Aku kembali. Akhirnya.
Posted by syazfina at 10:38 PM on November 19, 2004.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera tabulasku!Kalau buku diari nih, mau nyer dah jadi suci dalam debu.
Kenalah beli Starfibre Mop kalau nak bersihkan (ini adalah kesan pengaruh iklan televisyen SmartShop).
Dah dekat tiga bulan tak menjenguk langsung blog diri sendiri, apatah lagi blog orang lain. Desakan kuat si Iwan pun tak mampu menarik aku ke kancah ini lagi. Tapi Alhamdulillah (?) tergerak hati di bulan Syawal ini untuk kembali ke pangkal jalan, untuk kembali mengutip semula sisa-sisa hidup di alam siber nih.
Bukan aku tak ingin nak bercerita dan membaca cerita.
Bukan aku tak mahu mengikuti perkembangan rakan-rakan yang aku sayangi selama ini.
Bukan aku tak ingat password blog... bukannn...
Sekarang ni aku dah jadi pekerja Telekom yang dedikasi.
Dedikasi pun sebab dok melanguk depan PC 5 minit nak tunggu webpage loading.. hahaha...
Hmm.. boleh kata dedikasi la kan sebab sekarang dah jadi barisan depan Telekom.
Dulu defender je, orang belakang tabir je banyak. Sekarang semua dah jadi superhero.
Insya Allah, kalau aku dah dapat notebook ihsan Telekom kang aktif la aku memblog nih dengan berjayanya sambil jumpa pelanggan kat Starbucks IOI Mall.
Tak pun dapatla jugak online di rumah sambil nonton DVD....
Sekarang komputer kat umah yang aku guna ni pun... komputer IBM milik suami zaman dahulukala jugak. Tapi asal dapat pakai, bolehla...
OK.
Sebelum apa apa, aku nak bagi pesan kat Leonard from Scroll Management: I am trying my best to arrange the payment. Insya Allah by next week I can settle the arrangments - you knowlah, raya punya pasal... not me la, other people la cuti... I mana ada cuti. 3rd day raya I dah balik office. Assignments.. I tengah buat, okay?
Anything nanti I Pos Ekspres/email kat you. Okay Leonard?
My Yahoo Mail pun dah kena tukar password ngan sapentah.
Grrrrrr.. nasib baiklah laki terer. Muehehehe....
Kalau nak tahu.... Scroll Management tuhlah tempat aku buat MBA.
Lepas MBA nih... ingat nak carik rezeki lebih untuk pulang modal aku buat MBA. Lepas nih bulan bulan nak kena bayar balik.... hmmm...
tengoklah cemana.
Dan...
kalau aku dah start update blog nih, maksudnya dah selesailah penyesuaian diri aku dengan keadaan sekeliling. Aku dah in tempo dengan tugas sebagai eksekutif pemasaran, aku dah dapat ikut rentak tugasan harian sebagai isteri yang kena seterika baju suami, kemas rumah, masak, drivekan suami ke pejabat, jaga suami masa dia sakit demam, cuci pakaian, jemur pakaian, lipat baju, mop lantai, buang sampah, cuci pinggan mangkuk dan lain-lain lagi. Sekarang dah pandai nak bahagi-bahagikan masa sikit untuk aktiviti lain.
Dah pandai juga budget berapa banyak sayur yang nak beli, berapa inggit nak claim T&T setiap bulan, berapa minit nak sampai pejabat dari rumah, cemana nak carik nombor telefon orang dalan sistem, cemana nak tengok bil, cemana nak layan komplen pelanggan dan sebagainya.
Bukan senang nak jadi perempuan bekerjaya. Lagi-lagi kalau bergelar isteri berkarier. Belum lagi jadi ibu berkarier!
Marilah kita buat beberapa FAQ sekejap:
Q1: Mana lagi best, Sarawak ke Cyberjaya?A: Hmm.. susah soalan ni. Actually.... ikut kata hati aku........ SARAWAK tetap nombor satu dalam carta. Sebab ada mak aku dan adik-adik aku. Mak aku besttt woo ahahahahha
Tapi kat Cyber ada laki. Paham-pahamlah, laki nih susah sikit nak bercakap-cakap dan bawak pegi shopping. Mak aku pulak jadi tak pandai shopping aku takda kat Kuching, katanya la.
Q2: Mana lagi best, keja Business Support dulu ke keja jadi Direct Sales, Business Sales MSC?
A: Hmmm.... nih pun soklan cepu gangsa nih. Kalau nak ikutkan hati.. Business support best kot, sebab takyah berhadapan dengan pelanggan. Tapi kalau dok kat BS, jadi anti-sosial la.. pastuh takleh nak claim T&T. Kalau dok Sales, boleh merayau jumpa pelanggan. Banyak pengalaman boleh dipelajari. Sekarang minat dah meningkat jugak la dalam bidang sales nih. Cuma mengikut pandangan majoriti, halangan untuk kitaorang maju sekarang ialah direct supervisor yang tak best, dan takde komputer best. Malas sikit la nak sebut nama sapa-sapa. Sapa yang tau, dia tau aa...
Q3: Bila nak berbadan dua?
A: Tahun 2007 kot. Hahahaha... takde la... sekarang nih tak desperate sangat nak pregnant. Nak enjoyyy muahahahaa
Nanti kita sambung lagi.
Sesuaikan diri
Tempat baru di sini
Tetap bahagia.