Kalau sesuatu itu penting bagi kita....
Posted by syazfina at 04:43 PM on December 22, 2004.
Bak iklan 3R baru-baru ni, kalau sesuatu itu penting bagi kita, mesti kita akan cari masa walau sesibuk mana pun, kita mesti luangkan masa untuk perkara penting tu.
Hati berdetik banyak kali, asyik mengulang frasa yang sama.
Kalau sesuatu itu penting bagi kita......
Macam blog nih.
Penting?
Kena bagi masa untuk update blog. Lebih-lebih lagi aku teringat rakan-rakan masa berjumpa di Alamanda Putrajaya tempoh hari. Nett, Spyz dan keluarga, (abang?) Iwan dan Fauzi - mereka penting juga untuk aku. Sebab tu aku sanggup melangkahkan kaki ke Alamanda. Lagipun aku rasa bersalah sebab gathering nanti aku bakal tak join sekali.....
Apa lagi yang penting? MBA aku.
Ntahlah. Sekarang dah jadi kurang penting sebab aku fed up Leonard asyik call aku tak berenti-renti. Bukan aku tanak buat. Sapa yang tak nak MBA? Masters tu... dah la bayar sendirik.
Tapi kepala aku pening dah mengenangkan MBA nih.
Tak tenang.
Patutkah aku sambung untuk mendapatkan MBA tu, ataupun jadi dropout?
Lagipun The Apprentice pun dah membuktikan bahawa ada MBA pun tak semestinya jadi CEO syarikat Donald Trump.
Hmmm.... penting ke tak penting MBA ni...
Korang pun kena ingat juga.
Kalau benda tu penting bagi korang, walau sesibuk mana pun, korang mesti luangkan masa jugak.
Minggu lepas minggu dugaan sket.
Posted by syazfina at 02:20 PM on December 29, 2004.
Minggu lepas aku jadi sebahagian daripada statistik.
Hari Rabu malam Khamis, kereta aku dipecah masuk oleh Hamba Allah yang teringin melihat beg Sarawak aku yang berisi telekung.
Salah satu reaksi menarik:
"Alhamdulillah... bagi dia insaf sikit, nak suruh semayang la tuh, jangan mencurik pecah kereta orang."
Pesanan penaja:
Kalau teringin sangat nak makan kat Restoran F1 Seri Kembangan, jangan parking kat belakang Petronas tu.
Kalau terkena, jangan panik. Laporkan ke Balai Polis berdekatan dan ingat apa yang diambil dari kereta. Masukkan sekali dalam laporan polis tu.
Kalau cermin windscreen pecah, kalau ada insurans khas untuk windscreen bolehlah claim, kalau tak ganti je dalam lebih kurang RM 100 gitu. Mekanik bagus ialah Pusat Tayar Ah Hee kat Serdang. Dijamin bagus dan tak 'ketuk' punya.
Semua beg simpan kat dalam but kereta.
Program 'Melantit' Geng Mak Itam di Restoran Syed
Posted by syazfina at 05:52 PM on December 30, 2004.
Semalam hari pertama aku mekap tebal. Bukan sebab ada program melantit (aku pun tak tau ape maknanya tapi dah tuh nama programnya aku blasah je lah) tapi sebab hari sebelumnya dah berazam dengan rakan-rakan opis untuk meningkatkan keceriaan wajah cam orang buat keceriaan kawasan sekolah la... maklumlah kami orang orang bahagian jualan, patut nampak presentable. Kalau nampak macam zombie tuh pegi jumpa pelanggan susah juger ye tak. Lain la kalau natural beauty tu ataupun ala ala Miss Universe takpe lah.
Muka cam kuali lepas goreng ikan.
Aku dengan izin Pak Pika (bukan nama sebenar) pegi membelasah Kelana Jaya walaupun aku tak tahu jalan nak pegi restoran Syed tu.
At last aku jumpa la jugak dengan mereka mereka geng lantit ini termasuk lah wkdin.
Dah lama yer tak jumpa wkdin!
Heheheheheheh... mekap aku cair.
Muahahahahahhahaaa