--- Perjalanan Hidup :: Memaparkan kisah perjalanan hidup seorang perempuan bernama Fina.. hehe :P ---

Entries for March, 2005

March 2nd, 2005

Menjawab Tag Board...

Posted by syazfina at 10:15 PM on March 2, 2005.

nett:
Jom racing dengan sepai sekali ke KLD 2.0... aku ingat nak bawak kereta + pegi awal + dok dalam chalet lagi la sebab aku nak jadi pusat sumber dan bawak seterika dan first aid kit dan lintah repellent.

Tok R:
I enjoyed answering the survey, and furthermore the subject is very close to my heart. Hopefully anak didik Tok dalam bidang tersebut lebih berjaya dalam mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang ingin mereka ceburi.

superdiman:
TQ kerana sudi singgah di sini.. tak banyak lagi pengupdatean, lagipun ingat nak buat penyusunan semula content dan sebagainya tapi masa tuh mencemburui lah.
Idup lantit Bahagian Serdang! Aku memang suka makan kat F1 tapi nak kena recover daripada mimpi ngeri cermin kereta pecah.

ctzie:
Minta maaf kalau banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk ke blog saya ini. Maklumlah, banyak yang perlu saya perbaiki. Kena tukar hosting, kena maintain domain dan sebagainya... Insya Allah saya akan cuba improve untuk semua readers.

mal:
Azzahrah ok la kot kalau outpatient - tapi kalau bawak kanak-kanak sakit terutamanya babies - lebih baik berhati-hati kerana dah banyak kes jugak lah. Azzahrah dia suka generalizekan penyakit budak-budak - tengok tengok budak tuh sebenarnya sakit teruk tapi dia kata tak de pape. Kalau adults still ok kot treatment dia.
Klinik kat dalam tuh memang takleh nak tolong la mal.. tuh lain pulak. suka exaggerate penyakit. Kita demam biasa je dikatakan darah tinggi yang serius. Kita sakit gigi je dah dikata parah gila tak dapat diselamatkan. Pelik betul.

Nak cakap pepe?

Proses Penuaan

Posted by syazfina at 10:33 PM on March 2, 2005.

Mungkin saya terlalu matang untuk usia saya.
Mungkin juga bentuk badan saya yang sebegini mengundang tanggapan bahawa saya ini seusia makcik.
Ataupun status saya yang sudah bergelar Puan (Insya Allah akan saya tambah 'Sri' di belakangnya kalau mampu) membuatkan orang-orang bujang memikirkan bahawa saya ini dalam kategori yang berlainan?

Bukan kerana saya terasa hati. Malah saya bangga saya dapat mempamerkan kematangan saya. Saya akui, memang saya lebih suka dianggap matang dalam pemikiran saya terutamanya. Tetapi bila dipanggil kakak oleh rakan sama tahun lahir saya rasa kekok sedikit. Kalau begitu, ingin saya ujarkan kepada rakan-rakan supaya panggil saja saya dengan nama sahaja. Lebih mesra begitu, lagipun saya lebih suka bersikap menyesuaikan diri - jika saya bersama dengan yang lebih muda, kita berjiwa muda sikit lah kan, dan jikalau kita bersama dengan yang lebih tua, kita harus cuba menyelami pemikiran mereka yang lebih banyak pengalaman dan lebih banyak makan garam dan nasi daripada kita.

Oleh itu, saya pohon pada rakan-rakan sekalian, tak usah bahasakan saya kakak yer.

By the way, saya punya tarikh lahir seven-eleven-nineteen eighty....

Jangan lupa bagi hadiah yer!

2 dah cakap

March 4th, 2005

Sambung lantit

Posted by syazfina at 10:55 PM on March 4, 2005.

Hmm.
Nak gi lantit tak esok?
Mungkin.

Nak gi KLD tak bulan 4 nih esok?
Hmm..
Mungkin, mungkin tidak. Nett tak pegi, aku susah hati sikit.

Nak gi BookSwap meet up Ahad nih kat KL Sentral?
Hmm pegi kot.

Nak cakap pepe?

« 2005/02 | 2007/10 »

#back top | Site powered by Tabulas.