--- Perjalanan Hidup :: Memaparkan kisah perjalanan hidup seorang perempuan bernama Fina.. hehe :P ---

Entries for February, 2005

February 9th, 2005

Kod Etika Perniagaan (Code of Business Ethics)

Posted by syazfina at 03:57 PM on February 9, 2005.

Pada 7 Februari 2005 yang lepas, satu taklimat bertajuk Kod Etika Perniagaan telah diadakan untuk warga Telekom Malaysia MSC di Cybernet 3, Kompleks TM Cyberjaya.

Taklimat tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga TM Cyberjaya, dan seramai lebih kurang 270 kehadiran telah dicatatkan. Peserta taklimat terdiri daripada anggota TM Retail dan TM Wholesale di MSC. Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Mat Nordi Bin Awang, Penolong Pengurus Besar Group HRM Telekom Malaysia.

Turut hadir ialah Pengurus Besar TM Retail MSC, Puan Sharifah Aamenah Aljunid dan Pengurus Besar Service Assurance Centre, Encik Umran Othman.

--------------------------------------------------------------------

Etika dalam perniagaan - bukan semua syarikat dapat menerima hakikat etika dalam perniagaan ini. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, orang yang berniaga sudah tidak segan dan silu untuk berbuat apa saja untuk memajukan perniagaan masing-masing. Daripada rasuah, lobi, pemberian barangan dan servis selain daripada produk dan servis yang ditawarkan secara sah dalam syarikat - pelbagai jenis 'permainan' dalam perniagaan yang tidak ada dalam buku teks pengurusan perniagaan.

Bersesuaian dengan seruan Perdana Menteri ke arah pengurusan yang telus dan bebas daripada corruption, Telekom Malaysia telah tekad untuk menggubal Kod Etika Perniagaan Syarikat.

Padahal sudah lama sepatutnya dibuat, rasanya.

Tapi Alhamdulillah, kini batas-batas dalam perniagaan sudah tertulis secara rasmi.

Menurut Kod Etika Perniagaan Telekom Malaysia, penerimaan hadiah ataupun barangan melebihi RM 200 patut dilaporkan kepada penyelia.

Kalau setakat bagi limau sebiji dua semasa musim tahun baru cina tak payah la repot... hehehe...

Warga TM juga dikehendaki mengisi borang pengisytiharan harta dan borang percanggahan kepentingan syarikat sekiranya ada memegang saham majoriti ataupun menjadi pengarah dalam mana-mana syarikat di luar TM.

Alamak, kalau takde harta, macam mana? Hutang je yang banyak nampaknya.. hahahaaa

2 dah cakap

Tahukah Anda?

Posted by syazfina at 09:00 PM on February 9, 2005.

Tahukah anda kawasan-kawasan dibawah naungan Telekom Malaysia MSC?

Kawasan-kawasan dibawah TM MSC:

USJ - Ibusawat USJ
Puchong - Ibusawat PCG
Kinrara - Ibusawat KIN
Bukit Jalil - Ibusawat BJL
Serdang - Ibusawat SDG
Putrajaya - Ibusawat PUJ
Cyberjaya - Ibusawat CBJ
KLIA - Ibusawat KLIA
Salak Tinggi - Ibusawat SKT
Dengkil - Ibusawat DK
KLCC

Tak tahulah kalau Penang MSC Cybercity juga nak diletakkan di bawah naungan MSC.

Itu juga boleh jadi persoalan.


Di Cyberjaya juga ada Kedai Telekom, jadi sekiranya anda mahu membayar bil, silalah datang ke Kedai Telekom Cyberjaya. Tak ramai sangat orang pun... cuma parking jelah susah sikit.
Maklumlah, konsep (asal) parking di Cyberjaya memang begitu - asalnya nak suruh warga Cyberjaya nih berjalan kaki dan berbasikal. Teringat lagi blueprint MMU Cyberjaya yang diwarwarkan kepada kami masa MMU Cyberjaya baru dibuka.

Kalau ada masa melawat ke Kompleks Telekom Cyberjaya ini (dalam bangunan yang tertulis TMNet dengan besarnya, berhadapan dengan bangunan Ericsson), silalah berhubung dengan saya untuk sesi minum minum dan berbincang sekiranya ada masa terluang.

2 dah cakap

February 10th, 2005

Maal Hijrah 1426H

Posted by syazfina at 03:01 PM on February 10, 2005.

Teringat lagi kata-kata Tokoh Maal Hijrah tahun ini semasa ucapannya:

"Orang yang tidak berterima kasih (bersyukur) sesama manusia, tidaklah juga bersyukur kepada Allah."

2 dah cakap

February 22nd, 2005

Melantit di Syed Bistro, 17 Februari (basi version)

Posted by syazfina at 02:52 PM on February 22, 2005.

Aku kira dah upgrade kemelantitan aku ke tahap kedua. Orang yang melantit tahap pertama pasti akan sesat mencarik Syed Bistro yang letaknya berdekatan dengan Giant kecik, di antara Baker's Cottage dan Kelana Furniture Centre. Harus diingatkan Syed Bistro ni bukan kedai, tapi konsep gabungan open air dining dan stail mamak. Lepas tuh, lantits tahap pertama nih mesti dok telefon- telefon carik Syed Bistro ni ha. Begitulah dia.
Walaupun dah sampai Syed ni masa first time melantit dulu, tapi aku masih jugak sesat. Tapi sekarang ni sesat ala macho sket aa, takyah tepon tepon e1 dah.
Sebelum pergi lantit arituh, Cyberjaya kena ribut petir la pulak. Risau pulak aku. Cemana nak gi melantit kalau ribut-ributan begini? Tapi Alhamdulillah lepas tu reda jugak akhirnya. Sampai kat tol Sunway, jam pulak.. Tapi ok gaklah lepas tuh. Biasa la orang balik kerja.
Dah sampai kat Syed, dah ramai pun yang datang. Ada yang dah kenal, ada yang tak kenal. Atoi pulak buat-buat tak kenal aku, katanya dulu aku tak pakai spek, hari ni pakai spek pulak. Senang aje aku jawab, macam Siti Nurhaliza gitu, skang pakai spek, dah tak pakai contacts kaler biru dah. Hahahahaha...
Seperti biasa, lantit lantit nih nyembang2 la, topik lumba gambar, kamera digital, KLD 1.0, 2.0 dan sebagainya. Topik Telekom tu toksah citer aa, tapi masa lantit keluar sikit jugak. Hari ni rasa macam nak makan megi goreng Syed. Boleh tahan la. Walaupun geng lantit nih terdiri daripada 80% lelaki, tapi blasah jelah. Dah aku ajak laki aku join, dia taknak... Nak buat cemana. Sebenarnya tunggu VIP datang - tok rimau, spyz dan wkdin - maklumlah, membawa agenda besar. Aku pun saje la, lama tak jumpa tok rimau, so nak tengok gak lah apa perkembangan semasa tok. Pastuh tok rimau and the geng pun sampailah. Semuanya melantit secara sah dan berlesen, termasuklah aku. Bangga nih.
Arif yang comel pun datang sekali dan menjadi geng lantit termuda.
Agenda pun bermula termasuklah aku yang tekun mengisi borang kajiselidik tok rimau. Hehehe...
Pastuh nett dengan amyz pun sampai jugak ke lokasi perlantitan. Wah wah, nett sekarang, dah boleh mengorak langkah lebih jauh sampai ke Putrajaya. Rupernya dorang baru balik lepas melawat keluarga Rudy yang dah ada ahli baru. Sempat jugaklah mempromosi set catur kaca yang comel dan berharga RM 15 je, dan mengumpat Hospital Putrajaya yang berkulat dan berkulapuk. Dah banyak sangat kes hospital Putrajaya ni. Dulu kes adik Kamal yang kena herdik dengan doktor yang moody, pastuh kes adik ipar Zaire yang masuk kecemasan dan kena caj RM 200+ untuk satu beg darah (padahal kita derma darah percuma je tau), pastuh kes kesilapan doktor hospital Putrajaya semasa operation bini Sharaf bersalin dan disahkan takleh mengandung lagi sebab doktor tu buat hal, ni terbaru siling wad berkulat pulak. Apa ni, bukan sepatutnya dah namanya Hospital Putrajaya, imej buruk betul. Ish ish ish. Kitaorang warga Cyberjaya pun memang taknak la pegi situ. Lagi rela pergi Azzahrah di Bangi walaupun jauh sikit.
Nasiblah.
Pastuh tetiba tepon vibrate. Tengok- tengok, ibu mertua-ku talipon. Aik, apsal? Kantoi pulak aku keluar jumpa kengkawan dengan ibu mertua. Alahai... dah kena sound, terpaksalah mengundur diri. Dalam pukul10 camtuh, aku, Nett dan Amyz pun beransur pulang.

5 dah cakap

« 2005/01 | 2005/03 »

#back top | Site powered by Tabulas.