Perihal cermin
Posted by syazfina at 09:07 AM on July 6, 2004.
Cermin diri dulu:Lama tak buat entri, menjawab persoalan di tagboard pun belum. Terima kasih kepada mereka yang meninggalkan pesan dan kesan di tagboard. Shoutbox bermasalah nampaknya - tapi malas nak kacau dulu.
En MBA, sebenarnya penggunaan 'sahabat' dan 'kawan' kononnya mahu membezakan antara 'Friends' dan 'Friend of'. Tapi sebab tak dapat menyampaikan makna sebenar, so dah ditukar balik.
Kak Melor, Fina mintak maaf banyak-banyak sangat sebab tak dapat nak join ke Serikin. Nampaknya Kak Melor lagi advanced daripada Fina sebab Fina pun belum jejak kaki ke sana lagi. YM Fina sekarang memang ada masalah, cam biskut je - sekejap ada, sekejap takda. Alahai... YM.. YM.
therion, terima kasih kerana sudi ke sini. Takde la best sangat...
biasa biasa je... cerita syok sendiri banyak aa sini. Insya Allah saya akan mengekori anda pulak pasnih.. hihiiiiihihiiSalina, apa kabar? Mestilah Fina ingat tuan punya buku cerita Samurai Garden yang siap diotograf tuh.. hehehee... tengah baca lagi... sekarang nih pun tengah sibuk berpindah randah, so terberhenti jugak aktiviti lazim. Insya Allah akan terpanggil lagi untuk menyahut seruan Bulan Membaca Kebangsaan ni kalau dah setel urusan pemindahan.
Kak Sri Diah, waalaikumussalam... Fina ke KL harituh mulanya urusan kursus Balanced Scorecard di Kolej Latihan Telekom selama 2 hari, lepas tuh beransur pula ke Johor mengikut suami bertugas. Tuh la.. terlepas lagi hendak berjumpa, Insya Allah selepas ini... mungkin kita akan lebih selalu berjumpa? Hehehhee.. kalau dah sampai saat tuh nanti, jangan jemu lak tengok Fina ye?

En Spyz, berjalan pun ikut plan orang aje... menumpang orang... masa ke JB tuh pun tak jumpa sesapa pun... dalam bilik tengok TV Indon dengan TV Singapore je dah sangat bahagia... lama dah tak bersantai. Erk... *nak kena pegi Pejabat Pos nih.. hmm*
Nic, ;P
Amyz, lain kali kita makan megi goreng kungfu lagi ye..

Shin, hepi belated dragon boat festival.. banyak naga hari tuh? aku nak mintak mutiara naga nih.
Kak G, saya dah add Kak Tin
tengkiu! muahss! 
jieha89_PD, hai..
vince, kang aa aku check out sillyboo.com tuh. Skang baca blog pun tak abis lagi nih :D
Okeh.
Rasa-rasanya cukup kot jawapan persoalan.
Cerita hari ini: Perihal Cermin.
Selalunya di surau perempuan, mesti ada cermin yang tersedia untuk mengatur letak tudung selepas bersolat.
Fina nih kadang-kadang boleh jadi pemerhati, orang yang bagaimanakah kita ini.
Lagipun cermin ini membalikkan imej kita sendiri.
Satu cermin, dikongsi dengan pengguna-pengguna surau yang lain.
Ada juga, pabila sudah meneliti muka diri sendiri di dalam cermin, sudah lupa akan wajah orang lain di cermin tersebut. Leka dengan perhiasan diri, orang lain diketepikan. Bagaikan memandu tanpa cermin untuk memandang ke belakang, sudah tidak kira orang lain yang juga ingin berdandan macam kita juga. Hidup di dunia ini bukan kita seorang saja. Perlu lihat cermin di surau untuk melihat kerukunan dan perkongsian umat. Tapi kita mudah lupa apabila sudah tengok muka sendiri di dalam cermin. Kita tidak nampak orang yang dibelakang terkial-kial mahu secebis cermin itu. Kita tidak perasan ada orang yang memerhati gelagat kita yang tamakkan cermin untuk diri sendiri.
Bukan sekali sudah diperhati kerenah begini. Hampir setiap kali ke surau, untunglah kalau ke surau yang kosong kerana barulah dapat melihat cebisan cermin itu.
Fina ingin berpesan, lain kali, kongsi-kongsilah cermin itu, kerana orang lain pun nak nampak kemas juga.
Mungkin bukan cermin saja.
Tapi jangan kongsi cermin mata kerana power lain-lain.
Hahhaa...
amende la cakap pasal cermin nih.
Fina pun tengok cermin jugak tapi kalau ada yang hendak berkongsi cermin, silakan.
