--- Perjalanan Hidup :: Memaparkan kisah perjalanan hidup seorang perempuan bernama Fina.. hehe :P ---

Entries for August, 2004

August 2nd, 2004

Tempat baru

Posted by syazfina at 12:39 PM on August 2, 2004.

Alhamdulillah, hari ni sampai jugak kat TM MSC, Cyberjaya.
Pejabatnya cantik, lebih cantik daripada pejabat di Sarawak. Apabila masuk ke dalam pejabat Pengurus Besar, terkagum sekejap. Siap bersofa gaya terkini. Sayangnya bahan bacaan yang tersedia nampaknya tidak dihiraukan - suratkhabar satu bulan lepas dibiar di atas meja kopi, dan makalah tahun-tahun lepas diselit secara rawak di bawah meja. Ada tisu juga - mungkin lebihan tisu yang dikeluarkan dari kotak tisu. Terdetik dalam hati, kalau sudah menjadi Pegawai Perhubungan Awam, hal-hal begini perlu diteliti. Bahan bacaan untuk pelanggan harus diupdate, mencerminkan imej korporat. Maklumlah, baru lepas membaca buku Business Ettiquette, kononnya persediaan untuk menjadi Pegawai Perhubungan Awam. Hendak menjadi Pegawai Perhubungan Awam ini bukanlah satu tugas mudah, berbeza dengan tanggapan umum. Tampak senang, tetapi jika pernah merasa kerja PR ini, sakit dan perit rasanya. Harus ikut peraturan dan protokol, dalam masa yang sama harus kreatif dan berseni.
Setiausaha Pengurus Besar tidak ada pula dimejanya. Tunggu punya tunggu, Pengurus Besar TM MSC, Pn Sharifah Aamenah, baru sampai selepas membeli sarapan pagi. Beliau sendiri mempersilakan Fina masuk ke pejabatnya. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri, Pn Sharifah mengajukan persoalan samada Fina boleh membuat sales ataupun tidak. Kita ini, mengikut saja apa yang diberi, memikul saja apa tanggungjawab yang diamanahkan. Ujarnya, kerja PR boleh digabungkan dengan Sales A&P, dan beliau sudah berbincang dengan eksekutif Sales A&P untuk memikul tanggungjawab PR juga, dan Fina pula ditukarkan ke Business Sales.
En Siva dan En Azhar dipanggil masuk pula.
Sesi memperkenalkan diri bermula sekali lagi.
Keputusan muktamad, Fina akan dipindahkan ke Sales.
Tapi Direct Sales ataupun Account Management - terpulang kepada En Azhar dan En Siva.
Perbincangan bersambung di tingkat bawah, di bilik En Azhar. En Azhar memutuskan bahawa Fina patut berada di Direct Sales, dan kemungkinan untuk dipindahkan ke Account Management pun ada memandangkan senioriti berbanding salah seorang eksekutif yang kini ditempatkan di Account Management.
Pengurus Direct Sales ialah En Siva. En Siva pula membantu mencari tempat duduk - takde pulak cubicle yang kosong.
Main tompang PC orang la pulak.
So sekarang tak tau nak cakap ape. Tak tau nak buat apa.
Tunggulah lagi dua tiga hari, lagi seminggu.

p/s: Nak kena beli kereta cepat!

4 dah cakap

August 25th, 2004

Masih lagi dalam proses penghijrahan dan penyesuaian diri

Posted by syazfina at 06:08 PM on August 25, 2004.

Alhamdulillah, kereta baru sudah digunapakai 3 hari.
Bernombor plat WMB 8*** , kehadiran kereta ini dalam hidup Fina memang boleh kira tahap "penyelamat keadaan".
Kini bolehlah pergi berjumpa pelanggan-pelanggan dan menjalankan tugasan dengan lebih efektif.

Banyak yang dipelajari dalam masa hampir sebulan ini.
Fina sudah belajar cara-cara mengira bayaran bulanan kereta mengikut kadar faedah yang diberikan - ya, Fina pasti bukan semua orang tahu formulanya, contohnya mak Fina... hehehe...
Alhamdulillah.

Kini sudah tahu juga cara-cara nak setup printer secara susah (the hard way). Dah namanya komputer saya komputer 486, Windows 98, manalah senang macam Windows XP. Alhamdulillah setelah berusaha sendiri cari bagaimana cara nak selesaikan masalah untuk print, akhirnya berjaya. Sekarang sudah sampai tahap mengsetup printer untuk orang lain pulak. Alahai... sudah dikata expert pun. (Padahal bukannya expert pun, saja je). Ape la saje setup printer tuh. Tapi bagi saya, ilmu tuh penting untuk saya membantu orang lain yang belum tahu lagi cara-caranya. Bagi orang yang dah betul-betul expert macam saya yang setengah lagi tuh (my other half), dia tak pandang dah semua tuh. Jadi sayalah kena membuat kerja-kerja memberi pendidikan kepada yang belum tahu lagi sebab orang yang peringkat tinggi ilmu nih susah sikit dia nak 'turun' ke tahap yang jauh rendahnya. Fina nih, setakat nak install driver sikit sikit, printer, pasang network card - boleh lagilah. Kalau nak suruh programming tak pandai la pulak. Dulu memang ada belajar tapi dah lupa semuanya.

Tu di tempat kerja.

Sekarang dah pindah ke Putra Perdana... siapa nak datang singgah silalah.. setakat hidangkan nescafe ataupun Milo ataupun Ribena tu boleh la kot.. kalau nak demand rendang ke.. masak lemak ke.. belum cukup lagi bahan-bahannya kat rumah saya.
Hujung minggu yang lepas baru lepas cuci rumah tu, beli perabot serba sedikit dan barangan elektrik untuk keselesaan kami suami isteri. Adalah peti sejuk, periuk nasi, meja makan, dapur gas... tuh pun kami beli berperingkat-peringkat. Almaklumlah, belum dapat gaji lagi.. duit pun dah nak kehabisan. Ditambah lagi duit yang disimpan digunakan untuk membayar pendahuluan kereta tempoh hari. Saya dan suami redha dan bersyukur betul dengan apa yang kami ada. Alhamdulillah...

Tapi aktiviti bersosial belum lagi berjalan. Macam GeJu, Ryze, bloggers, kawan kawan belum lagi berjumpa. Dah sibuk sangat dengan kerja dan urusan keluarga, belum sempat nak "menjenguk" sahabat-sahabat. Memanglah selalu dalam kenangan dan ingatan, tapi tu la.... tunggulah hidup saya lebih terurus sikit ye. Maaf ye kengkawan. Iwan, aku masih pandai lagi update... tengah menyesuaikan diri dan mencari masa nak update jurnal. Tunggu rumah aku dah ada Streamyx kang boleh la aku update dengan lebih kerap lagi.

Insya Allah hujung minggu ini bercuti bersama keluarga suami. Manakah pilihan hati: Cameron Highlands ataupun Bukit Tinggi?

Kita tunggu dan lihat.

4 dah cakap

« 2004/07 | 2004/11 »

#back top | Site powered by Tabulas.