--- Perjalanan Hidup :: Memaparkan kisah perjalanan hidup seorang perempuan bernama Fina.. hehe :P ---

Entries for June, 2004

June 7th, 2004

Aku nak ikut Nett!

Posted by syazfina at 09:59 AM on June 7, 2004.

Nak ikut Nett pegi bawah tempurung gak.
Fikir-fikir balik, kehidupan sosial yang sihat nampaknya tak 'menyihatkan' aku.

Banyak sangat kerenah manusia, insider stories.

Aku penat nak kejar semuanya. Bodoh aku jugak, semua pun nak kejar. Cara aku mengejar pun bertentangan dengan apa yang aku tau dan patutnya buat. Laki aku marah, tau!

Lepas nih aku nak masuk dalam tempurung jugak, ikut Nett.
Tapi tempurung lain-lain la.
Kalau tempurung sama, mana muat ek Nett?

Aku dah penat bersosial tak tentu pasal nih. Mungkin dah ditakdirkan aku nih jadi katak, ataupun kera sumbang. Ataupun komputer lebih memahami isi hati aku berbanding manusia. Aku pun tak reti nak memahami isi hati orang. Bukan sebab aku tak dapat nak memahami, aku rasa aku nih boleh jadi kaunselor tapi... aku tak dapat nak memahami diri sendiri.

Bak kata mak, Tuhan pun boleh pening kepala nengokkan manusia yang pelbagai ragam dan rupa. Hahahaha.. tuh mak aku le cakap. Saje je, figure of speech. Dah teruk sangat la keadaan dunia nih sampai orang yang paling hebat pun takleh nak fikir apa nak buat dengan dunia nih.

Aku rasa aku nak kembali seperti aku dulu.
Aku yang blur, takde kehidupan sosial yang sihat, dok depan komputer berjam-jam, tak yah lunch pun takper.
Berinteraksi dengan manusia, payah aku rasakan.

Aku nak balik kepada diri aku yang introvert.
Aku malas nak jadi extrovert lagi. Naluri extrovert aku tuh dah lemah. Tak kuasa aku nak layan manusia dah.

Aku nak balik jadi pekerja yang baik, jadi isteri yang baik, jadi anak yang baik, jadi kakak yang baik.
Takmo jadi lain dah.
Jadi murid MBA yang baik dengan menghabiskan assignment dan meluangkan masa ke Pustaka Negeri.

Balik seperti dulu.

Takde nye nak berpoyer poyer main bowling.
Takde nye nak pegi makan makan dinner.
Takde nye karaoke karaoke.
Takde nye wayang wayang.
Takde nyeeee... takmo dah.

Insap.

Jadilah model citizen.
Baliklah ke tempurung masing-masing.

Kembalilahhhhh.......... mungkin ketenangan dapat aku cari dalam tempurung. Mungkin....

2 dah cakap

Oh burung nyanyikanlah... katakan padanya aku rindu

Posted by syazfina at 02:35 PM on June 7, 2004.

Tiba-tiba rindu pula pada dia.
Dari semalam lagi.
Aku cuba mencuri masanya seperti dia mencuri ruang fikiranku.

Tapi kurang berhasil kali ini.
Masih banyak masa untuk aku dan dia menyalur rindu pada suara itu.

....

Aku juga hairan bagaimana aku jadi kalah.
Aku juga pelik bagaimana aku pasrahkan hidup ini padanya.
Seringkali aku bertanya, kenapa aku yang menjadi pilihan?
Tapi soalan tinggal soalan.

Mungkin itulah namanya, aku sudah bertemu, bagai buku bertemu ruas.
Bagai pinang diblender.

....

Aku rindu padanya lagi.
Takkan jemu aku dengar suara itu.
Tapi sampai bila aku hanya mampu mendengar suara?
Sampai aku pekak, begitu?
Sampai bila?

Sampai bila harus air laut itu jadi pahit buat kami
Sampai bila harus angin bawa kami pergi

....

Aku tak tahu, sungguh!

Nak cakap pepe?

Aku tak mahu tunggu lagi

Posted by syazfina at 02:49 PM on June 7, 2004.

Aku tak mahu tunggu lagi.
Menunggu disini buat jiwaku sakit.

Sakit kerana didesak.

Didesak suami.
Didesak ibu mertua.
Didesak nenek suami.
Ditanya bertalu-talu oleh saudara mara.

"Dimana suami?"
"Bila nak bercahaya mata?"
"Kenapa berjauhan?"
"Bila nak pindah?"
"Kenapa suami tak nak pindah sini?"

Aku dah penat menerangkan.
Kalau boleh, aku rekod satu tape, bagi dorang dengar penjelasan setiap kali.

Bukan aku tak mahu.
Bukan aku tak berusaha.
Apa, kau ingat aku suka kerja ini?
Aku lebih suka mengajar.
Aku nak kerja di TTC.
Aku dah bosan jadi mainan orang, jadi buah mulut orang.

Siapalah letak budak junior di Pejabat Pengurus Besar.
Who are you to direct me to do things?

Jadi bahan ketawa, kerana jika silap, nampak sebesar kawah.

Jangan salah anggap, sayang.
Kerana bukannya aku tak mahu ke sana.
Ibu pun sudah restu.
Kenapa perlu ragui aku.

Aku juga ingin hidup sebagai seorang isteri.
Aku tak mahu tunggu lagi!

Nak cakap pepe?

June 8th, 2004

Mestikah tulis mende yang berguna?

Posted by syazfina at 09:51 AM on June 8, 2004.

Bila aku amati blog-blog yang lain (setelah lama tak membaca blog orang) terfikir pulak - mesti ke tulis sesuatu yang berguna?

Ye lah kan, dulu memang la terpegun tengok penulisan orang lain - topik seberat-berat topik, bagai menanggung beban permasalahan masyarakat sedunia.
Sekarang, kadang-kadang terfikir, adakalanya aku jelek dengan gaya sebegitu, kerana bagi aku, benda-benda seperti itu sudah too good to be true. Tidak lagi asli dan original. Macam suratkhabar. Macam buku teks.

Dalam mendefinisikan blog/jurnal, aku ikut aliran yang menyatakan bahawa blog dan jurnal itu dua menda yang berbeza.

Blog, atau weblog, ialah site yang lebih bersifat outward dan mengandungi pelbagai links ke tempat lain. Ini mungkin merangkumi jenis blogger yang gemar surf dan ingin berkongsi pendapat tentang laman web yang mereka jumpai, sesuai dengan topik yang ingin mereka paparkan dalam blog mereka. Tema blog ini sesuai untuk kandungan yang kerap kali di update, dan tak semestinya personal.

Jurnal sebaliknya lebih bersifat inwards, dan lebih kepada inner reflection ataupun muhasabah diri, gitu gitu. Jurnal memberi peluang kepada penulisnya untuk bersikap lebih peribadi, menganalisa dalam diri dan berkongsi pengalamannya. Berbeza dengan blog yang lebih bersifat reaktif, jurnal lebih intim kepada penulisnya, dan menarik pembaca bagai menonton reality show.

Definisi blog vs jurnal yang dicedok dari Diarist.net:

".... In short, and in my humble opinion, a traditional weblog is focused outside the author and his or her site. A web journal, conversely, looks inward — the author's thoughts, experiences, and opinions. Some sites, of course, do both. So to better see the "perfectly blurred" line, you have to step back a bit......"


Aku tetap dengan jurnalku. Heheheeehhee...

Aku yakin, setiap orang baca menda alah yang aku tulis ni ada sebabnya. Ada yang rasa nak berkenalan ngan aku ni, ada kawan-kawan yang saje nak tengok what's up dengan kawan dia yang buduh sorang nih, ada yang saje nak baca apakah aktiviti orang Kuching sekarang ni, ada yang saja nak tengok Fina ni busy ke tak dua tiga menjak ni, ada yang tengok kot kot Fina ada nak kutuk Telekom ke ape ke... muahahahaha...

Lagipun bagi aku, setiap penulis jurnal/blog akan ada cycle pengalaman yang lebih kurang sama.

Pada mula-mula penulisan jurnal/blog, gembira betul.... terutamanya bila ada kawan-kawan yang datang bertandang, check website kita. Kononnya cam tak sia-sia la menulis. Pastuh, curious pulak siapala yang rajin check out site kita ni. Letak la site meter... pastuh... banyak pulak yang bagi komen kat entri... pastuh pasang tagboard/shoutbox pulak....
lama-lama banyak peminat.. pastuh ada orang ntah pepe ntah merosakkan mood nak sambung menulis.. pastuh rasa cam nak berhenti menulis.. tapi sambung balik jugak.
pastuh baca blog orang lain balik... terasa cam buduh je buat entri ntah pepe sebab orang lain buat entri cam best-best je... jeles.. pastuh nak try buat cam dorang jugak... gi baca suratkhabar la, tengok TV la, baca blog orang hebat nih la.. pastuh karang sendiri. Dah jadi blog la pulak kan.. dah tak jadik jurnal dah.

Tapi aku sayang jurnal aku, both Livejournal ngan Tabulas!

Nak kena tulis menda yang berguna ke?
Kena ke tulis masalah negara untuk diselesaikan?
Kena ke tulis bunga-bunga bahasa dan lenggok ayat yang gemalai?
Nak kena jadi pasukan elit?

Mueheheheheheheheee

Nett, mana kau.. masih bawah tempurung ka

7 dah cakap

June 9th, 2004

Setelah sekian lama bermimpi...

Posted by syazfina at 02:50 PM on June 9, 2004.

Geng Jurnal KLD (links)

Jika ada yang perlu ditambah dan diperbetulkan, harap sudi meninggalkan pesan agar ketepatan maklumat dijamin sepenuhnya. Sekian, salam hormat.

Nak cakap pepe?

Tangan gatal nak menulis surat

Posted by syazfina at 03:58 PM on June 9, 2004.



Bahan-bahan sudah tersedia.
Tapi siapa penerima?

Mahu jadi penerima?
Hantarkan alamat anda beserta nama penuh, nombor telefon dan nombor kad kredit kepada email berikut:

syazfina@gmail.com

Hahaha... takdelah... hantar Nama dan Alamat pun dah okay.

Kalau ada yang ingin nak dapat suratnya esok harinya jugak, yang Dijamin Sampai Esok pun ada.

Anda pula, bagaimana?

Sayangnya pihak Pos Malaysia takda sampul Pos Ekspres bersaiz buku.

1 dah cakap

June 10th, 2004

Perancangan Kewangan

Posted by syazfina at 08:40 AM on June 10, 2004.

Aku rasa suami lagi expert hal ni, maklumlah dia jenis yang rajin baca buku Kiyosaki, Azizi Ali, Millionaire Next Door dan pelbagai jenis buku-buku hebat sebegini. Aku sekadar dapat tempias dia, mana yang boleh aku pinjam daripada dia, aku bawak la balik Kuching.

Baru-baru ni aku ada perancangan baru. Memandangkan keadaan kesihatan mak yang tak tentu, kemungkinan untuk aku meninggalkan Kuching dalam jangka masa terdekat yang tinggi dan faktor perbelanjaan rumah yang dirasakan agak tinggi, maka aku ringan-ringankan mulut memberi usul kepada mak.

Apa kata... kita jual saja apartment tingkat tiga yang kita duduki sekarang ni dan menyewa saja di rumah satu tingkat?

Aku punya alasan:

1. mengurangkan perbelanjaan untuk rumah - ye lah, rumah ni atas nama mak, dan bayarannya tinggi berdasarkan umur, insurans, kesihatan mak - lepas tu kena bayar cukai pintulah, assessment ini, maintenance fees itu, sinking fees ini dan sebagainya.
Pemaju perumahan di kawasan kami itu ada tak betul sikit. Bukannya dia ada buat apa maintenance sangat pun kat tempat kami ni. Tapi bayaran macam-macam! Aku pun tak faham kenapa mak dan adik buat keputusan beli rumah ni dulu sebab masa tu aku di Semenanjung dan keputusan dibuat tanpa merujuk kepada aku dulu (ye lah, dulu aku bukan faktor penentu macam sekarang, dulu mak banyak bertindak sendiri, tapi sekarang dia kena consult aku dulu.. hehehehehe). Sekarang ni setiap bulan mak kena membayar RM 600 sebulan untuk apartment di tingkat 3 ini kepada bank. Mahal woo... kalau sewa rumah setingkat RM 400 je sebulan, tak payah fikir assessment, maintenance, etc. etc. Kaki pun tak sakit nak naik tangga setiap hari.

2. kesihatan mak. mak memang banyak penyakit - penyakit yang macam The Charmed tuh la... Kencing Manis, Darah Tinggi, ape lagi aa... selain daripada tu, mak aku juga disuspek kena buatan orang. Yang penyakit satu nih, dikhabarkan memang sasarannya kaki mak aku. Orang tu nak bagi mak aku menderita supaya mak aku tak kacau hak dia. Ahh.. senang camnih la. Orang tu tanak bagi bapak aku balik kat mak aku lagi... dengar khabar bapak aku pun kena 'ikat' dengan ilmu yang lebih kurang sama jugak... apa nak buat. Jadi aku sebagai anak yang prihatin nak la membantu mak aku mengurangkan kepenatan dan kesakitan dengan berpindah ke rumah setingkat. Cukup la untuk keluarga kami yang 4 orang ni... rumah kecik pun dah kira cozy dah. Ala.. bilik banyak-banyak pun buatpe, balik-balik tido kat ruang tamu le jugak, depan TV.. hahahaha...

3. Aku memang taknak beli rumah kat Kuching. Rumah kat Sarawak mahal sangat. Tunggu la aku jadi orang kaya kat Semenanjung, lepas tuh barulah aku nak beli rumah Ibraco kat Tabuan Jaya.. hehehehee.... rumah kat sini, yang terrace single storey pun 160K. Kalau kat Semenanjung, 160K tuh boleh beli 2 buah rumah yang sama jenis. 150K pun dah boleh beli banglo kat Taman Tuanku Jaafar Seremban. Eh, aku nak beli tu ke? Hehhee tak lah... aku rasa.. aku nak beli either kat Sepang ataupun Nilai. Ok dak? :D

4. nak mengurangkan kesan trafik jam di Matang Jaya - nampaknya kriteria ni dah tak penting sangat lagi. Sebab kat Matang Jaya je yang ada rumah sewanya RM400. Sebabnya: traffic jam tuh la! Banyak orang taknak tinggal kat Matang Jaya sebab kesesakan jalan raya setiap hari. Tapi aku ngan mak dah expert dah. Boleh kata samseng jalan jugak la.. tapi samseng yang berhemat. Samseng aku dan mak setakat taknak bagi laluan kepada kereta-kereta yang tak berhemat dan cuba nak potong queue secara haram.... hihihiiiii...

Cabaran:
Rumah yang kurang daripada 5 tahun dan nak dijual akan disoal oleh LHDN - dorang akan ingat yang kita nak mengaut keuntungan. Nanti kena cukai lagi... ribu ribu jugak, menurut seorang rakan sekerja. Hmm... cam tak jadi je nak jual ni.. cemana ni?
Lagipun memang ada risiko nak menjual pun... dengan situasi mak aku sebagai seorang bangkrap dan bawah pengawasan Jabatan Pemegang Harta, susah nak buat apa-apa pun. Mula-mula aku ingat nak guna alasan yang mak dah tak mampu nak bayar mahal sangat, so nak mengurangkan perbelanjaan, jual la rumah tu.. etc etc. tapi masih lagi masalah LHDN tu la... so kena tengok balik taktik.

Taktik terbaru yang aku fikir ialah menyewakan rumah sekarang dengan harga lebih tinggi sedikit berbanding harga pasaran (RM 400 harga pasaran) dengan menyewa secara sebahagian berperabot (partly furnished) ataupun berperabot sepenuhnya (furnished). Kalau guna yang furnished-furnished ni, mungkin boleh mencecah RM600 sekadar untuk cover bayaran bulanan kepada bank. Tapi kalau ikut camtu - nak kena fikir juga kalau ada rumah single storey yang furnished jugak untuk kami. Ada la yang kat Kenyalang Park tu, double storey, RM 500 fully furnished - mak aku cakap, kawan dia rekomen - tapi nak buat ape rumah double storey, and Kenyalang... memang la dekat ngan ofis aku, buleh jalan kaki je, tapi kesian pulak adik aku nak bermoto berpuluh-puluh kilometer jauhnya ke Politeknik. Lagipun RM 500... dah lebih bajet. Kensel.....

Tengoklah macam mana. Masih mencari lagi. Mungkin kalau ada rezeki, kat Taman Seri Wangi ke... kat Taman Won ke... kalau ada yang nak menyewakan rumah RM 350-RM 400 tuh, bagitau la saya.

4 dah cakap

June 11th, 2004

Dah dapat rumah! Yahoo!

Posted by syazfina at 02:23 PM on June 11, 2004.

Semalam Auntie Margaret datang ke rumah dengan Ling.
Katanya, ada apek sorang ni nak sewakan rumah RM 350 sebulan kat Lorong 6A 4.

Hmm.. menarik.... apa lagi, Auntie Margaret terus telefon apek tuh, katanya kami nak tengok rumah.

Menaiki kereta Auntie Margaret, setibanya kami di rumah yang dimaksudkan, tuan rumah dah pun menunggu. Rumahnya rumah teres setingkat, sudah diubahsuai. Reka bentuk rumah itu boleh tahan kerana ruang yang sangat luas terutamanya di bahagian dapur dan bilik besar di belakang - bilik belakang itu luasnya dua setengah bilik yang lain! Tetapi tidak ada bilik tidur yang bersambung dengan bilik mandi. Bilik mandi dan tandas pula lebih kurang di tengah rumah - antara ruang tamu dan dapur.
Aku puas hati dengan rumah itu, berpadanan dengan harganya.
Tempat letak kereta rumah tu pun boleh muat dua kereta!
Selain daripada air yang tidak sederas selalu dan bahagian belakang rumah yang perlu dibersihkan, aku setuju untuk menyewa rumah ini. Mak pun nampaknya puas hati - sebab dapur yang besar!
Bilik tidur di belakang yang besar itu mungkin akan didiami oleh Ambo dan Aimin. Aku memilih bilik tidur di hadapan sekali.
Sekarang tak perlu lagi memikir untuk mencari rumah.. sekarang nak memindahkan barang ke rumah baru dan mencari penyewa untuk apartment yang sekarang ini. Apartment sekarang ni hanya boleh disewakan je memandangkan tahun depan barulah masuk tahun ke-5.

Jadi aktiviti terbaru: Mencari penyewa.

Sesiapa yang ingin menyewa apartment di tingkat 3, Matang Jaya, sila hubungi saya di syazfina@gmail.com.

Anggaran sewa: RM 450, negotiatable
- partly furnished
- 3 rooms - one master bedroom with attached bathroom
- almari, sofa, kabinet dapur, lampu
- 1+1 (one month deposit and one month advance payment)
- very good location : next to Everise Matang Jaya

Heheheh selamber je advertise.

Nantilah fikir cemana nak buat mende alah nih.
Sekarang nak fikir cemana nak decorate rumah!

Yeay!

2 dah cakap

June 14th, 2004

Tragedi Julai

Posted by syazfina at 02:59 PM on June 14, 2004.

Heheheh bukannya tragedi sangat pun, tapi banyak betul menda yang perlu attention aku dalam bulan Julai ni.

Besar sungguh perubahan yang bakal berlaku.
Di tempat kerja pun ada perubahan, di rumah pun ada perubahan.

Hujung minggu dihabiskan dengan keluarga - mulanya meraikan Hari Bapa beramai-ramai di rumah atuk. Seronok juga makan nasi ayam beramai-ramai. Mak asyik bertanya - betul ke minggu ni yang ada Hari Bapa? Ye lah, betul lah.. Aznil pun ada mention masa Akademi Fantasia 2. Erkk.. aku tak minat AF, tertengok je, dah tuh, adik aku taknak bukak channel lain. Anyway, mak aku cakap, dia cam tak konpiden je sebab tak banyak promo and publisiti pasal Hari Bapa tahun ni... ye ke?

Aku tengok ada la sikit sikit kat Hallmark Channel pasal Father's Day. Tapi lain-lain tu tak perasan pulak. Hehehe.. dah namanya aku dok tengok CSI jek.

Tapi aku pun tak berapa ambil kisah sangat. Ada bapa pun serupa takde bapa. Heh.
Tuh kisah aku, bukan kisah orang lain.

Pastuh.. hari Ahad kami dah setuju dengan sesetujunya untuk berpindah menyewa ke rumah Ah Siang tuh. Mak aku nampak selesa je dengan rumah tuh, maklumlah, dapurnya besar berkipas siling, boleh aku bayangkan kegembiraan mak aku memasak di dapur. Hehehe.. bagus jugaklah. Mungkin petanda untuk aku merajinkan diri ke dapur jugak. Lama dah aku tinggalkan arena masak-memasak ni.
Maka hari Ahad itu terpaterilah perjanjian antara aku dan Ah Siang. Siap dengan deposit segala, kami pun dengan rasminya menyewa rumah di Lorong 6A4 tu.

Nampak sangat lelaki zaman sekarang ni tak boleh harap.. hehehe segelintir je ye, tak semua. Tapi adik aku dua orang memang takleh harap la.. termasuk la kawan-kawan adik aku yang dok menyemak je depan rumah tapi tangan tak buat amende pun.

Aku sorang je bekerja keras, cuci tingkap sampai naik tangga semua, lepas tuh mop lantai, cuci sink dan sebagainya. Adik aku yang kecik tuh awal-awal dah serah diri. Pemalas nak mampus. Perut je boyot. Baik tak yah kasik makan, ngabiskan beras dan duit aku je. Tak sampai 30 minit, dia dah melepak main brick game. Aku sakit hati betul, aku suruh dia balik rumah lama je. Syyuuuhh.. syuuuh! Kalau tak nak tolong, jangan la buat buat pemalas di kawasan yang sewaktu dengannya. So dia pun dihantar balik rumah lama.

Adik aku yang bujang sorang tuh ape lagi, panggil pulak geng-geng Matang Jayanya. Ada la dalam sepuluh orang bujang kat depan rumah. Satu menda pun tak buat... ada sorang je budak yang baik, dia tolong catkan dinding dapur. Yang lainnya tuh ngabiskan makanan, merosakkan diri sendiri je dengan merokok tak habis habis. Aku ingat aku nak letak sign No Smoking la kat pintu rumah kang. Lagi la aku sakit hati.

Malamnya aku jugak yang sakit badan.

Nih masih lagi sakit badan nih. Perempuan jugak yang kena buat semua.

Aku sekeh jugak kepala budak-budak nih kang.
Tak guna betul.
hrmpph.

1 dah cakap

June 15th, 2004

Apa makna kegembiraan?

Posted by syazfina at 12:38 PM on June 15, 2004.

Pernah aku baca dalam Reader's Digest tentang Makna Kegembiraan (Happiness).
Seseorang yang tidak gembira ialah orang yang mahukan perkara yang bertentangan - contohnya, seorang perempuan yang mahu menjadi isteri yang baik tapi pada masa yang sama, mahu menggoda lelaki lain yang lebih kacak (tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati, ini adalah contoh yang dikaut daripada artikel Reader's Digest tersebut).
Kadang-kadang aku terasa jugak pertelingkahan kemahuan ini.
Mungkin kerana naluri kita sebagai manusia, mahukan segala yang baik daripada semua situasi.
Contohnya, aku nak berhenti kerja tetapi pada masa yang sama, aku tak nak membayar balik Yayasan Telekom kerana ikatan biasiswa- yang seterusnya menjurus kepada aku tak nak berhenti kerja.
Berhenti kerja - Tak mahu berhenti kerja.
Pertelingkahan kemahuan inilah buat aku tak gembira.

Memang banyak situasi pertelingkahan kemahuan ini.
Contohnya, aku sayang adik aku tapi aku tension sangat dan nak marah je kat dia sebab dia pemalas.
Sayang - marah. Akhirnya aku jugak yang tak gembira.
Lagi.. aku memang nak bekerja di KL tapi pada masa yang sama, jawatan aku sekarang best, kerja di opis ni pun best, banyak peluang baik - dan ini buat aku kurang gembira.
Lagi.. aku sayang kat suami aku dan nak tinggal bersama-sama, tapi realitinya kami belum dapat duduk sebumbung lagi. Tak gembira lagi..

Banyak pulak contoh pertelingkahan kemahuan ni.
Siapalah yang tak gembira kalau kemahuannya dipenuhi.

Gembirakah anda?

3 dah cakap

June 18th, 2004

Business Intelligence - Bisnes Pintar?

Posted by syazfina at 09:36 AM on June 18, 2004.

Aku hilang selama dua hari dari pejabat. Bukannya mengular sawa, tapi pergi berkursus. Kursus kat Hotel Grand Continental.
Kursus Business Intelligence... mula mula aku dapat email, ape, Business Intelligence? Cam bunyi FBI, CIA gitu.
Naz pun dipilih sekali untuk menghadiri kursus yang sama.

Pada hari pertama, pukul 9 baru mula kursus. Aku rasa banyak peserta yang ambil masa sedikit untuk mencari lokasi tempat kursus ni. Maklumlah, tempatnya bukan di dalam hotel, tetapi di bangunan yang bersebelahan. Tapi kalau kursus sepatutnya start pukul 8.30 tapi sengaja nak melenggang punggung sampai lewat, tuh korang punya pasal la... sendiri mau ingat la Kristal.

Trainer kami: Encik Mazlan.

Encik Mazlan memanglah nampak macam seorang presenter yang betul-betul macam presenter - maksud aku, cara berpakaian (sebagai seorang presenter, kena berpakaian lebih gah daripada peserta kursus untuk menambahkan keyakinan diri dan membuatkan orang hormat sikit pada anda.. ye ker? hehe), muzik yang dipasang sebagai muzik latar dalam presentation tersebut (muzik kononnya boleh membantu persembahan dengan syarat suara cukup kuat supaya tidak tenggelam dalam bunyi muzik) dan juga gaya-gaya lain seperti lawak dan nasihat dan sebagainya.

Macam direct from the book of presentations je gayanya.

:D

Ntahlah, mungkin betul membantu, mungkin juga tak membantu.
Perlukah kosmestik dalam presentation?
Mungkin, dan mungkin tidak.

Dan satu lagi kemungkinan, kursus kali ini kurang impressive bagi aku sorang kerana sepatutnya bukan Encik Mazlan yang sepatutnya menjadi trainer. Bukan kerana dia tak bagus, tapi dia kurang bersedia nak bagi training Business Intelligence ni. Jadinya, kursus yang tidak teratur dan tidak tahu pangkal dan hujung.
Sekejap pasal business intelligence secara kasar, lepas tuh bertukar jadi kelas psikologi sebab dok membuat analisa personaliti, kadang-kadang jadi kelas parenting/keibu bapaan pulak. Bukan salah En Mazlan, tapi tu la...

Ntahlah, aku selalu camnih. Mungkin masalah dengan aku kot sebab kalau aku dah set nak pegi kursus/tutorial yang dimaklumkan, dalam otak aku dah ready menyahut cabaran subjek yang nak dikursuskan tu. Contohnya kalau aku dipilih pergi kursus Business Intelligence, aku nak la tau pasal Business Intelligence. Kalau pergi kursus Strategic Management, aku nak belajar la pasal strategic management. Susah aku nak tukar fikiran untuk buat menda lain.

Mungkin aku ni set expectation yang terlampau tinggi.

Namun begitu, janji makanan yang sedap sudah cukup menenangkan.
Ye lah, makan hotel free, sape taknak?
Makanan di Grand Continental Kuching ni memang boleh tahan. Daripada pembuka selera kepada kuih muih penutup acara makan tengahari, aku boleh dikatakan puas hati.

Tapi puas hati aku kepada makanan berbeza dengan orang lain la kot.
Ada orang, asal makan je puas hati sebab memang dorang hargai makanan (tak pun cam laki aku, makan memang bagus sentiasa).
Tak pun, ada orang yang tak puas hati dengan makanan yang aku cakap puas hati sebab dorang dah biasa makan makanan yang lebih baik.

Contohnya, "Mak aku masak lagi sedap" ataupun "aku masak lagi sedap kot" dan "ala, makan truffles ngan caviar lagi sedap, kalau tambah foie gras nih agak-agak lagi la sedap."

Tapi tuh cerita makan-makan.

Dalam cerita lain pulak, aku berkepit ngan Gyma je masa kursus ni.
Aku memang dah agak dah pun sebab tengok senarai nama sekali pandang, memang dah agak dah ini bakal terjadi.

Aku dan Gyma kira 'junior' dan yang lain-lain tuh senior.
Yang senior perempuan pulak dok bincang pasal baju dan kasut dan tatu di kaki dan betapa hensemnya Encik Mazlan yang kaya dan punya keluarga bahagia tu. Tak pun pasal kotak-kotak dan surat menyurat dan placement di bahagian baru. Tak pun pasal GM baru bertitle Dato'.
Aku dan Gyma bercakap pasal menda lain yang lebih bersifat intelektual.

Bukanlah aku nak cakap yang aku dengan Gyma ni bijak pandai sangat, tapi aku penat la nak bercakap pasal fesyen dengan crowd yang kureng sket. Tak ngam.

Ada jugak apa aku cakap dengan Gyma pasal fesyen. Gyma nyer skill tudung simple aje. Aku yang dok pin sana pin sini. Aku pun cakap la, kalau aku pakai tudung pin biasa satu kat bawah tuh mak aku komplen cakap aku nih tak berfesyen. Tapi laki aku menganjurkan aku bertudung camtuh. Gyma kata, lain orang lain la preferences. Tu je lah percakapan pasal fesyen aku dan Gyma. Mungkin ada jugak lain contohnya cam warna baju pilihannya - biru, coklat dan warna warna natural dan earthy.

Hahahahahaha..

OKlah
nak chow dulu. Lain kali aku cakap pasal BI dalam erti kata sebenar.

Nak cakap pepe?

June 23rd, 2004

Fina sudah hilang?

Posted by syazfina at 08:44 PM on June 23, 2004.

Hehehehe...
Taklah.
Lepas cat rumah baru kaler biru, Fina pegi belajar Balanced Scorecard kat Kolej Latihan Telekom Jalan Semarak. Sempat tu makan-makan dengan Nett dan Amyz (saje nak menjeleskan budak busuk yang patut-patut).

Besok nak ke JB!!!

Sape nak ikut?

:D

2 dah cakap

June 30th, 2004

Cerita Saya - Lim Goh Tong

Posted by syazfina at 02:19 PM on June 30, 2004.

Mula-mula, tergelak sekejap apabila baca sipnosisnya - ".. amat mengilhamkan..."

Tapi serius, pabila sudah habis dibaca dalam masa dua jam, ternyata 'Cerita Saya' memang mengilhamkan.

Terasa lebih senang membaca buku ini daripada buku 'Malaysia Dalam Peralihan: Ceritalah 1' karangan Karim Raslan - bukan kerana penulisan Karim Raslan kurang menarik daripada gaya bersahaja cerita Lim Goh Tong, tapi dengan membaca 'Cerita Saya', terasa seperti dapat tujuan hidup. Akhirnya menjumpai diri sendiri. Bukan di dalam buku, tetapi dapat ilham bagaimana untuk 'menjumpai' diri sendiri yang berjaya. Insya Allah....

Asalnya Fina dan suami makan tengah hari di Street Mall Cyberjaya, dan Fina kononnya nak membeli buku puzzle/word search sebagai aktiviti masa lapang. Tak jumpa pun buku word search yang dikehendaki - suami yang beli buku Cerita Saya tu. Fina beli buku Karim Raslan sebab dah lama belek di kedai buku tapi tak pernah lagi beli.

Apa ada dengan cerita Lim Goh Tong?

Ha... inilah cerita klasik/generic 'rags to riches' dalam kehidupan realiti.

Setelah mengkaji dan meneliti apakah keistimewaan orang yang berjaya, dapatlah menyimpulkan beberapa perkara:

1. orang yang berjaya selalu bermula dengan mengatasi masalah komunikasi. Mereka belajar senang berbual dengan pelbagai lapisan masyarakat.

2. punyai sifat degil dan keras kepala. Faham hakikat bahawa tidak semua orang akan faham apa yang kita rancangkan dan lakukan.

3. bekerja dengan menulis 'to-do list'.

Apa lagi agaknya sifat/tabiat orang yang berjaya?

7 Habits of Highly Effective People?

2 dah cakap

Berpindah. Malas. Tanggungjawab.

Posted by syazfina at 02:29 PM on June 30, 2004.

QIBE diarahkan berpindah ke tingkat 5 dengan segera. Pengurus Business Research akan berpindah ke tingkat 6, membawa sekali pekerja bukan eksekutifnya. Sales A&P, PR tidak tahu lagi mana arah tuju.
Setiausaha Eksekutif diarahkan untuk mengatur satu perjumpaan antara Pengurus Besar Negeri yang baru dan anak-anak buah. Tapi Pengurus Besar yang lama tidak ada di pejabat, dan tanggungjawab beralih pula kepada Setiausaha Eksekutif.
Baik Setiausaha Eksekutif saja yang jadi Pengurus Besar.
Kotak-kotak perlu diisi.. tapi nama siapa?
Ada yang berkongsi kotak, ada yang tiada kotak.
Bisnes harus tetap berjalan.
Kerja harus dibuat.
Pindah randah.
Kesian QIBE dan HR, terpaksa berkongsi tempat.
Surat belum sampai.
Email sudah dikarang kepada ibu pejabat.
1 Julai harus memberi persembahan. Apapun yang akan terjadi, jadilah.

Di rumah pun mahu pindah juga.
1 Julai mesti sudah tidur di rumah B.
Rumah A akan dikosongkan dan disediakan untuk penyewa. Kemungkinan dari Politeknik.
5hb sudah buat kenduri di Rumah B atas permintaan atuk. Kenduri arwah nenek, secara kecil-kecilan saja, sesama saudara dekat.

Itulah perjalanan kehidupan.

Nak cakap pepe?

« 2004/05 | 2004/07 »

#back top | Site powered by Tabulas.