolong Mempromosikan mende baik
Posted by syazfina at 09:00 PM on May 11, 2004.
TUKAR BUKU DI KLD
Baca Dengan Nada Edisi Siasat :
Ada hamba Allah sudi menaja Program Tukar Buku di Kem Lambaian Danau. 50 penyertaan pertama Program Tukar Buku akan dihadiahkan topi merah putih klasik sempena memperingati penyertaan Singapura dalam Piala Malaysia sekitar 80-an dahulu (PERCUMA!). Daripada kalian menganga menonton kartun tikus dan kucing hujung minggu, lebih baik ikut saya berendam di tasik di Kem Lambaian Danau. Saya serius ni.
OBJEKTIF
Penulis yang baik perlu banyak membaca. Justeru, aktiviti TUKAR BUKU:
a)menggalakkan pembacaan dikalangan ahli GJ.
b)membuat setiap ahli yang mengambil bahagian pulang dengan
buahtangan.
PROSEDUR
a) Setiap ahli datang dengan senaskah buku miliknya.
b) Buku dan ahli di daftarkan oleh urusetia.
c) Buku-buku dipamerkan di atas meja sepanjang pekhemahan.
d) Buku boleh dibelek tapi tidak boleh dibawa masuk khemah, hutan
atau tasik.
e) Sebelum pulang, ahli yang mengambil bahagian akan dipanggil
seorang demi seorang untuk memilih buku untuk dibawa pulang.
f) Giliran panggilan berdasarkan senarai pendaftaran (b).
f) Dilarang memilih buku sendiri.
PERALATAN
a) Buku yang dibawa oleh ahli. Buku mesti lebih 100 mukasurat. Buku
tidak semestinya baru, buku terpakai adalah digalakkan.
b) Kertas dan pen untuk catat pendaftaran.
c) Meja pameran buku.
MOHON KAWAN-KAWAN TURUT SERTA PROMOSIKAN AKTIVITI INI.
______________________________________________________
Terbacers pengumuman nih kat En Spyz punya blog.
Bagus.. bagus... very very the good one.
Aku memang suka bab bab tukar menukar buku nih.
Sekarang nih nak kena fikir buku apa aku nak tukarkan dengan buku orang lain.
Apa kata aku bawak buku Sri Diah - KL Dimana Suamiku?
Heheheh... tapi kebanyakan gengjurnal mesti dah ada copy sendiri punya. Hmm......
OKlah, camnih la. Kalo ada yang nak pegi KLD tuh nak buku KL Dimana Suamiku, sila bagitau secipat mungkin ye. Kalo tak aku bawak buku lain.
Tengkiu
May 18th, 2004
KLD- Satu Pengalaman Siri 1
Posted by syazfina at 01:29 PM on May 18, 2004.
Note:
-From now on, I officially decided that I hate first impressions. Very much.
- Aku kena update jurnals aku elok elok sebab dah banyak kenal orang le pulak.. hahahahaha.. kena update links, content pages dan sebagainya. Tengoklah kalau ada masa pasnih...
That aside...
Sukar hendak menggambarkan perasaan di KLD. Bercampur baur. Tapi aku cukup puas dengan kejayaan aku. Akhirnya aku dapat jugak bersemuka dengan GJ. Aku taknak pengembaraan hidup aku di KLD sia-sia. Dari Kuching aku datang nak join GJ dan tengok dengan bijik mata aku ni sendiri apa itu GJ, apa itu KLD . Setelah berendam air mata, akhirnya aku berendam badan di tasik.
Maaflah rakan-rakan gumbira di KLD kerana balik tanpa bergambar bersama ramai - ramai dan meninggalkan tandatangan di banner Ge Ju KLD. Aku taknak GeJu ataupun KLD jadi alasan aku dengan suami bergaduh lebih teruk. Aku juga nak mintak maaf sebab tak beramah mesra dengan lebih rapat dengan kalian. Kalau korang tengok masa KLD tuh aku cam sorang - sorang je takde geng, bukan sebab aku sombong bodoh taknak berkawan dengan korang tapi banyak persoalan yang bermain di fikiran.
Aku dah tak boleh nak fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri. Ntahlah.
Aku rasa tak perlu aku cerita pasal aktiviti di KLD dengan panjang lebar. Aku yakin ahli GeJu yang lain pasti dah dapat memberi gambaran yang jauh lebih descriptive dan tentunya lebih baik daripada aku.
Apa yang aku nak cerita ialah mende yang kurang nampak dan lebih bersifat peribadi bagi aku.
Mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak G. Sambutannya yang penuh mesra tika pertama kali dikenalkan kepadanya oleh Nett adalah antara sebab utama aku tetapkan hati untuk meneruskan pengembaraan ni. Aku hampir-hampir putus asa, sikit lagi aku nak buat keputusan nak tarik diri walaupun dah sampai ke KLD. Melihat kehadiran Iwan di KLD juga memberi kesan yang positif sebab muka dia je yang aku kenal. Ye lah, dahlah muka aku cam hape je lepas nangih dalam keta, manalah ada mood sangat nak beramah mesra dengan orang yang tak dikenali.
Mujurlah tak lama selepas "check in" aktiviti dah bermula dengan formasi kumpulan. Suami pulak tak tinggalkan aku camtuh je. Bertukar handset sebab handset dia bateri full. Dibekal pulak dengan ubat arang pelega sakit perut, plaster untuk luka, tiub ubat pelega sakit otot, pisau serbaguna, kompas, lampu suluh, selipar dan dua botol air mineral. Heh. Pastuh abang drive balik ke Seremban.
Aku cuba lupakan adegan- adegan buduh dengan memberi tumpuan kepada aktiviti. Ternyata pengalaman bertemu bloggers handalan dalam GeJu buat aku menggeletar la jugak. Dalam hati bersyukur juga dimasukkan dalam kumpulan Encik Spyz, dia pun ada panggil aku yang blur bodoh ni suruh join perbincangan. Alhamdulillah semuanya agak lancar. Tapi kenapa aku masih rasa ragu-ragu bila tengok kumpulan lain yang buat tema yang ada bau-bau agenda tersembunyi. Ahh... mungkin hanya perasaan bodoh aku je kot.
Bila dah start buat aktiviti basah, aku dah rasa seronok pulak. Best woo terjun tasik pakai jaket hidup. Hehehe... mungkin lebih best kalau boleh bergurau senda macam orang lain.
Keluar topik kronologi aktiviti KLD kejap, aku jeles sebenarnya tengok Tok Rimau + Kak Tin dan Spyz + Kak Shila bersama- sama beraktiviti. Siap dengan anak-anak sekali, aku terfikir kang kalau aku ada anak aku nak bawak dorang pegi aktiviti camnih gak. Tapi kenapa abang tak share adventurous streak aku nih ? Susahlah camnih. Aku sebenarnya nak share thrill buat keja- keja adventure nih. Cam zaman- zaman aku berpengakap dulu. Muka aku yang hitam tapi menawan dan tak konsisten kadar pigmentasi dan kandungan melanin dengan bahagian badan aku yang lain nih sebenarnya hasil aktiviti luar aku dulu lah. Aku tak menyesal pun memilih untuk pergi berkhemah di kawasan hapentah nama dia dulu dan menolak tawaran mak bapak aku yang akhirnya sanggup membiayai aku belajar piano seperti yang aku idamkan. Ahh... tu cerita dulu.
Kisah berkayak pun lawak seh... aku ngan Fadli berkenalan atas kayak. Aku ingatkan dia reti berkayak... rupa-rupanya sama je kitaorang dua orang. Tak heranlah asyik langgar kayu ngan semak je. Aku sebenarnya cuak gak nak memandai - mandai, tapi sebab dah takda pilihan lain, nak tak nak terpaksa jadi driver + pengarah. Kiri, kanan, kiri! Cam orang berkawad. Segan pulak aku nak mengarahkan si Fadli tuh tapi nak buat cemana. Pandai-pandai la nak idup berkayak kat tasik tuh. Tang parking la kelako. Pandai pandai le nak reverse ke ape ke. Tapi puas hati lah aku berkayak. Very good exercise and very good experience. Kalau diberi peluang, aku nak buat lagi dan majukan skill diri sendiri.
Dan aku nak ucapkan terima kasih jugak pada Shah sebab dialah kira teman makan dan beraktiviti aku. Tapi bila tang Indon ngan Bangla terpisah jua.. hik hik hik....
Bila berbeskal pun best jugak. Mula-mula punya la aku tak reti nak naik beskal sebab kononnya tinggi. Pastuh dah fikir-fikir skill untuk selamatkan diri sendiri daripada mengaku tak pandai naik beskal ataupun mengaku kekontotan aku nih tak jejak kaki ke tanah.. akhirnya dapat jugak aku kayuh beskal tuh pegi jenjalan ke pertemuan dua tasik. Sambil sambil tuh borak dengan si Tudung Purple. Amik gambo dengan Mely.. wkdin.. dan mereka mereka yang lain. wkdin cam pelik je bila aku cakap hubby tak nak join sebab takde mood.. hehehehe

Memang pelik pun.. pada mulanya lah. Tapi kalau mengambil kira situasi sebenar.. takde la pelik sangat. Pelik sikit je lah.
Tak sempat pulak nak memflying fox kan diri... balik chalet dan melepak dengan Nett ngan Amyz. Sebagai rumet yang baik, aku jadik supplier macam macam. Balm gamat ade, USB cable ade, bateri ada, torchlight ade, sikat ade.. satu je takde... seterika! Mandi pulak pastuh.
Makan sedap sungguh sehhhh..... nyeh nyeh nyeh...
Malam tuh bantai makan BBQ yang sungguh memuaskan hati. Yang aku tak tahan pedas je.. almaklum lah, aku nih memang toleransi rendah kepada makanan pedas! Sesia je kawin ngan orang Negri.. kih kih kih...
Pastuh forum plak malam tuh. Banyak yang nampak cam kurang berminat sebab ye lah.. forum.. cam dry sikit discussion jenis tuh. Maybe kalau nak spice up... mungkin buat group discussion ke.. and then present idea masing-masing. Dan mungkin gak group discussion boleh berjaya ataupun gagal sebab banyak ahli cuba nak jadi neutral dan tanak rebel sangat. Tapi kira ok la kot... panel pun orang terer terer, pengerusi majlis pun macho je dengan shirt Hawaiinya walaupun takyah pakai mikrofon Mat Jan... pastuh jenjalan memalam pulak. Masa tuh kira dah penat dah. Takdenye masa nak sembang-sembang dan berkaraoke cam dalam aturcara. Lepas jenjalan malam tuh aku kuatkan hati dan badan pegi cuci tudung dan baju dan seluar untuk kegunaan esok pulak.. beg je beso tapi baju ngan seluar takleh pakai.. ahhaha hampeh.
Sempat pulak aku merakam gambar ala CSI tanpa mempedulikan alam sekeliling sebab dah penat sangat, tak larat nak bukak mulut. Lagipun yang lepak kat tempat tuh mostly lelaki, tak berani la aku nak gelenya melepak kat situh gak. So aku buat muka blur, amik gambar cam CSI. Belek belek buku and fikir buku ape yang nak dipilih untuk bawak balik...pastuh, balik bilik, tidoq.
.... bersambung
KLD - Satu Pengalaman Siri 2
Posted by syazfina at 08:36 PM on May 18, 2004.
Heh. Jadi cerita bersiri pulak laporan KLD aku nih.
Asalkan bukan pembunuh bersiri sudah.
OK. Hari kedua.... bangun pagi, mandi, dan balik ke bilik dengan ayunya, maklumlah pakai kain sarung batik. Pastuh aku tengok Nett ngan Amyz dah pegi mencarik port amik gambar nak masuk bertanding. Aku sebenarnya tak terfikir sangat nak masuk bertanding. Ye lah, banyak event dah miss nak amik gambo. Kang lah aku main copy gambo orang lain (nota untuk diri sendiri: Mintak izin copy gambo daripada mereka-mereka yang berkenaan dalam forum kang). Tapi dah tak tau nak buat apa (mana aktiviti jalan makan embunnya... hehehe makan mimpi lagi sedap takk.. hehehe) so aku pun angkat aku nye camera ngan Clie skali. Kot kot ada nak dicatat ke ape ke... tak semena-mena aku ternampak gayung kat jeti tempat main water konpiden. Menuju ke arah tuh... tengok-tengok ada orang laki mandi! erkk.. tanak aku amik gambo kalo dorang tgh bersukaria kat situ. Nanti dorang kata aku ngendap dorang mandi pulak. Erk. Aku pun berjalan la balik menuju arah khemah dan seterusnya. Tiba-tiba tertengok satu scene yang cam menarik je nak shoot. Tajuknya "Dua Cahaya". Mula-mula terfikir gak Siang membelah malam ke ape ke sebab gambar tuh terbelah kat tengah2 antara matahari ngan mentol tuh. Tapi aku belasah je amik.
Pastuh aku berjalan ke gate depan sensorang. Amik gambo gate KLD and banner yang lawa.
Pastuh aku nampak mak kucing nih mencarik sesuatu. Rupanya anaknya dah dikidnap oleh Encik Spyz!!
Pastuh kan... tetiba je geng penculik nih lepaskan anak kucing tuh.... ruper rupernya anak kucing tuh nak buat aktiviti menyahut seruan alam...
Kih kih kih........ (nota untuk diri sendiri lagi: Nanti nak mintak la gambo kaki kaki supermodel tuh from Rudy).
Ermm.... ada lagi satu rahsia yang bukan lagi rahsia kalo aku nak nak tercakap nih... aku segan nak tego bloggers-bloggers glamer yang dah kenal satu sama lain. Aku nih sape je lah. Bukan ada orang kenal pun. Malu-malu cam kucing kucing tuh la katakan. Tapi aku paksa-paksakan jugak diri aku nih jadi peramah. Erk. Pastuh baru sedar yang aku nye cover camera Olympus tuh takde. Mana lak cover tuh.... penat aku retrace balik steps aku. Alhamdulillah, ada jugak hamba Allah yang jumpa dan cam tau-tau je, letakkan depan chalet kitaorang. Hehehe.. aku nih, prone sangat nak tinggalkan barang merata-rata. Terima kasih ye kepada sesiapa yang baik hati tuh. Aku dah berfikir fikir berapa la rega cover baru satu. Nasib baik takyah buang duit untuk mende tuh dah
Pastuh ada senamrobik... respek aaa kat Nett. Ilek je dia ngan Rudy lead senamrobik. Selalu buat la tuh ye.. hehehehe... pastuh brekpes. Best woo.... sampai menjilat pinggan gitu. Roti canai Ros yang sedap dan nasik dan bihun yang sedapp.... aku ngan Nile lawan pinggan terbersih abad ini. Mana ntah gambo pinggan bersih tuh ye Nile?
Pastuh... orang lain buat aktiviti flying fox. Aku rasa cam malas la pulak nak buat aksi terbang tuh. Ntah... padahal bukan main lagi aku excited. Takpelah. Masa tuh aku amik peluang amik gambo gayung! Hehhehe... pastuh berkumpul balik, main War Game.... yahhhh.... Bangla lawan Indon...... main dalam selut lumpur bawak telur. Best aaa. Unag jadi supplier telur yang bertauliah. Pastuh.... dengan skill skill yang ada... bantai je. Aku mati first time tuh sebab berpusing terlentang. Erk. Masuk kawasan pekuburan pulak. Pastuh grup Bangla menang masatuh. Tak silap aku pompuan yang amik botol air oren tuh. Pastuh second round, kita orang guna style gerak gempur. Aku punyalah defend member yang dok tengah bertindih nak amik botol. Pannggg.... sebijik telor betul betul dibaling kat kepala aku. Nasib baik tak kena spek. Hehehe.. at least aku berjaya la menjadi defender. Hasilnya, Indon menang pulak. Pastuh.... round ketiga..... aku tekad jadik defender lagi... awal betul mati. Tapi dorang tak berjaya amik botol tuh. Last last Farihah jugak yang buat aksi synchronized swimming + acrobatic dapat amik botol tuh. Notice tak, semuanya pompuan yang berjaya amik botol
Lepas tuh terjun balik dalam tasik!
Tapi mende alah ape namanya dia melekat kat pakaian aku, termasuk la tudung sekali. Well... jadi kain lap je la pakaian aku nih kang. Takleh diselamatkan dah. Dah takde harapan.
Pastuh.... dok tunggu mana la kunci sambil berjemuran di dataran tuh. Pastuh mandi.. hehehe... lama pulak aku mandi tengahari tuh. Tapi tak lama pastuh panas balik... hrrmmpph. Pastuh kemas-kemas barang..... pastuh aku dok aa kat hall makan tuh tulis surat cinta kat budak-budak nih. Lepas tuh... terfikir lak nak masukkan 3 gambo masuk pertandingan. Balik bilik, amik singgit (oh ya aku masih utang Nile RM 7.50 komik Alwan tuh) and pastuh copy file masuk dalam kompiter. Aku masukkan gambo Dua Cahaya tuh, pastuh gambo Nasib si Gayung Merah ni:
Pastuh aku nak jugak masukkan gambo Anak Kucing yang Comel nih:
Nyesal aku tak masukkan gambo nih. Tak cun sangat angle dia, lagipun nih gambo curik dari belakang... rasa cam bersalah la kalo nak dipamerkan dalam pertandingan.
Dah tuh.. sambung balik tulis surat cinta. Penat jugak ekk... ramai jugak budak-budak yang aku admire nih. Kih kih kih... tetiba.. ada orang mencuit dari belakang.. la.. hubby aku ke... jam pukul... la.. awalnya... 1.30... aktiviti habis kol 2. Dah la siap bawak mak mertua ngan adik ipar aku tuh. Aku amik barang-barang bawak masuk dalam kereta, mintak izin untuk habiskan je aktiviti.
Lepas tuh sessi memilih gambo dan memilih buku. Aku dapat 3 buku yang bestt bestt.
Nanti la aku cerita pasal buku-buku tuh.
Balik je lepas tuh untuk dengar keputusan, tengok gambo kucing ngan gambo gayung masuk Top 5!
Terkejut aku. Takkan la.... aku masih tak percaya. Nih mesti silap kira undi nih. Gambo aku amik tuh memang tak lawa dibandingkan dengan gambo yang diamik orang lain. Gambo orang lain lebih hidup... gambo aku..... erkk.... kucing tuh ok la... tapi gayung tuh aku memang tak sangka lansung lah. Takkan la gambo orang lain yang lawa-lawa tuh tak masuk top 5? Nih mesti ada konspirasi nih. Hahahha... saje je kot.
Aku ucapkan tahniah kepada dorang-dorang yang menang dalam pertandingan fotografi digital tuh. Gambo Nett dapat buku Pengajian Mesia tuh ada la aku amik (eksyen aku je lebih tapi gambo tak best...)

Nett malu-malu kucing bila dapat buku beso

Encik Spyz cam tak puas hati je ngan Nett sambil mengusap perut. Nampak cam bar coklat kot buku tuh.
Pastuh siap Tok Rimau interbiu tuh... cam masuk Oscar lak rasanya nih. Apakah rahsia gambo anda yang masuk Top 5?
Erkk.. takde rahsia pepe... ini kamera saya.. nak amiklah... jap saya nak carik duit singgit yang yaabna kasik kat saya sebab saya mintak duit rayer ... haa.. nih dia....
Pastuh aku balik.
Terima kasih.
Kem Lambaian Danau seakan melambai aku untuk kembali............................................
Kak G, Fina tertinggal nametag kat Office aaa... huhuhuu...
Lebih banyak gambar di
sini.
May 19th, 2004
Women at Work
Posted by syazfina at 12:05 PM on May 19, 2004.
Yeap. Bukan sahaja aku bekerja di pejabat dan dah mendapat projek beso dari boss sebagai 'hukuman' sebab selama nih aku tak berapa bijak menguruskan orang lain, tapi sambil-sambil tuh aku nak mengerjakan juga jurnal aku nih.
Maklumlah, links nak kena update, gambo kucing nak upload, kalo sempat sempat tuh reply comments yang orang tinggal.
Sapa nak copy gambo silakanlah ye.
Ape lagi ekk.. ha...
Nile, kang kasik aku nomo akaun hang. Aku nak bayo 7.50. Takmo hutang lelama.. huhuhuu..
Nic, Idup Terrorkom.. hahahaha

AKu baru sedor betapa selekeh dan buduhnya ruper aku masa KLD hahahahahahahaha... cam troll dalam citer Harry Porter. Baik aku terima 'lamaran' kengkawan yang asyik dok offer gi gym... (MALAS!) aahahahaha
OK la, nak sambung balik keje keje mana mana yang patuts.
May 21st, 2004
Telekom Kebanggaan Negara
Posted by syazfina at 07:42 AM on May 21, 2004.
Lagu ini ditujukan khas kepada Nic, dengan ucapan:
Pasti kita unggul selalu...................................
kih kih kih
download:
KRISTAL
Mari nyanyi sama-sama! yehhhh...
KRISTAL
Mesti Komited Pada Pelanggan
Dan Berusaha Sehabis Upaya
Tunjukkan Kesefahaman Tinggi
Berfikiran Terbuka Sepanjang Masa
Jujur, Ikhlas dan Dipercayai
Pada Rakan, Teman dan Semua
Amalkan Hormat Menghormati
Berkerja Penuh Dengan Dedikasi
Mari Kita Melangkah Bersatu
Sajikanlah Perkhidmatan Bermutu
Merempuh Segala Cabaran
Pasti Kita Unggul Selalu
Telekom Terus Maju Jaya
Dibawah Kepimpinan Berwibawa
Dan Dengan Kesefahaman Wajar
Telekom Kebanggaan Negara
Mari Kita Melangkah Bersatu
Sajikanlah Perkhidmatan Bermutu
Merempuh Segala Cabaran
Pasti Kita Unggul
Pasti Kita Unggul Selalu
Senilagu : Telekom Malaysia Berhad
Senikata : Telekom Malaysia Berhad
:D
May 26th, 2004
Aku ingin lari dari kesibukan dalam kekeliruan ini.
Posted by syazfina at 08:34 AM on May 26, 2004.
Ya, aku sibuk. Tapi ada juga aku cuba-cuba lari. Lari ke conference GeJu di YM, lari dengan bersembang di YM dengan member-member, lari ke forum GeJu. Tapi kali ni aku tak lari ke jurnal sendiri (lari setempat). Aku juga tak terasa nak menjenguk rumah internet orang. Sebab aktiviti tu akan mengambil masa yang lama.... hehehe.. maklumlah, setakat skill speedreading aje tak cukup, tapi aku suka baca, sit back dan fikir balik tentang apa yang aku baca. Camtuh la. Kalau aku rasa perlu cakap sesuatu, aku tinggal la komen ataupun mesej. Kalau aku rasa kata-kata tak perlu tapi apa pengetahuan yang aku kaut daripada jurnal orang, aku respek orang tuh dan Insya Allah aku akan kembali untuk cuba mengaut untungnya membaca jurnal dan kisah-kisah yang dikongsikan di alam siber ini.
Ada juga cara lain aku lari dari kesibukan dan belenggu, tekanan dan kongkongan kerja, antaranya mendengar lagu Alejandro Sanz. Santai sungguh, sebab aku tak tau pun apa dia merepek dalam bahasa Sepanyol tu. Tapi best la, sebab suaranya seksi gitu. Mula-mula aku ingatkan dia ni dah tua cam Julio Iglesias ke... Santana ke.. tapi tengok websitenya, wah.. macam muda lagi... macam je la kan. Aku tak tengok pulak berapa umur dia. Buleh tahan la hensem. Ala-ala Latin gitu la katakan.. ahahha... lupa aku dengan Anuar Zain sekejap. ahahhahaha
Aku sibuk dengan apa?
Hmm.. aku sibuk dengan format baru presentation seperti yang dikehendaki oleh boss aku. Nak ikut format cam HQ punya...
Aku tak kisah kerja banyak.. biasalah. At least ada motivasi untuk lebih kreatif. Tapi tu la.. tak sempat nak buat menda lain. Termasuk la nak mengemas rumah di alam realiti dan di alam siber. Nantilah, tunggu dah kurang sibuk sikit. Sekarang masih sibuk lagi. Tambahan pulak GM yang baru akan datang ke pejabat hari ni. Menjenguk opis baru je kot. GM aku yang sekarang ni kata, lepas Gawai barulah dia nak handover betul-betul kat GM yang baru tu. Aku jadi sibuk lagi sebab aku yang jadi tukang buat handover notes GM.. heh.. macam aku pulak yang nak handover GM duties. Pelik. ahahahha
Ada lagi cara aku nak lari dari kesibukan ni.. hehehe salah satu lagi caranya ialah dengan konon-konon nak bersosial. Hujung minggu haritu, berkawan dengan doktor-doktor.
Kesimpulannya: Doktor-doktor hidup dalam dunia mereka sendiri.
Mereka ada social circle tersendiri. Setiap minggu ada drug talk di hotel, boleh makan di hotel setiap minggu sampai muak, itu pun kalau tak on call la kan. Masa drug talk ni jugak boleh dapat barang-barang promo (pen, file, notebook) yang lawa-lawa. Heh.
Kawan doktor aku sorang ni, Ma, bawak aku pegi drug talk tu. Aku konon-konon nak menyamar doktor. Tapi tak menjadik la. Kat tempat registration tu semua orang tulis nama Dr. ___________ (isi tempat kosong) . Tak berani aku nak letak Dr. depan nama aku. Pastuh dengar je lah talk tu. OK gak, walaupun aku tak berapa faham nama ubat ubat dan bahan kimia. Talk yang aku pegi tu pasal mengubati orang yang berpenyakit diabetes Type 2. Kebetulan mak aku pun diabetes, jadi kiranya bagus jugak la aku pegi. Masa tuh la baru aku faham cemana doktor ni 'bekerja'. Dorang prescribe ubat berdasarkan fakta dan keadaan pesakit. Dan ada ubat yang mahal, ada ubat yang murah tapi effectnya sama je. Pada aku, yang paling bagus pasal talk tu ialah case study yang dibincangkan lepas cakap pasal teori dan hasil-hasil kajian.
Contohnya:
Case Study 1:
Male, Malay, 39 years old
No complications
HbA1c : 10.6%
.....
How would you treat/manage this patient?
A. Diet/Exercise
B. Diet/Exercise + 1 drug
C. Diet/Exercise + 2 drugs
D. Diet/Exercise + insulin
Hahahaha.. cam pandai pandai je aku ni nak menjadi duktur. Bak kata mak aku, orang suruh jadi duktur betul-betul dulu takmo. Ha.. padan muka.
Tapi aku takmo jadi doktor pun hahahha..
The next day, aku ngan Ma ingat nak pegi mandi air terjun. Tapi hari hujan pulak so tak jadik nak pegi mandi air terjun.
Kitaorang pegi tengok Shrek 2 ngan main bowling pulak.
Ada la seorang doktor tu, Mila (bukan nama sebenar), memberi definisi yang muka cantik je tak cukup kalau perangai tak cantik. Berdasarkan pengalaman aku yang seciput je nih, kalau kebetulan pada masa tu orang tu bad mood ke ape ke, tak kisah la.. kita pun buleh faham jugak, kadang-kadang kita ni ikut mood jugak. So kadang-kadang kita ni terlepas cakap ke, ataupun ada kureng sikit ke... tapi kalau dah personaliti tuh menyerlah camtuh...tuh aku tatau la. Ataupun mungkin sebab baru kenal, so aku tak nampak yang lebih baik. Ntahlah. Tanya Iwan. Ada jugak orang camtuh ye.. :D
Tapi yang pastinya, mungkin selepas ni aku dah kurang sikit la kalau nak kuar ngan dorang lagi. Mungkin aku yang tak pandai nak bergossip pasal HO ni, MO tu, pesakit aku yang dah mati, x-ray. orthopedic, medical, dan sebagainya. Lagipun aku takde Satria baru. Nih yang terasa cam nak beli Perdana terus ni.
Walaubagaimanapun, aku respek doktor dan jasa dan kesanggupan mereka berkhidmat kepada masyarakat. Semoga doktor-doktor sekalian bahagia selalu.
May 28th, 2004
Berita Terkini
Posted by syazfina at 11:03 AM on May 28, 2004.
OK, berita terkini.
Sari berita utama:
- Fina bakal Setiausaha Eksekutif Pengurus Besar Negeri yang baru
- Kementerian Kesihatan disaran memasukkan kursus tatasusila untuk doktor-doktor
Fina bakal Setiausaha Eksekutif Pengurus Besar Negeri yang baru
Kuching, 26 Mei - Berikutan daripada usaha transformasi TM Telco kepada TM Borong and TM Runcit, pengstrukturan semula organisasi telah dijalankan dan antara impak menarik dalam transformasi ini ialah pertukaran Ketua Eksekutif Telekom Malaysia dan tidak ketinggalan juga, pertukaran Fina daripada unit Business Support Sarawak yang bakal dilantik menjadi Setiausaha Eksekutif kepada Pengurus Besar Negeri yang baru, Tuan Haji Mhad Fudzi yang dahulunya Ketua Bahagian Perkhidmatan Data di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.
Apabila dimaklumkan oleh sumber daripada Sabah, Pn Norhaidah Indin yang juga dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Pengurus Besar Negeri di Sabah, Fina telah memuat turun fail dalam bentuk MS Excel dan MS Powerpoint untuk mendapatkan kepastian daripada laman web intranet HR Telco. Bukti-bukti ini telah mengesahkan penempatan Fina kerana kotak Setiausaha Eksekutif Pengurus Besar Negeri Sarawak telah diisi dengan nama beliau.
Fina yang masih dalam keadaan terkejut menyatakan keterkejutan beliau kepada sahabat-sahabat yang lain. Beliau mengakui kurangnya maklumat yang diketahui tentang peranan dan bidang tugas sebagai Setiausaha Eksekutif. Beliau juga telah menghubungi suami beliau untuk mendapatkan pandangan. Sehingga ke takat ini, suami beliau tidak menunjukkan reaksi yang terlampau negatif, malah memberi secubit galakan untuk mencuba tugasan tersebut. Walaubagaimanapun suami Fina akan terus mencuba untuk mencari kekosongan jawatan di Multimedia University dan TMNet Cyberjaya. Kekecewaan kerana usaha untuk mendapatkan jawatan di Semenanjung Malaysia yang telah gagal masih terasa.
Bagi Fina pula, dia bersetuju untuk mencuba nasib di dalam bidang kesetiausahaan ini. Mungkin dengan menceburkan diri dalam bidang ini, beliau boleh mencari peluang untuk berada dalam bidang yang sama di MSC/Cyberjaya.
Setakat ini berita ini mendapat respon positif daripada banyak pihak, termasuk rakan sepejabat kerana ini bermakna Pejabat Pengurus Besar Negeri akan lebih berdaya saing dan lebih efektif. Namun begitu, terdapat komplikasi negatif bilamana setiausaha kepada Pengurus Besar yang sedia ada merasakan kedudukannya sangat terancam. Setiausaha tersebut telahpun melahirkan rasa tidak senangnya kepada Fina dengan menyatakan bahawa elaun memangku tugas Setiausaha Eksekutifnya akan ditarik balik oleh pihak Sumber Manusia.
Fina sebenarnya tidak mengetahui apakah yang patut dilakukan oleh seorang setiausaha eksekutif. Dengan itu beliau ingin memohon kerjasama awam untuk membantu mencari sumber maklumat berkaitan bidang tugas setiausaha eksekutif dan mungkin lebih baik lagi sekiranya dapat memaklumkan beliau berkenaan kursus kesetiausahaan jangka pendek untuk beliau memajukan diri dan bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai setiausaha sulit.. eh silap, setiausaha eksekutif ini.
Kementerian Kesihatan disaran memasukkan kursus tatasusila untuk doktor-doktor
Kuching, 27 Mei - Fina berpendapat bahawa Kementerian Kesihatan patut menyelitkan topik tatasusila dalam kursus induksi kepada doktor-doktor baru. Menurut pengalaman beliau dalam usaha menjalinkan persahabatan dengan doktor-doktor, beliau telah mendapati bahawa segelintir doktor-doktor tidak menginsuranskan mulut mereka dan tidak menunjukkan skil perhubungan awam yang baik. Ini adalah penemuan yang sangat mengejutkan memandangkan doktor berhubung dengan orang ramai setiap hari di hospital.
Jelas beliau, bukan sahaja doktor -doktor ini memandu secara tidak berhemat, tetapi sudah terlalu biasa mengarah orang membuat sesuatu untuk mereka.
"Saya tidak sangka Dr X expect saya untuk tunduk dan mengambil seliparnya yang putus untuknya - itu adalah sesuatu yang melampau," ujar Fina.
Doktor ini juga telah mengecam untuk meninggalkan orang di perhentian bas supaya orang tersebut balik ke rumah sendiri dengan berjalan kaki. Doktor tersebut juga telah memaksa Fina untuk pergi ke Miri bersamanya dan sanggup membuat surat sakit palsu untuk tujuan ini. Fina dengan hormatnya memberi alasan untuk menolak paksaan tersebut.
Satu lagi insiden yang terjadi di rumah Fina ialah apabila doktor tersebut kurang bijak berbahasa dengan orang tua. Maklumat daripada ibu Fina mendapati bahawa doktor tersebut tidak memandang orang ketika bercakap, dan ini dirasakan seperti kurang ajar. Ibu Fina tidak menggalakkan Fina untuk meneruskan perhubungan ini kerana baginya perhubungan seperti ini tidak begitu sihat.
Fina juga telah menghubungi suami kerana doktor tersebut merupakan bekas rakan sekelas suami Fina di sekolah menengah untuk mendapatkan kepastian tentang perangai pelik ini. Menurut suami Fina pula, sejarah di sekolah menengah yang tidak akan disebutkan ini menunjukkan bahawa doktor ini adalah normal dan tidak menunjukkan simptom perangai aneh ini.
Dengan itu Fina menyimpulkan bahawa keadaan ini adalah dibawah pengaruh persekitaran doktor itu sendiri. Menurut bukti, doktor-doktor juga lebih cenderung untuk membeli kereta-kereta yang mewah dan tidak mampu dimiliki oleh orang lain seusia mereka, kecuali anak orang kaya.
Fina berharap agak cadangan ini diterima oleh Kementerian Kesihatan memandangkan orang awam haruslah dilayan sebaiknya, dan doktor-doktor seharusnya diberi pendekatan untuk menjadi lebih 'mesra rakyat'.
Maklumat lanjut boleh dicungkil daripada En Iwan (hanya nama timangan sahaja).
Sekian sahaja berita untuk hari ini.
Salam hormat. Vanekam.
May 29th, 2004
Terlajak kata... bagaimana mahu diundur
Posted by syazfina at 12:09 PM on May 29, 2004.
Malam tadi aku muhasabah diri sendiri.
yelah, dua tiga hari ni tadi asyik ngutuk orang je.
Nih sume Iwan nye pasal (hahahah suka blame orang lain, saje je).
Aku ke yang tak pandai menyesuaikan diri dengan orang?
Aku ke yang jahat?
Aku teringat semasa conference YM dengan beberapa orang sahabat semalam, amyz ada menyebut lebih kurang: Paling sakit kalau kawan yang kita percayai backstab kita.
Aku ni backstabber ke?
Adakah Ma ngan Mila tuh percayakan aku?
Aku ni jahat ke?
Haah. Aku mengaku aku memang dah buat jahat. Aku sepatutnya diam je pasal ape ape pun. Kenapa mesti aku suarakan kepuashatian aku pada Ma dan Mila kepada orang lain? Kenapa aku tak cakap depan depan dorang? Ni bukan prinsip aku ni, main cakap blakang.
Ntah la.
Aku tak suka cakap belakang orang.
Tapi kan... cemana ni Iwan?
Tapi... tapii.. tapi.....
Hmm... apa yang boleh dibuat, terlajak kata, bagaimana mahu diundur.
Lihatlah ke depan, dan belajarlah dari kesilapan.
Aku tidak akan lagi buat kesilapan itu, Insya Allah.
Aku akan cuba!
May 31st, 2004
Mari nonton Bollywood
Posted by syazfina at 09:32 AM on May 31, 2004.
Mungkin sesetengah orang akan tergelak kalau dorang tau aku nonton cerita Hindustan.
Kalau nak tau, aku lebih suka filem Tamil daripada filem Hindustan kecuali filem- filem yang ada Anil Kapoor. Tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal cerita Tamil. Aku nak cakap pasal cerita Hindustan.
Bagi aku, cerita Hindustan akan mengingatkan aku tentang cinta. Pyaar.
Orang yang pernah bercinta je yang boleh menikmati dan menghayati filem Hindustan dengan sepenuh hati. Orang yang belum bercinta mungkin rasa susah nak faham kenapa cinta boleh mengasyikkan macam yang dipaparkan di filem Hindi.
Yang paling penting, filem Hindi mengingatkan aku yang kasih sayang itu sebenarnya wujud tapi kadang- kadang kita lupa.
Cerita di Astro Prima kali ini tajuknya "Rules". Seorang gadis bernama Radha adalah peminat seorang model terkenal, Vikram Varma. Untuk menarik perhatian Vikram, nenek Radha telah menggariskan beberapa peraturan:
1. buat dek je. Jangan beri perhatian padanya. Tapi pastikan dia perasan yang anda buat dek kat dia.
2. jangan kejar lelaki tuh. Biar dia yang mengejar kita.
3. jadikan diri anda satu misteri baginya
4. jangan bagi dia nampak yang dia boleh melukai hati anda. Kalau ada apa-apa yang telah dia buat yang telah menyakitkan hati anda, buat-buat selambe je.
5. peraturan paling senang - pujilah dia dalam apa-apa sekalipun. pasti egonya 'manja' dengan puji-pujian anda. Lepas peraturan ni, mesti lelaki pujaan anda tu dah boleh ucapkan 'I Love You' kepada anda.
Radha dah hampir berjaya dalam misinya menarik perhatian Vikram, dan akhirnya berjaya membuat Vikram jatuh cinta padanya. Tetapi Radha merasakan bahawa peraturan itu sebenarnya bukan dirinya yang sebenar. Dia terasa seperti telah menipu Vikram untuk jatuh cinta padanya. Dia pun mula nak menjauhkan diri. Bak kata nenek Radha, patah hati ialah ujian cinta... dalam bercinta pula, tak ada peraturan. Peraturan tadi tu hanyalah untuk memikat sahaja. Tapi akhirnya, Vikram telah berjaya membuktikan kepada Radha bahawa cintanya adalah ikhlas kepada Radha, dan akhirnya mereka berkahwin... seperti biasa, pengakhiran cerita yang gembira.
Bila difikir-fikir semula peraturan-peraturan yang dinyatakan oleh nenek Radha... hmm... seronok juga. Tapi Fina tak akan main permainan ini lagi. Dah terlambat dah nak buat eksperimen! Hehhehe....
Sapa nak cuba? :D
Masih lagi bermimpi, masih lagi teringat
Posted by syazfina at 11:28 AM on May 31, 2004.
Mungkin hari ini patut mengemaskinikan jurnal di tabulas ini. Links ke rumah-rumah sahabat baru mesti disambungkan.
Insya Allah, kalau tiada aral melintang.
Maklumlah, hari ini banyak orang tiada di pejabat, bercuti Gawai.